Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ikon Tekken Katsuhiro Harada Sertai SNK Untuk Tubuhkan “VS Studio”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Ikon Tekken Katsuhiro Harada Sertai SNK Untuk Tubuhkan “VS Studio”
Share on FacebookShare on Twitter

SNK telah mengumumkan penubuhan VS Studio, sebuah studio subsidiari pembangunan baharu yang akan diterajui oleh ikon industri, Katsuhiro Harada.

Berita ini merupakan langkah besar pertama Harada sejak meninggalkan Bandai Namco pada penghujung tahun 2025. Selepas lebih 31 tahun berkhidmat di syarikat lamanya itu (bermula sebagai developer untuk game Tekken pertama pada 1994 sehinggalah memegang jawatan executive producer dan general manager) Harada kini beralih arah ke kem “seteru” lama.

Berpusat di daerah Shinagawa, Tokyo, VS Studio akan bekerjasama rapat dengan SNK bagi memperkukuh keupayaan pembangunan dalaman syarikat tersebut.

Yasuyuki Oda, tokoh penting di SNK, meluahkan rasa teruja kerana akhirnya dapat membawa rakan lamanya menyertai pasukan yang sama.

“Saya sangat berbangga dapat menyambut kedatangan Encik Katsuhiro Harada ke dalam kumpulan kami,” kata Oda. “Beliau adalah rakan lama dan pesaing yang hebat bagi kami selama bertahun-tahun. Kami sering bergurau atau berangan-angan tentang bagaimana rasanya jika kami benar-benar bekerjasama, dan kini impian itu menjadi kenyataan.”

Buat masa ini, projek pertama studio tersebut masih belum ditetapkan secara khusus.

Apa itu VS Studio?

Visi Harada untuk studio ini dibina berasaskan falsafah: “Melampaui tradisi, dihasilkan dengan kesempurnaan.”

Nama “VS” membawa pelbagai maksud. Selain merujuk kepada semangat “Versus” dalam dunia ‘competitive gaming’, Harada menjelaskan ia juga mewakili “Video game Soft” (sebagai penghormatan kepada asal-usulnya), “Visionary Standard,” “Volition Shift,” dan “Vanguard Spirit.”

Dalam satu kenyataan, Harada mengimbas kembali pengalamannya selama berdekad-dekad dalam industri dan mengapa beliau memilih untuk memulakan lembaran baharu ini sekarang.

“Saya sering berfikir tentang bagaimana saya mahu menghabiskan masa sebagai developer dan persekitaran kerja yang membolehkan kami memberikan prestasi terbaik,” kata Harada. “VS Studio adalah jawapan saya kepada persoalan itu.”

Beliau menyifatkan ruang kerja baharu di Shinagawa itu sebagai “bebas, terbuka, dan luas,” yang direka khusus untuk lari daripada struktur korporat yang kaku ke arah persekitaran yang lebih kreatif dan berteknologi tinggi. Matlamatnya adalah untuk menggabungkan teknologi bertaraf dunia dengan “sensibiliti” bagi menghasilkan game yang meninggalkan kesan besar kepada pemain, walaupun selepas mereka meletakkan controller.

Setakat sekarang, VS Studio sedang memulakan fasa pengambilan pekerja dengan sedang mencari “rakan sekerja yang bersemangat” untuk mengisi pelbagai jawatan.

Tags: SNKVS Studio
ShareTweetSend
Previous Post

[EKSKLUSIF] Hala Tuju Pokémon Champions – Produser Masaaki Hoshino Bincang Evolusi Daripada Siri Utama, Langkah Ke Mobile, & Rancangan Akan Datang

Next Post

BIC Festival 2026 Memperkenalkan Visual Rasmi “Buff Your Indie Spirit” Bagi Acara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
BIC Festival 2026 Memperkenalkan Visual Rasmi “Buff Your Indie Spirit” Bagi Acara!

BIC Festival 2026 Memperkenalkan Visual Rasmi "Buff Your Indie Spirit" Bagi Acara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd