Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2026
in Artikel, Berita, Hardware, Teknologi
0 0
0
Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada sesiapa yang bercadang mahu memasang PC menggunakan RAM DDR4, anda mungkin perlu bertindak segera. Laporan terbaharu mendedahkan bahawa harga perkakasan RAM lama—khususnya DDR4 dan DDR3—bakal meningkat secara drastik.

Laporan daripada DigiTimes mendedahkan harga kontrak bagi suku ketiga tahun 2026 (Q3 2026) yang sedang dimuktamadkan adalah jauh lebih tinggi daripada jangkaan asal. Malah, harga modul DDR4 8GB lama dijangka akan meningkat melebihi 50% pada suku ini.

Syarikat pengeluar memori dunia seperti Samsung, SK Hynix, dan Micron sedang beralih tumpuan kepada standard memori premium yang lebih menguntungkan seperti DDR5 dan High Bandwidth Memory (HBM) generasi baharu. Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Impaknya, pengeluaran DDR4 hampir sepenuhnya bergantung kepada segelintir pengeluar kecil dari Taiwan seperti Nanya Technology dan Winbond Electronics. Disebabkan tidak mampu menampung permintaan dunia, syarikat-syarikat ini terpaksa menutup talian pengeluaran DDR3 semata-mata untuk memberi laluan kepada DDR4. Kesannya, bekalan DDR3 pula mula terjejas, lantas membuat harganya naik bersama dengan DDR4.

Di Malaysia, DDR4 sekian lama menjadi penyelamat bagi gamer bajet dan komputer pejabat. Namun, apabila harga kontrak DDR4 melonjak lebih separuh daripada harga asal, kelebihan bajet ini akan hilang begitu sahaja. Malah ketika ini, harga pasaran semasa untuk modul DDR4 16GB telah pun meningkat dengan mendadak, sehinggakan ada yang lebih mahal berbanding modul DDR5 dengan kapasiti yang sama.

Jika ingin tunggu sehingga harga kembali stabil, anda mungkin terpaksa menunggu lama. Pakar industri menganggarkan bahawa krisis kekurangan bekalan RAM dan kenaikan harga ini dijangka berlarutan sehingga tahun 2028.

Tags: DDR3DDR4
ShareTweetSend
Previous Post

Game Mobile Mario Kart Tour Akan Tamatkan Perkhidmatan Pada September 2026

Next Post

“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026

"Sumpahan Essie" Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd