Electronic Arts (EA) secara rasmi mengumumkan EA SPORTS FC 27, yang bakal dilancarkan pada 25 September 2026. Peminat yang mendapat Early Access pula boleh mula bermain seawal 18 September.
Bagi edisi kali ini, dua bintang Real Madrid (Kylian Mbappé dan Jude Bellingham) berganding bahu di muka depan edisi terbaharu, Ultimate Plus Edition. Mbappé turut menghiasi edisi Standard dan Ultimate Edition.
Apa Yang Baharu Dalam EA SPORTS FC 27?
EA memperkenalkan pelbagai ciri baharu dan penambahbaikan gameplay berasaskan maklum balas komuniti pemain:
‘The Grounds’ – Ruang Sosial Baharu Pemain

Untuk meluaskan mod Clubs, The Grounds adalah ruang sosial baharu yang menggabungkan elemen bola sepak jalanan dan stadium. Pemain boleh bersantai, bermain perlawanan secara pantas, atau bersaing dalam aksi 2v2 dan kejohanan kelab 11v11 di tiga daerah berlandaskan budaya bola sepak.
Virtual pro anda juga boleh digilap menerusi bimbingan bintang hebat seperti Mbappé, Chloe Kelly, Paulo Dybala, serta watak Story Mode kegemaran ramai, Alex Hunter (daripada ‘The Journey’ dalam game FIFA dahulu).
*Mod ‘The Grounds’ hanya tersedia untuk versi PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, dan Nintendo Switch 2.
Pembaharuan Transfer Market Dalam Career Mode

Mod Manager Career menerima rombakan struktur terbesar dalam tempoh beberapa tahun. Menerusi TransferRoom, pasaran perpindahan kini lebih realistik. Nilai pemain berubah secara dinamik mengikut kuasa membeli kelab, prestasi semasa, rating, dan potensi mereka. Pengurus akan berdepan saingan daripada kelab kawalan AI yang lebih bijak, mengendalikan rundingan kompleks seperti klausa buy-back dan klausa prestasi, serta memanfaatkan kelebihan pre-season boost.
Ultimate Team Memperkenalkan FUT Gallery

Buat peminat Football Ultimate Team (FUT), FC 27 memperkenalkan FUT Gallery. Ciri ini membolehkan pemain mempamerkan dan menilai koleksi kad mengikut kelab, liga, atau kempen lalu untuk meningkatkan Gallery Level dan membuka pelbagai ganjaran.
EA turut memperkenalkan item Hall of FUT bagi memberi penghormatan kepada pemain ikonik seperti Adebayo Akinfenwa, Marouane Fellaini, Loïc Rémy, Giovani dos Santos, dan Eljero Elia.
Gameplay Di Atas Padang Yang Lebih Bijak dan Lancar

EA FC 27 menawarkan kawalan dan pergerakan yang lebih lancar di atas padang. Antara penambahbaikan utama termasuklah variasi sepakan sudut yang dinamik, kebolehan rakan sepasukan membaca ruang dengan membuat larian melengkung, serta pertahanan AI yang diseimbangkan semula bagi pemain yang gemar melakukan kawalan posisi secara manual.
Edisi, Pre-Order, dan Ketersediaan
Pre-order kini dibuka di platform digital seperti PlayStation Store, Xbox Store, Steam, Epic Games Store, dan Nintendo eShop.
Di samping edisi Standard dan Ultimate Edition, EA turut menawarkan edisi terhad Ultimate Plus Edition, yang hanya boleh ditempah sehingga 31 Ogos 2026.
Kelebihan utama bagi pembeli Ultimate Plus Edition termasuk:
- Early Access sehingga 7 hari (mula dimainkan pada 18 September)
- 10,000 FC Point (diagihkan secara bulanan selama 5 bulan)
- Premium Season Pass untuk Musim 1 hingga 5
- 1 daripada 5 Hall of FUT Player Pick (pilihan antara Akinfenwa, dos Santos, Rémy, Fellaini, atau Elia)
- Pemain International ICON OVR 85+
- Item Bonus Eksklusif Career Mode & The Grounds (termasuk pakaian khas Mbappé dan gandaan XP)
EA SPORTS FC 27 akan dilancarkan secara global pada 25 September 2026 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC, Nintendo Switch, dan Nintendo Switch 2.









Discussion about this post