Selepas 11 tahun, manga Black Clover karya Yuki Tabata secara rasminya telah tamat dengan bab ke-392. Tiga bab terakhir telah diterbitkan dalam Jump GIGA, sekali gus mengakhiri perjalanan yang asalnya bermula di Weekly Shonen Jump pada tahun 2015.
Bagi peminat yang mengikuti perkembangan Asta daripada seorang anak yatim tanpa kuasa magik sehingga menjadi wira kerajaan, saya boleh kata penamat manga Black Clover cukup memuaskan.
Pertarungan Terakhir Antara Asta dan Yuno

Walaupun ancaman besar Lucius telah ditumpaskan, satu lagi persoalan masih tertinggal untuk pengakhiran cerita: iaitu siapa yang akan memimpin kerajaan. Di antara Yuno Grinberryall atau Asta, para Magic Knight Captain berbelah bahagi untuk memilih siapa yang layak menjadi Wizard King seterusnya.

Mengikut tradisi, para kapten memutuskan bahawa hanya ada satu cara untuk menyelesaikan perdebatan tersebut. Asta dan Yuno ditugaskan untuk bertarung buat kali terakhir bagi membuktikan siapa yang benar-benar layak memegang takhta tersebut.
Dalam pertarungan tersebut, kedua-dua watak menggunakan setiap teknik yang telah mereka kuasai sepanjang perjalanan masing-masing. Disebabkan mereka membesar bersama dan sangat mengenali taktik masing-masing, perlawanan itu sengit sehingga ke saat akhir.
Dengan satu serangan penamat, Asta berjaya mengalahkan Yuno dan secara rasminya merangkul gelaran tersebut.
Dua Tahun Kemudian Pada Era Baharu

Jalan cerita kemudiann melompat ke dua tahun hadapan untuk memberikan gambaran tentang keadaan Clover Kingdom di bawah pemerintahan Asta. Pada usia seawal 20 tahun, Asta mtelah enjadi Wizard King termuda dalam sejarah, dan kerajaan itu kini berkembang pesat dalam era kedamaian.
Penamat ini turut menceritakan nasib watak-watak lain:
- Black Bull: Dengan Asta sebagai Wizard King, Nacht Faust telah mengambil alih tugas sebagai Kapten Black Bull. Yami Sukehiro pula tidak pergi jauh; beliau telah menubuhkan sebuah “skuad” yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan elit.


- Perkahwinan dan Keluarga: Yami dan Charlotte Roselei akhirnya berkahwin. Pasangan lain turut bahagia: Gauche dan Grey kini pasangan rasmi, manakala Finral sedang menanti kelahiran anak pertamanya bersama Finesse. Paling mengejutkan adalah Charmy dan Rill pun sudah berkahwin dan sudah mempunyai beberapa orang anak.

- Yuno: Walaupun terlepas jawatan tertinggi di Clover, Yuno kini menjadi Kapten Golden Dawn dan bertindak sebagai penghubung antara Clover Kingdom dan Spade Kingdom.

Soal Jodoh Asta Masih Menjadi Tanda Tanya

Walaupun ada time skip, persoalan “siapa yang akan dipilih Asta?” masih belum terjawab sepenuhnya. Kedua-dua Noelle Silva dan Mimosa Vermillion masih mempunyai perasaan terhadapnya, namun mereka bersetuju untuk memberikan ruang kepada Asta menyesuaikan diri sebagai Wizard King sebelum meminta jawapan.
Anda boleh baca bab terakhir secara percuma di Manga Plus.


![[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’](https://cdn.gamersantai.com/2026/06/BLEACH_HELL-ARC_FI-350x250.jpg)






Discussion about this post