Bandai Namco dan pembangun Spike Chunsoft mengesahkan bahawa DLC expansion besar seterusnya untuk Dragon Ball: Sparking ZERO, yang bertajuk “Super Limit-Breaking NEO,” akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai 2026.
DLC terbaharu ini menambah 33 watak baharu, mod single-player baharu, empat peringkat unik, bab cerita tambahan, serta lebih 20 kostum dan serangan baharu. Pada hari yang sama, semua pemain juga akan menerima kemaskini percuma yang memperkenalkan mekanik combat dan variasi pentas baharu.
Bina Watak Sendiri dalam “Limit Breaker Journey”
Mod baharu bernama Limit Breaker Journey menjadi tarikan utama DLC ini; yang membolehkan anda memilih watak kegemaran dan membina stat mereka mengikut gaya permainan sendiri.

Dalam mod ini, pemain akan menjelajah peta dan memilih destinasi seterusnya, sama ada untuk bertarung atau mengikuti acara cerita. Setiap pergerakan memerlukan stamina; semakin rendah stamina anda, semakin sedikit nyawa watak apabila pertarungan bermula. Namun, bertarung dalam keadaan berisiko ini memberi ganjaran mata EXP yang lebih tinggi. Jika stamina terlalu rendah, anda boleh menggunakan Senzu Bean untuk memulihkannya semula.

Setiap kali memenangi pertarungan dan mendapat EXP, tahap kuasa (SP) watak pemain akan meningkat. Ini memberikan mata peningkatan yang boleh digunakan untuk menaik taraf enam parameter stat berbeza. Anda juga boleh sertai acara khas di peta untuk bertemu watak-watak ikonik dan melengkapi “Battle Arts”; iaitu skil pasif yang memberikan buff tambahan semasa bertarung.

Stat yang telah ditingkatkan akan kekal walaupun selepas anda menamatkan satu pusingan. Ini membolehkan kita membawa watak yang telah dinaik taraf ini ke mod Player Matches dan Offline Battles untuk melawan rakan-rakan.
33 Watak Baharu Dari Pelbagai Era

Expansion ini turut menambah 33 watak baharu daripada era Dragon Ball, Dragon Ball Z, Dragon Ball Super, dan Dragon Ball GT.
Peminat siri klasik Dragon Ball boleh menikmati penambahan roster yang cukup banyak, termasuk King Piccolo, Mercenary Tao, General Blue, Android 8, Nam, Grandpa Gohan, Chi-Chi, serta Goku dan Piccolo (Ma Junior) versi 23rd World Tournament.
Penambahan lain termasuk:
- GT & Super: Super Android 17, Nuova Shenron, Champa, Cheelai, dan Jaco.
- Z & Filem: Supreme Kai, Super Saiyan Bardock, Chilled, Pikkon, Mighty Mask, dan King Vegeta.

Selain watak baharu, DLC ini turut menambah empat peringkat baharu, empat Episode Battles baharu, Extra Battles tambahan, serta lebih 20 kostum dan Super Attack yang boleh diubah suai.
Kemas Kini Percuma Bawa Mekanik Combat Unik untuk Semua
Bagi yang tidak membeli DLC berbayar, kemas kini percuma pada 30 Julai masih membawakan dua mekanik combat baharu ke dalam game asas:
- Sparking! Boost: Dengan menggunakan Skill Stock tambahan semasa dalam mod Sparking!, anda boleh menerima lonjakan kuasa serangan secara mendadak untuk melancarkan serangan pemusnah. Sebaik sahaja efek boost ini tamat, stat anda akan menurun buat sementara waktu… jadi pemilihan masa yang tepat amat penting.

- Chain Blasts: Selepas menerbangkan musuh, anda boleh terus menukar rakan pasukan simpanan untuk menyambung serangan dengan Blast attack bagi menghasilkan combo damage yang besar.

- Variasi Peringkat Baharu: Tiga variasi baharu untuk peringkat sedia ada juga akan ditambah secara percuma.

Dragon Ball: Sparking ZERO boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, Nintendo Switch, dan PC menerusi Steam.









Discussion about this post