Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangun Sebenar Beri Amaran! Kempen Kickstarter ‘Project GT’ Adalah Scam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2026
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Pembangun Sebenar Beri Amaran! Kempen Kickstarter ‘Project GT’ Adalah Scam!
Share on FacebookShare on Twitter

Kempen crowdfunding untuk game lumba anime ARPG “Project GT“, yang sebelum ini dilaporkan berjaya, rupa-rupanya hanyalah satu penipuan.

Siphon Studio sebagai pembangun sebenar game tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberi amaran kepada orang ramai bahawa halaman Kickstarter itu palsu. Siphon Studio mendedahkan bahawa sebuah kumpulan luar telah menyamar sebagai mereka untuk melancarkan kempen tersebut tanpa kebenaran, menggunakan aset pelan perniagaan awal yang dicuri dan dibocorkan.

Asalnya, kempen palsu ini berjaya menarik perhatian ramai menerusi gameplay dan seni konsep “Car-Girls”: iaitu watak humanoid yang diinspirasikan daripada kereta dunia sebenar. Walaupun semua aset ini tulen, ia sebenarnya tidak pernah bertujuan untuk kegunaan awam atau kempen crowdfunding. Siphon Studio menjelaskan bahawa bahan-bahan tersebut merupakan fail pembentangan perniagaan dalaman peringkat awal yang dikongsi bersama rakan kongsi, sebelum dibocorkan ke internet.

Kumpulan luar terbabit kemudian menggunakan bahan yang bocor ini untuk membuka halaman Kickstarter palsu di bawah nama “Project GT.” Hakikatnya, projek sebenar masih berada di peringkat awal pembangunan dengan tajuk kerja Codename: GT. Siphon Studio menegaskan bahawa mereka langsung tidak terlibat dengan kempen tersebut dan tidak pernah membuka sebarang kutipan dana awam.

Bagi menangani isu ini, Siphon Studio mengambil tindakan undang-undang dan menghantar rayuan rasmi kepada pihak Kickstarter untuk memadamkan halaman palsu tersebut secara kekal. Sementara proses itu berjalan, Kickstarter telah pun menyekat semua saluran pembayaran bagi kempen berkenaan.

Pihak studio menggesa sesiapa sahaja yang telah menyokong kempen palsu ini agar segera menuntut bayaran balik daripada Kickstarter. Jika ada penyokong yang menghadapi masalah atau memerlukan bantuan untuk membuat laporan polis, Siphon Studio memberikan kerjasama penuh untuk membantu pemain yang terjejas. Mereka juga meminta orang ramai melaporkan sebarang akaun penyamar atau hantaran palsu lain melalui e-mel terus ke [email protected].

Walaupun situasi ini agak sedih, masih ada berita baik untuk para peminat. Projek game yang sebenar, iaitu Codename: GT, sememangnya wujud dan sedang aktif dibangunkan.

Siphon Studio memberi jaminan bahawa proses pembangunan game ini berjalan lancar dan stabil di sebalik tabir. Selepas ini, sebarang perkembangan rasmi akan dikongsi secara terus menerusi akaun rasmi Bilibili mereka.

Tags: Project GT
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero – Version 3.0 Rasmi Dilancarkan, Debut Steam & Agent S-Rank Percuma

Next Post

AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028

AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd