Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akaun PlayStation Yang 3 Tahun Tidak Aktif Boleh Dipadam Bersama Semua Game Digital

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2026
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Akaun PlayStation Yang 3 Tahun Tidak Aktif Boleh Dipadam Bersama Semua Game Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas isu menghentikan produksi CD fizikal, sekarang PlayStation berdepan masalah baharu selepas komuniti sedar tentang satu klausa dalam Syarat Perkhidmatan bagi pasaran Eropah dan United Kingdom (UK). Klausa tersebut membenarkan Sony memadam akaun PlayStation tidak aktif, lantas melenyapkan semua game digital yang telah dibeli tanpa boleh dikembalikan semula sekiranya akaun terbiar selama tiga tahun.

Untuk konteks, Sony mengesahkan rancangan untuk menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi semua game PlayStation baharu bermula Januari 2028. Oleh itu, para pemain mula bimbang tentang keselamatan serta jangka hayat digital library mereka. Kebimbangan inilah yang mendorong komuniti gaming meneliti semula kontrak undang-undang Sony.

Bagaimana Proses Penutupan Akaun Berfungsi

Berdasarkan Klausa 21.2 dalam Syarat Perkhidmatan PlayStation bagi wilayah terbabit, Sony berhak mengambil langkah menutup mana-mana akaun yang tidak aktif selama 36 bulan berturut-turut.

Namun begitu, tindakan ini tidak akan dilakukan secara mengejut atau serta-merta. Sebaik sahaja akaun mencapai had tempoh tiga tahun tersebut, Sony perlu menghantar e-mel amaran kepada pemilik berdaftar. Pengguna kemudian diberikan tempoh ihsan selama enam bulan untuk log masuk semula atau menghubungi khidmat pelanggan bagi mengekalkan akaun mereka. Jika tiada sebarang maklum balas dalam tempoh itu, akaun tersebut akan dipadamkan secara kekal dan semua game digital yang telah dibeli akan lenyap selama-lamanya.

Setakat ini, polisi berkenaan hanya terpakai untuk akaun yang didaftarkan di wilayah Eropah, United Kingdom dan beberapa pasaran antarabangsa terpilih sahaja.

Faktor Kawal Selia dan Standard Industri

Walaupun polisi ini agak mengejutkan, pakar undang-undang menjelaskan bahawa tindakan Sony bukan atas kehendak mereka semata-mata. Langkah tersebut didorong oleh undang-undang privasi data di Eropah, terutamanya General Data Protection Regulation (GDPR). Di bawah regulasi GDPR, sesebuah syarikat wajib mengamalkan pengurusan data yang ketat dan tidak dibenarkan menyimpan data peribadi pengguna jika ia sudah lama tidak aktif.

Demi mematuhi undang-undang ini, platform digital utama harus menetapkan prosedur jelas untuk melupuskan akaun terbiar. Langkah ini sebenarnya bukanlah perkara asing, kerana syarikat gergasi teknologi dan gaming lain turut menguatkuasakan polisi yang serupa… malah ada yang lebih ketat. Sebagai contoh, Microsoft berhak memadam akaun selepas dua tahun tidak aktif, manakala Ubisoft pula boleh menandakan sesebuah akaun untuk dipadamkan selepas hanya 12 bulan terbiar.

Tags: playstation
ShareTweetSend
Previous Post

BanG Dream! Our Notes Cecah 500k Pendaftaran, Ujian Beta Akan Bermula Ogos 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BanG Dream! Our Notes Cecah 500k Pendaftaran, Ujian Beta Akan Bermula Ogos 2026
Mobile

BanG Dream! Our Notes Cecah 500k Pendaftaran, Ujian Beta Akan Bermula Ogos 2026

July 7, 2026
“Reset” Terbesar Dalam Sejarah Xbox – 3,200 Staf Dihentikan Kerja, 4 Studio Dilepaskan
Industri

“Reset” Terbesar Dalam Sejarah Xbox – 3,200 Staf Dihentikan Kerja, 4 Studio Dilepaskan

July 7, 2026
Nintendo Switch Gen 1 Akan Bersara Di Eropah Pada 2027 -Kesan Kepada Pemain Malaysia?
Nintendo Switch

Nintendo Switch Gen 1 Akan Bersara Di Eropah Pada 2027 -Kesan Kepada Pemain Malaysia?

July 7, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd