Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero – Version 3.0 Rasmi Dilancarkan, Debut Steam & Agent S-Rank Percuma

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Zenless Zone Zero – Version 3.0 Rasmi Dilancarkan, Debut Steam & Agent S-Rank Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse secara rasmi melancarkan kemas kini Version 3.0 untuk Zenless Zone Zero hari ini. Selain menandakan permulaan Season 3, kemas kini ini turut membawakan game tersebut ke platform Steam buat pertama kali, lengkap dengan sokongan cross-platform data sharing.

Kemas kini ini turut memperkenalkan wilayah baharu untuk diteroka, beberapa agent S-Rank baharu (termasuk satu watak percuma untuk semua pemain) serta naik taraf visual dan pengoptimuman fungsi quality-of-life.

Misteri Roscaelifer

New Story: Main Story Season 3 Chapter 1 "A Sleepwalker's Confession"

I dreamed of another me, in a dream I would never wake up from.
Upon completing the required prerequisite story, Proxies can unlock Main Story Season 3 – Chapter 1 "A Sleepwalker's Confession."

Availability… pic.twitter.com/PPr28sExUh

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) June 15, 2026

Babak baharu membawa pemain ke Roscaelifer, sebuah zon larangan berupa bandar terapung yang terletak tinggi di atas New Eridu. Dalam jalan cerita utama kali ini, tubuh protagonis utama mengalami lonjakan tenaga Ether yang tidak stabil. Bagi mencari penawar, mereka menerima pelawaan daripada Datuk Bandar New Eridu untuk pergi ke pulau langit tersebut sebagai pelajar pertukaran khas.

Di sana, mereka dibimbing oleh Velina, Administrative Director bagi External Strategy Department (ESD), untuk membongkar rahsia di sebalik kuasa misteri yang dipanggil “Pyrois.” Namun, satu krisis baharu sedang berlaku di bandar terapung itu. Kes-kes letupan melibatkan Bangboo mula mencetuskan panik, manakala ketidakstabilan tenaga dikesan berlaku di dalam Hollow tempatan. Di sebalik kekacauan ini, kelibat Void Hunter generasi pertama Remielle Dan mula muncul…

Agent Baharu dan Banner Rerun

Zenless Zone Zero Version 3.0 membawakan barisan agent S-Rank yang menarik, dipimpin oleh watak beratribut Wind pertama dalam game:

  • Velina Airgid (S-Rank, Wind, Anomaly): Selaku ketua ESD, Velina menjadi agent atribut Wind pertama dalam game. Dia mahir mengumpul Wind Anomaly untuk mengenakan status “Windswept” pada musuh. Apabila musuh yang berada dalam status Windswept terkena anomali elemen lain, kesan “Vortex” akan tercetus untuk menghasilkan AoE damage mengikut atribut elemen kedua tersebut. Kuasa serangannya juga meningkat apabila digandingkan dengan agent Anomaly lain atau rakan sepasukan yang berkongsi atribut yang sama.

Agent Mechanics Intro | Velina

The update is almost complete…
Combat-related information for Agent Velina has been recorded in the database. Key content analysis complete, please take a look.

"The wind scatters the past… And you're next!"

▼Detailshttps://t.co/OKTZ0KeCGT… pic.twitter.com/oSsUIRpzIm

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) June 11, 2026
  • Norma Hollowell (S-Rank, Fire, Stun): Merupakan Chief Technician ESD dan juga ahli penting dalam Marcel Group. Gameplay Norma tertumpu pada topinya yang mengumpul tenaga “Preheated Chamber” secara berterusan, sama ada dia aktif bertarung atau berada off-field. Apabila tenaga ini mencukupi, dia boleh menukar Quick Assist rakan sepasukan terus menjadi Chain Attack, lantas membuka lebih banyak peluang untuk melakukan kombo.

[All-New Agents]

S-Rank Agent Norma (Fire – Stun) Gameplay Showcase pic.twitter.com/WOyBseykV2

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) June 6, 2026
  • Pyrois (S-Rank, Ether, Attack): Agent baharu dari faction Phaethon yang boleh didapatkan secara percuma hanya dengan menyelesaikan jalan cerita utama Season 3. Lebih menarik lagi, HoYoverse mengesahkan bahawa semua Mindscapes Pyrois berserta W-Engine eksklusifnya akan turut diberikan secara percuma dalam kemas kini versi akan datang.

Agent Mechanics Intro | Pyrois

The update is almost complete…
Combat-related information for Pyrois has been recorded in the database. Key content analysis complete. Please take a look.

"Go, Pyrois!"

▼Detailshttps://t.co/OcBlANs49N#zzzero #zenlesszonezero#Belle #Wise pic.twitter.com/H3WqFk8uDM

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) June 12, 2026

Bersama mereka, Ye Shunguang dan Sunna turut membuat kemunculan menerusi banner rerun bersama W-Engine eksklusif masing-masing.

Meneroka Bandar Langit dan Scamall Hollow

Roscaelifer membawakan seni bina yang sangat berbeza daripada New Eridu, lengkap dengan pelbagai lokasi menarik untuk dilawat:

  • Roarin’ Brekkies: Kedai yang menawarkan biskut rawak harian kepada pemain.
  • Spotlight Theater: Tersembunyi di celah lorong sunyi, teater ini menampilkan persembahan yang dilakonkan sepenuhnya oleh robot Bangboo.
  • Pemain juga boleh memanggil bas langit yang menawarkan laluan rahsia jika diseru pada waktu-waktu tertentu.

