Konami Digital Entertainment dan pihak pembangun Evil Empire, dengan sokongan penasihat daripada Motion Twin, mengumumkan bahawa Castlevania: Belmont’s Curse akan dilancarkan pada 15 Oktober 2026.
Bermula hari ini, para pemain boleh pre-order game ini di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC (melalui Steam dan Microsoft Store). Versi Nintendo Switch juga akan tiba lewat tahun 2026, dengan tarikh pelancaran khusus serta maklumat pre-order yang akan dikongsi pada masa akan datang.
Game Baharu di Paris Abad Ke-15

Berlatarkan tahun 1499 (iaitu 23 tahun selepas peristiwa dalam Castlevania III: Dracula’s Curse), game ini memperkenalkan Rose Belmont, anak perempuan kepada Trevor Belmont dan Sypha Belnades.
Apabila kubu gelap Dracula tiba-tiba muncul di tengah-tengah kota Paris dan mencetuskan huru-hara, Rose perlu menggunakan cemeti warisan keluarganya, “Vampire Killer”. Pemain akan membimbing beliau melalui jalan-jalan yang terbakar, katakom bawah tanah, dan koridor istana yang berbahaya untuk membongkar konspirasi gelap serta menyelamatkan kota tersebut daripada kemusnahan.

Belmont’s Curse ialah sebuah game action-exploration 2D tradisional tidak linear, menampilkan peta buatan tangan yang saling berhubung dan bukannya elemen rawak.
Belmont’s Curse bertujuan untuk membawakan gaya pergerakan yang lebih pantas dan lancar ke dalam francais klasik ini. Ciri-ciri utama termasuklah:
- Dynamic Whip Movement: Cemeti Vampire Killer berfungsi sebagai senjata dan juga alat pergerakan. Pemain boleh menghayunkan diri di dalam persekitaran, menghubungkan combat dan pergerakan untuk melepasi bahaya serta menyerang hendap musuh.
- Sistem Arcana: Menewaskan boss yang kuat—seperti watak ikonik francais iaitu Death, Medusa, dan Carmilla, di samping musuh baharu seperti Joan of Arc yang menjelma sebagai raksasa—membolehkan Rose mengurung roh mereka ke dalam tarot card. Kad-kad ini, yang dipanggil Arcana, membolehkan pemain menggunakan spell yang unik dan abiliti khas semasa bertarung.
- Combat Customization: Selain daripada cemetinya, Rose boleh mendapatkan dan melengkapi gear daripada tujuh kategori senjata berbeza serta mencari Relic untuk menyesuaikan gaya permainan menyerang dan defensif.

Edisi dan Bonus Pre-Order
Pemain boleh memilih antara dua versi digital:
- Standard Edition: Mengandungi game asas.
- Midnight Edition: Mengandungi game asas, Digital Sound & Art Gallery yang menampilkan 71 runut bunyi, serta tiga barangan bonus dalam game: kostum gaya Trevor Belmont, kostum gaya Sypha Belnades, dan relic “Family’s Grace”.

Semua pre-order dan pembelian awal bagi mana-mana edisi akan menerima bonus “Alucard Style Costume” untuk kegunaan watak Rose.










Discussion about this post