Sony Interactive Entertainment dan Arc System Works telah mengeluarkan video sinematik rasmi untuk MARVEL Tōkon: Fighting Souls, di samping mengumumkan watak DLC pertama: Phoenix Cyclops.
Phoenix Cyclops bakal menjadi watak pertama dalam Year 1 Character & Stage Pass, dan akan tiba pada hujung tahun nanti dalam MARVEL Tōkon.
Berbeza dengan kostum biru-kuning klasiknya, versi Scott Summers ini diinspirasikan daripada jalan cerita komik Avengers vs. X-Men, di mana beliau menyerap sebahagian kuasa kosmik Phoenix Force untuk menjadi ahli “Phoenix Five”.
Pelakon suara bahasa Inggeris, Ray Chase (yang menyuarakan Scott Summers dalam X-Men ’97 dan Marvel Rivals) kembali menggalas watak ini.
Menurut Takeshi Yamanaka selaku produser Arc System Works, variasi Cyclops ini tidak bergantung sahaja pada serangan laser jarak jauh.
“Selain serangan Optic Blast yang padu dan kemahiran bertarung jarak dekat, Cyclops ini turut dibekalkan dengan kuasa Phoenix Force. Jadi, nantikan aksi membara daripada Scott Summers!” kata Yamanaka. Beliau turut menambah bahawa info lanjut tentang move set watak ini akan dikongsi sebelum pelancarannya nanti.

Arc System Works turut mengesahkan kolaborasi bersama game Marvel’s Wolverine dari Insomniac Games, di mana pemain boleh menerima kostum khas bertema dalam game.
MARVEL Tōkon: Fighting Souls akan dilancarkan pada 6 Ogos 2026 di PlayStation 5 dan PC (menerusi Steam serta Epic Games Store).
Buat mereka yang mahu mencuba game ini lebih awal, sesi Open Beta Test sedang berlangsung sehingga 26 Julai. Bagi yang berminat, pra-tempahan edisi digital PS5 juga sudah ditawarkan di PlayStation Store.









Discussion about this post