Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Panduan Untuk Menewaskan “The World”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2026
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, Panduan, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Panduan Untuk Menewaskan “The World”
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mana-mana pemain, melepasi cabaran terakhir dalam Granblue Fantasy: Relink adalah satu pencapaian yang cukup besar. Bersama Beelzebub dan Omnis Zegalith, The World merupakan salah satu daripada tiga boss utama yang diperkenalkan menerusi expansion Endless Ragnarok.

Jika anda sedang bersiap sedia untuk menghadapi pertarungan “multi-phase” yang sengit ini, berikut adalah panduan lengkap tentang mekanik combat serta cara untuk mengelak serangan-serangannya yang paling berbahaya dengan selamat.

Persediaan Awal

Sebelum dapat mencabar The World, anda perlu menyelesaikan main questline Fraux, iaitu salah seorang watak baharu yang boleh dimainkan dalam expansion ini. Proses untuk membuka pertarungan ini memakan masa yang agak lama kerana boss ini hanya akan tersedia dalam quest “New World Order” pada tahap kesukaran Chaos++.

Dengan cadangan PWR sebanyak 34,500, pertarungan ini sangat hampir dengan fasa endgame bagi Endless Ragnarok. Ini bermakna anda perlu menyelesaikan banyak quest Chaos dan Chaos+ terlebih dahulu sebagai persediaan.

Pertarungan fasa endgame dalam Granblue Fantasy: Relink memang terkenal kerana sangat mencabar, malah dalam expansion ini, hampir semua serangan musuh boleh membunuh kita dengan sekali pukul sahaja.

Oleh itu, amat disarankan untuk mengutamakan aspek pertahanan berbanding menggunakan build yang memfokuskan damage semata-mata.

Menggunakan Sigil dengan trait seperti Guts (membolehkan kita bertahan daripada serangan maut dengan baki 1 HP) atau Autorevive (menghidupkan semula watak secara automatik tanpa menggunakan potion) boleh menjadi penyelamat dalam pertarungan ini.

Fasa Permulaan

Sebaik sahaja pertarungan bermula, anda akan perasan bahawa The World mempunyai HP bar yang unik. Dia mempunyai dua lapisan HP di mana lapisan pertama berwarna kuning.

Ini bukan sahaja untuk menunjukkan dia adalah musuh dengan nyawa yang tebal, sebaliknya ia menandakan peralihan antara dua fasa yang mempunyai mekanik dan tahap kesukaran yang sangat berbeza.

Bagi fasa permulaan, pertarungan dengan The World masih boleh dikawal dan kebanyakan serangannya mudah untuk dibaca. Namun, betul-betul di awal pertarungan, dia akan terus melancarkan serangan khas yang dipanggil Quickening.

Walaupun serangan projektil tiga hala ini sangat pantas, anda boleh “perfect guard” dengan timing yang tepat untuk mengenakan heavy stun counter terhadapnya. Menjayakan langkah ini juga merupakan salah satu objektif sampingan untuk mendapatkan ganjaran loot tambahan dan markah penamat quest yang lebih tinggi.

Dalam fasa ini juga, dia akan melancarkan New World Order, iaitu serangan area-of-effect berupa garisan bergerak seperti bintang di atas lantai. Corak serangan ini mungkin nampak mengelirukan pada mulanya, tetapi mekaniknya cukup mudah: anda hanya perlu mengelak daripada memijak laluan bercahaya tersebut.

Jika buntu, helah paling mudah adalah dengan mengikut sahaja ke mana rakan AI atau pemain lain bergerak dan berdiri di situ.

Seterusnya ialah Shooting of The Star, di mana The World akan melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah tengah arena dan meninggalkan retakan pada lantai sekeliling yang akan meletup tidak lama kemudian.

Ini merupakan salah satu serangan khas yang paling mudah untuk dielak kerana anda hanya perlu berlari di kawasan luar arena tanpa perlu block atau dodge.

Bagaimanapun, anda masih perlu berwaspada kerana serangan biasa The World pun mempunyai damage yang sangat tinggi dan boleh meletakkan watak kita dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan sekelip mata.

Apabila nyawanya semakin rendah dalam fasa ini, The World akan mula melancarkan serangan sihir yang dikenali sebagai Sephira Sandbox. Dia akan memulakan serangan ini dengan menyeru empat kad Arcana yang menembak laser sebelum diakhiri dengan letupan AoE yang dahsyat.

Walaupun lasernya mudah dielak, anda wajib memusnahkan kesemua empat kad tersebut sebelum “cast bar” penuh untuk membatalkan letupan terakhir itu.

Selepas itu, dia akan menggunakan Binds of The Hanged Man. The World akan bergerak ke tengah arena untuk menyeru lohong hitam yang menembak projektil serta serangan AoE lurus.

Walaupun lohong hitam itu akan menyedut dan memperlahankan pergerakan anda, fasa ini masih boleh dihadapi dengan mudah asalkan anda sentiasa peka untuk mengelak daripada zon bahaya berwarna merah.

Cabaran sebenar adalah untuk mengelak bebola kuning yang mengelilingi lohong hitam tersebut kerana pergerakannya agak sukar diramal.

Fasa Peralihan

Sebaik sahaja berjaya menghabiskan bar HP kuning tersebut, fasa pertarungan akan mula beralih. The World akan menyelimutkan dirinya di dalam perisai gergasi yang dipanggil Celestial Sphere. Sepanjang proses transformasi ini, dia akan mengumpul tenaga dan anda tidak dapat mencederakannya dengan mudah.

Malah, arena akan mula dipenuhi dengan pelbagai ancaman seperti projektil berterbangan, letupan AoE, dan projektil besar dari empat arah berbeza.

Asalkan anda fokus untuk mengelak, fasa singkat ini boleh dilepasi tanpa menerima sebarang damage langsung. Fasa ini akan diakhiri dengan satu letupan besar yang merangkumi hampir keseluruhan kawasan arena. Untuk terselamat, segera berlari ke sudut yang paling hujung di arena.

Pastikan “guard” sentiasa aktif kerana baki projektil lain masih boleh mengenai kita, tambahan pula zon selamat akan semakin mengecil pada akhir fasa.

Fasa Kedua

Apabila kubah perisai tersebut pecah, The World akan muncul semula dalam rupa baharu dengan enam sayap berwarna pelangi. Di sinilah kemahiran anda akan mula diuji.

Sebaik sahaja fasa ini bermula, dia akan melancarkan Invoke Idean untuk menyeru tiga kad Arcana dalam susunan segi tiga. Anda mesti memusnahkan kesemua kad ini dengan pantas kerana jika ada walaupun satu kad yang tertinggal, ia akan memberikan kesan buff kepada boss tersebut.

Apabila menerima kuasa daripada kad ini, dia akan mendapat akses kepada serangan berbahaya seperti Melody of Judgement yang memenuhi arena dengan buih perangkap. Jika tersentuh buih ini, anda akan terperangkap untuk jangka masa yang lama melainkan ada rakan sepasukan yang menyerang anda atau anda terkena damage lain.

Oleh kerana serangan yang dilancarkan bergantung sepenuhnya pada kad mana yang gagal dimusnahkan, fasa ini agak rawak dan sukar dijangka.

Mendekati boss semasa fasa ini juga lebih berisiko. Serangan seperti Theater of Temperance boleh terkena secara tiba-tiba dan memberikan damage maut jika anda bermain dengan terlalu agresif. Namun, dengan menjaga jarak yang selamat, serangan ini sebenarnya tidak terlalu susah untuk diuruskan.

Satu lagi ancaman besar yang perlu diawasi ialah Heart of The Sun. Serangan ini memaparkan api berputar yang bergerak dalam dua arah berbeza ke seluruh arena. Tempoh untuk perfect dodge pun sangat singkat.

Oleh itu, melainkan anda menggunakan watak yang sangat lincah untuk mengelak ke sana-sini, anda perlu membiasakan diri untuk menghadapi serangan ini.

The World juga mengekalkan beberapa serangan khasnya dari fasa pertama, tetapi kali ini dengan variasi yang jauh lebih berbahaya. Sebagai contoh, Invoke Idean kini akan mengeluarkan kad tambahan, sekaligus mengurangkan masa pemain untuk membatalkan serangan tersebut.

Sementara itu, New World Order dinaik taraf menjadi New World Disorder, yang melepaskan serangan menyapu di sepanjang dua laluan berbeza secara serentak.

Apabila nyawanya kritikal, dia akan melancarkan “Ultimate Attack”, iaitu Arcarum: The World Beyond menerusi serangan Wheel of Fortune.

Menyekat serangan ini merupakan bahagian yang paling susah dalam keseluruhan pertarungan kerana anda perlu memusnahkan beberapa kad Arcana ber-HP tinggi sambil mengelak serangan unik masing-masing.

Sebaik sahaja dua kad pertama dimusnahkan, dua lagi kad akan muncul bersama sepasang dacing gergasi.

Untuk melepasi mekanik ini, anda mesti membahagikan damage dengan menyerang kedua-dua kad secara serentak bagi memastikan dacing tersebut kekal seimbang.

Jika hanya fokus menyerang satu kad, sistem pertahanan kad tersebut akan diaktifkan: empat pedang gergasi akan terapung di atas setiap watak dan menyerang secara bertubi-tubi. Serangan pedang ini boleh membunuh kita dalam sekelip mata, dan ia tidak akan berhenti sehinggalah anda menyeimbangkan semula dacing tersebut.

Setelah kad tersebut dimusnahkan, anda akan berdepan pula dengan sepasang kad terakhir yang mempunyai corak serangan yang tidak kurang mencabar. Ini adalah masa terbaik untuk Summon. Dengan cara ini, anda boleh memusnahkan kedua-dua kad dengan pantas.

Lagipun, watak anda berada dalam keadaan “invincible” semasa Summon dipanggil, jadi anda tidak perlu risau tentang menerima sebarang damage. Jika tempoh Summon masih ada selepas anda berjaya menghentikan serangan “Wheel of Fortune”, gunakan baki waktu tersebut untuk menyerang The World.

Sebaik sahaja ujian terakhir ini dilepasi, baki pertarungan selepas itu akan menjadi lebih santai. The World mungkin masih akan melancarkan Reflection of The Moon yang menembak laser berterusan pada kedudukan tertentu bersama letupan di atas tanah, tetapi ia lebih mudah dielak berbanding Heart of The Sun.

Teruskan menyerang sedikit demi sedikit, dan akhirnya anda pasti akan menewaskannya. Bagi cubaan pertama saya, pertarungan ini memakan masa kira-kira 17 minit.

Bagaimanapun, dengan pemain yang mempunyai equipment yang mantap, anda mampu menyelesaikannya jauh lebih pantas… sekaligus membantu sekali mencapai objektif sampingan untuk menamatkan quest ini dalam masa kurang daripada 10 minit.

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok boleh didapati di Nintendo Switch 2, PlayStation 5, PlayStation 4, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Granblue Fantasy: Relink - Endless RagnarokPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026
Berita

“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026

July 9, 2026
Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026
Teknologi

Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026

July 9, 2026
Game Mobile Mario Kart Tour Akan Tamatkan Perkhidmatan Pada September 2026
Mobile

Game Mobile Mario Kart Tour Akan Tamatkan Perkhidmatan Pada September 2026

July 9, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd