Godzilla Minus Zero bakal ditayangkan di panggung wayang Golden Screen Cinemas (GSC) seluruh Malaysia bermula 5 November 2026.
Bagi peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan aksi raksasa, tayangan pratonton IMAX akan bermula sehari lebih awal iaitu pada 4 November 2026, termasuk di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX.
Sebagai sekuel kepada filem fenomena Godzilla Minus One, ini sudah tentu adalah berita gembira buat peminat tempatan.
Mengapa saya kata begitu? Kerana Godzilla Minus One tidak pernah ditayangkan di panggung wayang Malaysia. Kitta hanya berpeluang menonton filem ini di platform streaming seperti Netflix (beberapa penonton bertuah mungkin dapat lihat tayangan terhad di Festival Filem Jepun).
Takashi Yamazaki (yang juga pemenang Oscar) kembali menggalas tanggungjawab sebagai penulis skrip, pengarah, serta penyelia kesan visual bagi Godzilla Minus Zero.
Jalan ceritanya berlatarkan tahun 1949, iaitu dua tahun selepas kemusnahan dahsyat dalam filem pertama. Ketika Jepun era pascaperang sedang perlahan-lahan dibangunkan semula, keluarga Shikishima cuba untuk membina semula kehidupan yang tenang. Namun ketika keadaan mula pulih, timbul ancaman baharu yang jauh lebih berbahaya sehingga mengheret semula negara itu ke arah kemusnahan.
Ryunosuke Kamiki (sebagai Koichi Shikishima) dan Minami Hamabe (sebagai Noriko) kembali memegang watak masing-masing. Turut menyertai barisan pelakon ialah Min Tanaka sebagai Kanji Murakami; seorang ahli biologi yang bergelut dengan trauma psikologi akibat kesan perang.









Discussion about this post