Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2026
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Vtuber
0 0
0
“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang suku akhir Piala Dunia FIFA 2026, ramai penyokong mula sedar bahawa ancaman terbesar bagi pasukan mereka bukanlah kesilapan pengadil atau sepakan penalti yang tersasar. Sebaliknya, ia datang daripada seorang VTuber indie bernama Essie.

Dikenali sebagai essie_ch, pencipta kandungan ini tular gara-gara “Sumpahan Piala Dunia” yang menakutkan. Mana-mana pasukan yang disokongnya dalam Pusingan 16 sebelum ini pasti akan tersingkir.

TODAY WE'RE WATCHING BRAZIL V NORWAY !! i'll be on @RowaVNU's channel watching the game!!!! see u soon!!https://t.co/Fmzsy0wlUx pic.twitter.com/sK9iTLngf7

— essie 🐑🌾 (@essie_ch) July 5, 2026

Sumpahan ini bermula apabila Essie menyokong Brazil, yang kemudiannya tewas 1-2 kepada Norway. Mahu mengubah nasib, dia beralih arah menyokong Mexico dan memuat naik posting: “My friendship with Brazil is over. LET’S GO MEXICO.” Namun, Mexico pula tersingkir selepas tewas 3-2 kepada England.

FRIENDSHIP ENDED WITH BRAZIL, VAMOS MEXICO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! https://t.co/jiNy9FsMYO pic.twitter.com/3Hfjy2hdBQ

— essie 🐑🌾 (@essie_ch) July 5, 2026

ITS OK, PORTUGAL HAS THIS 🔥 LETS GO PORTUGALLL https://t.co/GKc4uNIZGs pic.twitter.com/jIRR8nNQ0B

— essie 🐑🌾 (@essie_ch) July 6, 2026

Trend ini dengan bertukar menjadi meme. Portugal menjadi mangsa seterusnya apabila tewas 1-0 kepada Sepanyol sejurus selepas disokong Essie. Malah, negara asalnya sendiri, Amerika Syarikat, turut dibelasah 4-1 oleh Belgium selepas menerima sokongan beliau.

i must rep my home country… USA !!! 😄😄 https://t.co/w76C1MiPQg pic.twitter.com/b5lfJIAozN

— essie 🐑🌾 (@essie_ch) July 6, 2026

Sumpahan ini menjadi lebih dramatik semasa perlawanan antara Argentina dan Mesir. Pada mulanya, Essie menyokong Argentina, namun dia cemas melihat Mesir mendahului awal 2-0 hasil jaringan Yasser Ibrahim dan Mostafa Zico.

Sedar dirinya mungkin menjadi punca Lionel Messi tersingkir dari Piala Dunia, Essie memutuskan untuk menggunakan “kuasanya” itu demi kebaikan. Dia memadamkan posting lama dan menukar sokongan kepada Mesir di pertengahan perlawanan.

“I DONT WANT TO CURSE EGYPT BUT I WANT THEM TO WIN,” tulisnya, sambil bergurau, “my pure heart will reverse the curse.”

Taktik itu nampaknya membuahkan hasil. Beberapa minit selepas menukar sokongan, Argentina bangkit. Cristian Romero merapatkan jurang pada minit ke-79, Messi menyamakan kedudukan pada minit ke-83, sebelum Enzo Fernandez melengkapkan comeback dramatik 3-2 pada masa kecederaan. Mesir akhirnya pulang hampa, manakala Argentina terselamat.

I DONT WANT TO CURSE EGYPT BUT I WANT THEM TO WIN 😭😭😭😭 PLEASE EGYPT PLEASE!!!!!! pic.twitter.com/ALjJ1qxd5R

— essie 🐑🌾 (@essie_ch) July 7, 2026

Semasa perlawanan Colombia menentang Switzerland, Essie teragak-agak sebelum memuat naik lakaran avatar dirinya memakai jersi Colombia. Bagaimanapun, dia tetap berkongsi gambar tersebut akhirnya.

Tindakan itu ternyata membawa padah kepada Colombia. Selepas terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang sengit, Switzerland akhirnya menyingkirkan Colombia 4-3 menerusi sepakan penalti.

can i still show my support for colombia….? https://t.co/q7ycvKxyrX pic.twitter.com/Jy31wHbs87

— essie 🐑🌾 (@essie_ch) July 7, 2026

Jadi, jika anda ternampak Essie memakai jersi pasukan kegemaran di media sosial, mungkin anda perlu bersedia untuk menerima kekalahan.

Tags: Piala Dunia FIFA 2026VTuber
ShareTweetSend
Previous Post

Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026

Next Post

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Panduan Untuk Menewaskan “The World”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Panduan Untuk Menewaskan “The World”

Granblue Fantasy: Relink - Endless Ragnarok - Panduan Untuk Menewaskan "The World"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd