Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail – Version 4.4 Tiba Hari Ini Bersama Himeko • Nova

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2026
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG, Turn-Based
0 0
0
Honkai: Star Rail – Version 4.4 Tiba Hari Ini Bersama Himeko • Nova
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah melancarkan update Version 4.4 untuk Honkai: Star Rail. Berjudul “In Ravages Does the Whistle Sound”, update ini membawa pengakhiran bagi jalan cerita Planarcadia, di samping mempersiapkan fasa seterusnya untuk kolaborasi bersama Fate/stay night [Unlimited Blade Works].

Krisis di Planarcadia

Lord Ravager yang jahat, Asat Pramad, telah mendedahkan rupa sebenarnya, lalu meragut keamanan yang telah bertahan selama lima belas tahun di Planarcadia. Selepas bertembung, juruarah Astral Express iaitu Himeko telah hilang. Bagaimanapun sebelum hilang, dia sempat meninggalkan petunjuk yang berkaitan dengan Express.

Melalui update ini, pemain akan mencari dan merungkai petunjuk tersebut untuk mencari Himeko. Usaha membongkar hubungan masa lalu antara Asat Pramad dengan Himeko, serta peristiwa yang berlaku lima belas tahun lalu, bakal menjadi kunci untuk memahami motif sebenar musuh. Ini akhirnya akan membawa kepada pertembungan dengan Lord Ravager demi menyelamatkan Planarcadia.

Himeko Tampil dalam Rupa Baharu: Himeko • Nova

Bagi membantu dalam pertarungan ini, Himeko menyertai senarai watak yang boleh dimainkan melalui rupa 5-star baharu: Himeko • Nova. Boleh didapati menerusi banner Warp sepanjang tempoh Version 4.4, dia merupakan watak jenis elemen Fire yang mengikuti Path of Erudition.

Abiliti dan cara bermainnya memperkenalkan beberapa mekanik unik:

  • Mech Starblazer: Pada awal combat, Himeko • Nova akan melancarkan Territory dan menyeru sebuah mecha gergasi bernama “Starblazer” ke medan lawan.
  • Assist Skill: Semasa Territory miliknya aktif, rakan sepasukan akan mendapat akses kepada “Assist Skill” yang membolehkan mereka memanggil Starblazer untuk menyerang semua musuh.
  • Sinergi Astral Express: Jika ahli pasukan yang aktif merupakan sebahagian daripada kru Astral Express, mereka akan menerima kelebihan tambahan.
  • Serangan Ultimate: Ultimate miliknya membolehkan dia mengetuai pasukan untuk mengendalikan Starblazer bagi melakukan damage yang besar kepada barisan musuh.
  • Eksplorasi Overworld: Menggunakan Technique miliknya semasa meneroka overworld membolehkan dia mengemudikan mecha tersebut untuk sasar dan menyerang musuh dari udara.

Kolaborasi Fate/stay night Fasa 2 (Bermula 24 Julai)

Fasa kedua bagi kolaborasi antara Honkai: Star Rail dan Fate/stay night [Unlimited Blade Works] akan bermula pada 24 Julai 2026.

Kisah kolaborasi “Imagenae: Holy Grail War” bermula apabila Rin Tohsaka tidak sengaja merentasi dimensi ke Planarcadia selepas tamatnya Fifth Holy Grail War. Akibat kekurangan tenaga sihir, dia meminjam Holy Grail yang dipamerkan di pameran Star Rail FEST untuk cuba menyeru Servant dan pulang ke dunianya. Namun, limpahan tenaga mistik di kawasan tersebut sebaliknya mengaktifkan semula Grail berkenaan, lalu menyebabkan harta karun legenda milik Gilgamesh, “King of Heroes,” bertaburan di merata kawasan. Pemain akan bekerjasama dengan Rin untuk mencari artifak-artifak ini dan menyiasat kejadian aneh tersebut.

Fate[UBW] Collaboration Warp Details

Hello, Trailblazers!
Characters Rin Tohsaka and Gilgamesh, as well as Light Cones Flickering Stars and I Am As You Behold, will be added to the Fate[UBW] Collaboration Warp, and will be available long-term after 2026/07/24 12:00 (server… pic.twitter.com/kuPXBxnqp5

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) July 3, 2026

Dua watak penting daripada kolaborasi ini juga akan boleh dimainkan:

  • Rin Tohsaka (5-Star, Quantum, Erudition): Rin bertarung menggunakan sihir permata. Dia akan mengumpul “Gem Energy” semasa combat, yang kemudian digunakan untuk menyerang musuh secara rawak sebanyak beberapa kali. Selain itu, setiap kali rakan sepasukan menggunakan atau memulihkan Skill Point, Rin akan menerima peningkatan CRIT DMG dan menjana lebih banyak Gem Energy.
  • Gilgamesh (5-Star, Lightning, Destruction): Gilgamesh mengumpul sumber yang dipanggil “Interest” setiap kali rakan pasukan mengambil tindakan. Tindakan ini juga akan memulihkan Energy miliknya serta meningkatkan damage daripada Ultimate beliau. Sebaik sahaja “Interest” mencapai tahap tertentu, dia akan mengaktifkan abiliti untuk menghujani musuh dengan senjata daripada “Gate of Babylon.” Ultimate miliknya pula akan melancarkan serangan “Enuma Elish” untuk mengenakan damage yang sangat besar kepada semua musuh di medan lawan.

Watak 5-Star Percuma

Honkai: Star Rail × Fate[UBW] Collaboration Benefits Overview
Come check out the benefits from the Fate[UBW] collaboration update~ pic.twitter.com/ykDOXLxokP

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) July 3, 2026

Sebagai tarikan utama kolaborasi ini, pemain boleh log masuk ke dalam game antara 24 Julai sehingga tamatnya Version 4.6 untuk menebus sama ada Gilgamesh atau Archer (daripada kolaborasi fasa pertama) secara percuma. Ganjaran percuma ini turut disertakan dengan set bahan naik taraf untuk meningkatkan tahap watak yang dipilih terus ke Level 60 secara serta-merta.

Banner kolaborasi berserta Light Cone sepadan akan tersedia dalam game bagi jangka masa panjang. Kiraan Pity juga dikongsi bersama antara banner watak kolaborasi, begitu juga dengan banner Light Cone kolaborasi.

Selain itu, pemain yang membelanjakan sebanyak 200 Star Rail Special Pass pada mana-mana acara Warp sepanjang Honkai: Star Rail Version 4.4 boleh memilih dan menebus salah satu daripada Light Cone kolaborasi 5-star terhad (sama ada “I Am As You Behold” atau “The Hell Where Ideals Burn”) sebaik sahaja banner kolaborasi bermula pada 24 Julai.

Banner Rerun, Acara dan Kemas Kini Quality of Life

Version 4.4 Event Warp: Phase I

Hello, Trailblazers!

▌The drop rates of the limited 5-star character Himeko • Nova (Erudition: Fire) and the limited 5-star Light Cone A Star That Lights the Night (Erudition) will be boosted for a limited time. The drop rates of the 4-star… pic.twitter.com/zcexd5ro7P

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) July 14, 2026

Honkai: Star Rail Version 4.4 turut membawa pelbagai acara dalam game dan rerun watak:

  • Rerun Watak (Bahagian Pertama): Sparxie, Dan Heng • Permansor Terrae, dan Evernight.
  • Rerun Watak (Bahagian Kedua): Cerydra, Anaxa, dan Aventurine.
  • Kosmetik Baharu: Pakaian bertemakan pakaian renang untuk Sparxie berjudul “Candy-Coated Waves”, bersama dengan pet “Pentaflavor Emoti” dan pilihan fesyen “Fan-Made Lygus” untuk Trailblazer.
  • Ganjaran Log Masuk: Pemain boleh menebus ganjaran percuma 10-pull sebaik sahaja kemas kini versi ini dilancarkan.
  • Acara Khas: Selain daripada acara utama “Fate/Star Rail Night”, pemain boleh menyertai “Antigraft Brickbuster”, sebuah acara teka-teki di mana Trailblazer membantu Aventurine menyiasat rasuah korporat dalam IPC dengan menyusun blok-blok data. Mod permainan kekal “Currency Wars: Zero-Sum Game” juga akan menerima kemas kini baharu dan pengoptimuman sistem.

Honkai: Star Rail boleh dimainkan secara percuma di PlayStation 5, PC (melalui launcher rasmi dan Epic Games Store), iOS, serta Android.

Tags: Honkai: Star Rail
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage
Eksklusif

[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage

July 14, 2026
[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden
Eksklusif

[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden

July 14, 2026
Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series
Berita

Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series

July 14, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd