Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nexon & Pasukan Blue Archive Umum Fareidolia; Dulu Dikenali Sebagai Project RX

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Konsol, Mobile, PC, RPG, Simulator
0 0
0
Nexon & Pasukan Blue Archive Umum Fareidolia; Dulu Dikenali Sebagai Project RX
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan game terbaru daripada Nexon, anda tidak perlu lagi memanggilnya sebagai Project RX. Nexon bersama pihak pembangun IO DIVISION (studio di sebalik Blue Archive) secara rasmi mengumumkan judul sebenar game ini sebagai Fareidolia.

Selain pengumuman nama rasmi, Nexon turut mengesahkan bahawa para pemain berpeluang mencuba game ini buat pertama kali pada bulan hadapan. Satu playable demo akan diadakan di Tokyo Game Show (TGS) 2026 yang akan berlangsung dari 17 hingga 21 September di Jepun, bersama tayangan trailer baharu pada hari pembukaan.

📢Official Title Reveal📢
Thank you for waiting!
The official title of Project RX is FAREIDOLIA! ✨#FAREIDOLIA pic.twitter.com/Iiusa01jTk

— Fareidolia (@Fareidolia_EN) August 24, 2026

Dikuasakan oleh Unreal Engine 5, Fareidolia menggabungkan combat dinmaik 3D dengan elemen life-simulation harian serta jalinan hubungan bersama watak-wataknya. Khususnya, Fareidolia memberi penekanan terhadap kehidupan seharian bersama watak-watak serta berkongsi detik-detik bermakna bersama mereka.

Game ini berlatarkan Anima City, sebuah metropolis di dunia alternatif yang hampir menyerupai Bumi. Pemain akan memegang peranan sebagai pengarah Anima City Restoration Center, di samping menguruskan ibu pejabatnya iaitu Tasogare Hall. Sepanjang perjalanan ini, anda akan menjalani kehidupan seharian bersama gadis-gadis unik yang dikenali sebagai “Mates”, bekerjasama dengan mereka bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan insiden menarik yang berlaku di sekitar bandar.

Nexon telah memperkenalkan empat watak utama yang tinggal dan bertugas di sekitar Tasogare Hall:

  • Minieh: Seorang penjelajah yang ceria dan santai, tetapi akan menjadi sangat bersemangat sebaik sahaja dijemput untuk mengembara. Didorong oleh impiannya untuk mencari “pengembaraan terunggul”, dia merupakan rakan yang paling boleh diharap dalam membongkar rahsia tersembunyi Anima City.
  • Ohana: Gadis misteri berwajah selamba yang mengaku dirinya seorang genius serba boleh. Walaupun sangat berbakat dalam apa jua perkara yang dilakukan, dia sering mensia-siakan kebolehan itu untuk tujuan kenakalan dan bersuka-ria.
  • Shami: Gadis bertelinga kucing yang sentiasa pokai. Walaupun sering ditimpa nasib malang, dia tetap bersemangat dan tabah; sanggup menghabiskan wang yang ada untuk membeli tangkal perlindungan namun tidak pernah ketinggalan menghadiri konsert idola kegemarannya.
  • Elevator Girl: Gadis penuh misteri yang menjaga dan mengendalikan lif di Tasogare Hall.

We spotted a small typo in Minieh's English name in our previous post (it’s Minieh, not Minie!) and have reuploaded the corrected image. Thank you for your warm understanding and support for Minieh!
===================================
We are thrilled to reveal the names of the… pic.twitter.com/WFpEU514rg

— Fareidolia (@Fareidolia_EN) July 6, 2026

Fareidolia sedang giat dibangunkan dan dirancang untuk PC, konsol (PlayStation dan Xbox), iOS, serta Android. Tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan setakat ini.

Tags: Fareidolia
ShareTweetSend
Previous Post

The Witcher IV Sasar Pelancaran Pada 2028, Ciri Dimuktamadkan Protagonis Saga Baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Witcher IV Sasar Pelancaran Pada 2028, Ciri Dimuktamadkan Protagonis Saga Baru
Berita

The Witcher IV Sasar Pelancaran Pada 2028, Ciri Dimuktamadkan Protagonis Saga Baru

August 25, 2026
Senarai Calon gamescom Award 2026 – Jom Undi Untuk Game Pilihan Anda
Anugerah

Senarai Calon gamescom Award 2026 – Jom Undi Untuk Game Pilihan Anda

August 25, 2026
Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi
Berita

Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi

August 24, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd