Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Mobile BLEACH Mirrors High Buka Pendaftaran Beta, Kisah Baru Selepas Arc Thousand-Year Blood War

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 6, 2026
in Android, Anime, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile
0 0
0
Game Mobile BLEACH Mirrors High Buka Pendaftaran Beta, Kisah Baru Selepas Arc Thousand-Year Blood War
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Anime Expo 2026, Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan maklmumat baharu tentang BLEACH Mirrors High: sebuah game mobile aksi akan datang berdasarkan francais anime dan manga popular tersebut. Bersama pengumuman itu, pihak penerbit turut melancarkan trailer serta membuka pendaftaran bagi ujian closed beta yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

Berlatarkan peristiwa selepas berakhirnya arc Thousand-Year Blood War, BLEACH Mirrors High menampilkan jalan cerita serba baharu yang memfokuskan kepada Gotei 13. Game ini menjelaskan tempoh naratif yang tidak disentuh dalam manga asal, iaitu nasib Soul Society selepas kekalahan Yhwach sebelum epilog siri tersebut.

✦Key Visual#BLEACH#BLEACH_mh#MirrorsHigh pic.twitter.com/cz39Yw3Zqx

— BLEACH Mirrors High Official (@BLEACH_mh) July 4, 2026

Bagi jalan cerita baharu ini, pencipta Tite Kubo telah mereka dua watak protagonis Soul Reaper baharu, iaitu Shirin Migishima dan Shirane Sanari. Kubo terlibat secara aktif dalam projek ini sejak peringkat awal lagi, malah turut menyumbang idea untuk senario, tajuk, dan reka bentuk logo. Beliau berkongsi bahawa beliau sangat komited sepanjang fasa perancangan sehingga menghasilkan lebih banyak rekaan watak berbanding apa yang diminta oleh Bandai Namco pada mulanya.

Original Character Designs by Tite Kubo
BLEACH Mirrors High Protagonists
"Shirin Migishima” & "Shirane Sanari" Revealed.#BLEACH#BLEACH_mh#MirrorsHigh pic.twitter.com/FKqv0lRyYY

— BLEACH Mirrors High Official (@BLEACH_mh) July 4, 2026

Bandai Namco akan mengadakan ujian closed beta dari 23 hingga 30 Julai 2026 di iOS dan Android. Ujian ini terhad kepada 20,000 peserta sahaja. Jika jumlah permohonan melebihi had tersebut, pemain akan dipilih melalui cabutan rawak dan akan dimaklumkan selepas 17 Julai 2026.

Pendaftaran dibuka melalui laman web rasmi sehingga 13 Julai 2026. Untuk melayakkan diri, pastikan alamat e-mel pendaftaran adalah sama dengan e-mel yang berdaftar pada Apple ID atau Akaun Google anda.

◤ Test Subjects
  WANTED  ◢#BLEACH#BLEACH_mh#MirrorsHigh

— BLEACH Mirrors High Official (@BLEACH_mh) July 4, 2026

Keperluan Sistem untuk Ujian Beta:

  • iOS: Versi 17.0 atau terkini, RAM minimum 4GB (memerlukan aplikasi TestFlight).
  • Android: Versi 12.0 atau terkini, RAM minimum 6GB.

Nota: Tablet dan iPad tidak disokong untuk ujian kali ini.

Tags: BETABLEACH Mirrors High
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Next Post

Blood Strike Mulakan Acara Crossover One Punch Man Buat Masa Terhad

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Blood Strike Mulakan Acara Crossover One Punch Man Buat Masa Terhad

Blood Strike Mulakan Acara Crossover One Punch Man Buat Masa Terhad

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd