Genshin Impact secara rasmi melancarkan update Version Luna VII hari ini. Membawa tajuk “Song of the Welkin Moon: Andante – Truth Amongst the Pages of Purana,” kemas kini besar ini mempertaruhkan misi Archon Quest, mengenalkan tiga watak baharu, serta macam-macam lagi.
Sumeru Kehilangan Pelindung
Inti pati cerita kali ini tertumpu kepada bencana yang sedang melanda Sumeru. Nahida, sang Dendro Archon, telah jatuh ke dalam tidur yang misteri, menyebabkan negara itu berada dalam keadaan bahaya tanpa pemimpin.
Di tengah-tengah kekacauan tersebut, muncul satu sosok yang tidak asing lagi: seorang musuh baharu yang wajahnya sangat mirip dengan Il Dottore—Fatui Harbinger yang sebelum ini dianggap telah tewas buat selama-lamanya.
Untuk menyelamatkan wilayah tersebut, pemain akan bekerjasama dengan sekutu lama dan baharu, termasuk Collei, Ibis King Thoth, dan Nicole. Bagi mereka yang menyelesaikan bab ini dalam tempoh terhad, ganjaran sehingga 560 Primogem serta bahan Ascension untuk Nicole menanti anda.
Pengembaraan ini juga akan menambah pertarungan dengan Weekly Boss baharu.
Nicole Reeyn
Watak yang paling mencuri tumpuan sudah pastinya Nicole Reeyn, ahli pertama daripada kumpulan Hexenzirkel (Circle of Witches) yang boleh dimainkan. Sebagai pengguna Pyro Catalyst 5-Star, beliau digambarkan sebagai seorang “malaikat tanpa suara” yang mampu bercakap terus ke hati seseorang.
Dalam combat, Nicole berperanan sebagai support. Elemental Skill beliau bukan sahaja memberikan shield, malah meningkatkan ATK seluruh pasukan. Sementara itu, Elemental Burst beliau pula mencipta ‘projection’ yang akan meniru serangan watak aktif di medan lawan.
Nicole juga mempunyai kelebihan unik semasa meneroka; Charged Attack beliau boleh menyeru Seelie untuk memandu pemain mencari ‘treasure chest’ berhampiran.
Pemain juga berpeluang melangkah masuk ke dalam “Witch’s Lodge” yang terletak di taman peribadi Nicole. Hub baharu ini akan mendedahkan bilik dan kisah-kisah rahsia ahli sihir Teyvat yang akan dibuka secara berperingkat setiap minggu.
Wajah-Wajah Lain: Lohen dan Prune
Turut memeriahkan barisan watak ialah Lohen, pengguna Cryo Polearm 5-Star yang memegang jawatan sebagai Vice Captain Knights of Favonius bagi Fifth Company.
Lohen membawakan playstyle yang memerlukan kemahiran tinggi, di mana pemain perlu menguruskan dua sumber iaitu “Joy” dan “Will to Win” untuk menghasilkan damage yang besar. Story Quest beliau juga mendedahkan tentang sejarah Knights of Favonius yang selama ini tersembunyi.
Melengkapkan trio ini ialah Prune, pengguna Anemo Catalyst 4-Star yang menggelarkan dirinya sebagai “Witch Hunter” (yang kononnya diiktiraf oleh ibu Klee, Alice). Beliau bertarung menggunakan gabungan loceng dan tukul gergasi, dengan kepakaran menghasilkan pelbagai reaksi Swirl.
Sistem Banner dan Acara Menarik
Event Wishes bagi version “Luna VII” akan dibahagikan kepada dua fasa:
- Fasa 1: Menampilkan Nicole dan Prune, bersama dengan rerun Durin.
- Fasa 2: Menampilkan Lohen, serta rerun Archon Pyro, Mavuika.
Selain itu, Klee bakal menganjurkan festival “Little Hexenzirkel” yang menawarkan pelbagai minigame bersama Qiqi, Yaoyao, dan Sayu. Dengan menyertai acara ini, pemain boleh mendapatkan rupa senjata eksklusif “Super Awesome Magic Key.”
Bagi peminat cabaran kompetitif pula, Miliastra Wonderland akan membuka festival sukan khas untuk anda sertai.
Penambahbaikan Kualiti Game
Bagi memudahkan pemain yang baru kembali selepas berehat panjang, HoYoverse memperkenalkan “Guiding Notes”; satu fungsi yang menyediakan ringkasan jalan cerita dalam game. Sistem autosave misi juga telah ditambah baik untuk pengalaman naratif yang lebih lancar.
Bukan itu sahaja, sistem “Manekin” diperluaskan bagi membolehkan pemain menetapkan pelbagai gaya watak di serata Teyvat, untuk menjadikan sesi fotografi lebih menarik.
Genshin Impact Version Luna VII kini tersedia untuk dimuat turun di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, serta peranti mobile (iOS dan Android).









Discussion about this post