Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silent Hill: Townfall – Akan Datang 24 September, Gameplay & Naratif Didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2026
in Artikel
0 0
0
Silent Hill: Townfall – Akan Datang 24 September, Gameplay & Naratif Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami dan Annapurna Interactive, bersama pembangun Screen Burn Interactive, telah mengumumkan bahawa Silent Hill: Townfall akan dilancarkan pada 24 September 2026.

Game seram psikologi ini bakal hadir ke PlayStation 5 dan PC menerusi Steam serta Epic Games Store. Pre-order telah dibuka untuk kedua-dua edisi Standard dan Deluxe.

Mimpi Ngeri di Scotland

Townfall memindahkan kisah seram psikologi siri ini ke sebuah pulau yang diselimuti kabus tebal di luar pantai Scotland.

Berlatarkan tahun 1996, game ini berlangsung di sebuah bandar pulau fiksyen bernama St. Amelia. Dimainkan sepenuhnya daripada perspektif first-person, pemain akan mengawal watak Simon Ordell, seorang lelaki yang terjaga di pesisir pantai bandar berkabus yang ‘terbiar’ ini.

Berbekalkan hanya beberapa barangan dan sebuah televisyen poket mudah alih (CRTV) yang menerima isyarat tidak stabil, Simon tekad untuk membongkarkan hubungannya dengan pulau tersebut dan “membetulkan keadaan”.

Trailer terbaharu memperkenalkan Zoe, seorang penduduk St. Amelia dan jururawat di sebuah klinik keluarga tempatan. Dalam video baharu, Zoe memanggil Simon untuk kembali ke pulau itu, sambil bertanya kepadanya, “Apa yang awak buat di sini?”

Ini mewujudkan misteri, memandangkan Simon langsung tidak mempunyai memori tentang bandar tersebut dan tidak mengenali Zoe.

Puzzle Naratif dan Ikhtiar Hidup dalam Kabus

Berbeza dengan game lain yang menggunakan teka-teki berasingan untuk menyekat kemajuan pemain, Screen Burn Interactive cipta puzzle berpacukan naratif yang ditulis seiring dengan plot utama.

Menyelesaikan puzzle ini secara langsung membantu pemain memahami situasi yang dihadapi Simon dan belajar lebih lanjut tentang sejarah silam St. Amelia yang gelap serta penduduknya.

Ikhtiar hidup juga memerlukan pemain bergerak dengan berhati-hati menerusi Otherworld, di mana makhluk-makhluk mengerikan sentiasa mengekori Simon.

Walaupun pemain boleh bertarung menggunakan senjata seperti kapak atau senjata api menentang musuh tertentu, sesetengah raksasa terlalu berbahaya untuk dilawan, menjadikan taktik mengelak sebagai satu-satunya pilihan.

Dengan menggunakan peek mechanic dan peranti CRTV, pemain perlu menilai keadaan sekeliling, bergerak dengan berhati-hati, dan mengalihkan perhatian musuh bagi mengelakkan diri daripada dikejar.

Di PlayStation 5, Silent Hill: Townfall menggunakan kelebihan DualSense untuk memberikan suasana yang lebih imersif. Adaptive trigger akan mensimulasikan rasa tarikan picu senjata api, manakala haptic feedback pula akan bergetar seiring dengan hentakan kaki raksasa yang semakin menghampiri ketika pemain sedang bersembunyi.

Selain itu, motion control membolehkan pemain memutarkan controller secara fizikal untuk melaras isyarat CRTV bagi mendapatkan siaran yang lebih jelas.

Edisi dan Bonus Pre-order

Pre-order dibuka untuk edisi-edisi berikut:

Standard Edition (Fizikal & Digital)

  • Game penuh
  • Bonus Pre-order:
    • CRTV Style: Rusted
    • CRTV Style: Beach Edition (eksklusif untuk PlayStation 5)

Deluxe Edition (Digital)

  • Game penuh
  • Pakaian Alternatif Simon
  • Buku seni digital
  • Mini-soundtrack digital (menampilkan runut bunyi daripada komposer Pilotpriest)
  • Bonus Pre-order:
    • Akses awal 48 jam
    • CRTV Style: Rusted
    • CRTV Style: Beach Edition (eksklusif untuk PlayStation 5)
Tags: Silent Hill: Townfall
ShareTweetSend
Previous Post

Onimusha: Way of the Sword – Akan Datang 25 September, Demo Percuma Kini Tersedia

Next Post

Until Dawn 2 – Berlatarkan Pulau Tropika, Bakal Keluar 2027

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Until Dawn 2 – Berlatarkan Pulau Tropika, Bakal Keluar 2027

Until Dawn 2 - Berlatarkan Pulau Tropika, Bakal Keluar 2027

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd