Activision telah mengumumkan bahawa sokongan rasmi untuk Call of Duty: Warzone di PlayStation 4 dan Xbox One akan ditamatkan. Keputusan ini dibuat selari dengan pengumuman Call of Duty: Modern Warfare 4 yang akan dilancarkan pada 23 Oktober 2026 sebagai game eksklusif untuk konsol current-gen.

Dilancarkan pada tahun 2020, Warzone meraih kejayaan besar selepas menarik perhatian jutaan pemain ketika pandemik COVID-19. Ini mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu game battle royale paling popular dalam industri.
Kini, game tersebut sedang bersiap sedia untuk peralihan struktur yang besar dengan menghentikan sokongan bagi konsol yang pernah melonjakkan namanya.

Activision mengambil pendekatan secara berfasa untuk menghentikan perkhidmatan Warzone pada platform lama bagi memberikan ruang dan masa kepada pemain untuk melakukan peralihan:
- 4 Jun 2026: Warzone akan dibuang daripada kedai digital PS4 dan Xbox One. Ini bermakna pemain baharu tidak lagi boleh memuat turun game ini. Bagaimanapun, pemain sedia ada yang sudah mempunyai game ini di dalam pustaka mereka masih boleh install dan memainkannya. Pada tarikh ini juga, pembelian menggunakan wang sebenar (seperti COD Points, BlackCell, dan Call of Duty League Operator Packs) akan dikeluarkan daripada menu konsol last-gen dan kedai dalam game.
- 25 Jun 2026: Kedai dalam game pada PS4 dan Xbox One akan dibuang sepenuhnya.
- Hujung Tahun 2026 (Modern Warfare 4 Season 1): Game ini tidak lagi boleh dimainkan langsung pada konsol last-gen. Pemain di PS4 dan Xbox One masih boleh bermain sehingga tamatnya Season 6 untuk Call of Duty: Black Ops 7. Namun, sebaik sahaja Modern Warfare 4 Season 1 bermula (yang dijangka tidak lama selepas pelancaran rasmi game tersebut pada bulan Oktober) sokongan akan ditamatkan sepenuhnya.

Activision mengesahkan bahawa semua kemajuan pemain, inventori, dan pembelian yang dibuat menggunakan COD Points akan dipindahkan ke PlayStation 5, Xbox Series X|S, atau PC, dengan syarat pemain menggunakan akaun Activision sama yang telah disambungkan.




![[Eksklusif] Selepas Era Tekken, Katsuhiro Harada Kongsi Kebebasan Kreatif & Hala Tuju ‘VS Studio’ Di Bawah SNK](https://cdn.gamersantai.com/2026/05/VS-STUDIO-SNK_KATSUHIRO-HARADA-INTERVIU_FI-1-75x75.jpg)




Discussion about this post