Zenless Zone Zero Season 3 | Next Stop: Roscaelifer!

Zenless Zone Zero Version 3.0 "A Sleepwalker's Confession" is coming soon!
New area Roscaelifer officially opens!
New players can get up to 170 pulls!
After Version 3.0 launches, you can claim a total of Polychrome ×1,600… pic.twitter.com/111fSQBUJ9

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) June 9, 2026

Selain itu, sistem penerokaan telah ditambah baik dengan fungsi baharu. Pemain boleh menggunakan Universal Terminal di mana-mana sahaja di dalam bandar untuk mengawal kamera keselamatan (bagi tujuan imbasan pandangan pertama) serta memandu dron bersama Eous untuk melaksanakan misi khusus.

Di dalam Scamall Hollow yang berbahaya, pemain boleh menggunakan kebolehan memanipulasi ruang milik Pyrois untuk menaiki Aerial Transit. Namun, bahaya baharu menanti; jika dikesan berlaku “Singularity Leakage,” pertembungan dimensi akan mengubah keadaan persekitaran dan mekanik pentas secara tiba-tiba. Di sinilah kuasa Pyrois menjadi kunci untuk menyelesaikan masalah tersebut. Segala penemuan pemain di sepanjang pulau ini akan direkodkan di dalam sistem koleksi baharu bernama “Interboo” yang menawarkan ganjaran Polychrome serta pelbagai barangan berharga berdasarkan tahap penerokaan.

Mod Permainan dan Acara Baharu

Kemas kini Version 3.0 turut menampilkan dua mod permainan kekal baharu:

  • “Bangbang! The Genius and the Miracle Chip”: Mod simulasi strategi untuk melatih dan mengarahkan skuad “Collaboorator” bagi membaiki Central Computing Hub serta menyelesaikan misi penyelidikan cip.

"Bangbang! The Genius and the Miracle Chip" Event Details

Event Duration
After the Version 3.0 update – 2026/07/29 05:59 (UTC+8)

Requirements
Unlock the Central Computing Hub in the Main Story Season 3, Chapter 1 Mission "Celestial Nexus" to participate

Event Details
• The… pic.twitter.com/ihxy8Use1f

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) June 16, 2026
  • “Annihilation Simulacrum”: Mod boss rush mencabar yang menampilkan musuh tanpa sebarang kelemahan atau rintangan elemen. Mod ini menguji kecekapan mekanikal, timing, dan fokus pemain.

Sepanjang tempoh kemas kini ini, pelbagai acara masa terhad akan dilancarkan secara berperingkat dengan menawarkan ganjaran bernilai seperti Tuning Calibrator, W-Engine percuma, Polychrome, profile title eksklusif, serta set Drive Disc baharu. Selain itu, outfit premium terhad Velina juga mula dijual di kedai dalam game.

Pengoptimuman Sistem dan Naik Taraf Teknikal PC

Untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih lancar, Zenless Zone Zero Version 3.0 membawakan beberapa pengoptimuman sistem:

  • Smart Discard: Membolehkan pemain menapis dan melupuskan Drive Disc yang tidak digunakan secara pukal untuk memudahkan pengurusan inventori.
  • UI Tuning: Menu tuning Drive Disc akan mengutamakan set yang sepadan dengan pelan latihan watak yang sedang dibina.
  • Sistem Customization: Aksesori bagi protagonis utama (topi, hiasan rambut, subang, dan cermin mata) telah dipisahkan, membolehkan pemain memadankannya secara bebas dengan mana-mana pakaian.
  • Naik Taraf Visual PC: Pemain PC dengan perkakasan yang serasi boleh mengaktifkan sistem real-time global illumination berasaskan ray-tracing. Ciri ini turut disokong oleh Nvidia DLSS Super-Resolution dan Frame Generation untuk mengekalkan prestasi game yang lancar tanpa menjejaskan kualiti visual.

Ganjaran dan Sambutan Ulang Tahun

Bagi menyambut kedatangan pemain ke Season 3, fungsi “Advance Screening” diperkenalkan untuk membolehkan pemain baharu melompat terus ke jalan cerita terbaharu. Melalui ciri ini, mereka boleh merekrut Pyrois serta mendapatkan pakaian Proxy bertemakan Season 3 dengan lebih cepat tanpa perlu menamatkan babak terdahulu terlebih dahulu.

Bersempena dengan pelancaran ini serta sambutan ulang tahun kedua Zenless Zone Zero pada 4 Julai, pemain ditawarkan sebanyak 1,600 Polychrome secara percuma. Sebanyak 600 Polychrome boleh dituntut terus melalui mel dalam game apabila log masuk hari ini, manakala baki 1,000 Polychrome lagi akan dikreditkan pada 4 Julai nanti.

Zenless Zone Zero ditawarkan secara free-to-play dan boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X/S, PC (melalui pelancar rasmi, Epic Games Store, dan Steam), iOS, serta Android.

Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu The Adventures of Elliot: The Millennium Tales – Bukti Genre RPG HD-2D Mampu Berevolusi

Next Post

Pembangun Sebenar Beri Amaran! Kempen Kickstarter ‘Project GT’ Adalah Scam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun
Acara

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun

June 17, 2026
Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake
Remake

Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake

June 17, 2026
AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028
Teknologi

AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028

June 17, 2026
Next Post
Pembangun Sebenar Beri Amaran! Kempen Kickstarter ‘Project GT’ Adalah Scam!

Pembangun Sebenar Beri Amaran! Kempen Kickstarter ‘Project GT’ Adalah Scam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd