Bandai Namco dan pembangun Tamsoft mengumumkan bahawa Captain Tsubasa 2: World Fighters akan dilancarkan pada 27 Ogos 2026. Game ini akan tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.
Sekuel ini bakal tampil lebih hebat berbanding entri dahulu, dengan memberikan tumpuan kepada jalan cerita “World Youth” arc yang popular di kalangan peminat manga.
Gameplay utama juga telah menerima penambahbaikan. Walaupun aksi gaya arcade dikekalkan, Tamsoft memperkenalkan sistem “duel” yang lebih strategik.
Sistem ini akan meningkatkan debaran semasa pertembungan 1 lawan 1 antara penyerang dan penjaga gol, lengkap dengan aksi hadangan dan super-shot sinematik yang dipetik terus daripada anime.
Antara tarikan dalam sekuel ini termasuklah:
- 22 Pasukan Kebangsaan dan lebih 110 watak yang boleh dimainkan.
- Lebih 150 Cutscenes: Bukan sahaja untuk story mode, babak ini akan muncul semasa perlawanan bagi menonjolkan super move dan taktik hebat.
- New Stars Route: Satu pembaharuan dalam Story Mode di mana pemain boleh mencipta watak sendiri dan menyertai Pasukan Kebangsaan Jepun. Senario asalnya diselia sendiri oleh pencipta siri ini, Yoichi Takahashi.
Bagi meraikan pengumuman ini, Bandai Namco telah mengeluarkan video khas yang memaparkan temu bual bersama Yoichi Takahashi.
Dalam video tersebut, Takahashi meluahkan keterujaannya terhadap adaptasi “World Youth” arc ini. Beliau turut mendedahkan bahawa game ini merangkumi pasukan dan watak original yang belum pernah dilihat dalam manga sebelum ini.
Bonus Pra-Tempahan dan Edisi Khas

Pra-tempahan digital telah bermula hari ini. Jika membuat tempahan awal, Bandai Namco menawarkan beberapa ganjaran menarik, antaranya:
- Jersi Pasukan Kebangsaan Jepun 2026 & Jersi World Youth.
- Early Unlock: Akses segera kepada pasukan Brazil Youth.
- Muzik Klasik: Akses awal kepada dua versi lagu tema ikonik, “Moete Hero.”
Untuk mereka yang mahukan kandungan lebih lengkap, game ini ditawarkan dalam tiga pilihan edisi:
- Standard Edition: Mengandungi game asas sahaja.
- Deluxe Edition: Termasuk Season Pass yang menambah enam watak baharu dan item customization “Black Ball”.
- Ultimate Edition: Ini adalah pakej paling lengkap. Ia mengandungi semua kandungan dalam Deluxe Edition, ditambah dengan lima uniform alternatif, pelbagai reka bentuk bola, aksi sambutan gol baharu, dan dua tema Main Menu eksklusif. Selain itu, pemain akan menerima dua kad “Power Move” untuk membantu menguatkan pasukan di awal permainan.









Discussion about this post