Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon UP – Jom Pradaftar Sekarang, Boleh Dapatkan Gekkomon Percuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 4, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Digimon UP – Jom Pradaftar Sekarang, Boleh Dapatkan Gekkomon Percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

Pra-pendaftaran untuk game mobile “Digimon UP” telah dibuka secara rasmi di Apple App Store dan Google Play Store. Membawa konsep “perjalanan Digimon yang bergerak seiring kehidupan anda,” game ini menggabungkan elemen penjagaan haiwan peliharaan maya dengan ciri-ciri mobile RPG moden.

Bukan hanya memfokuskan kepada bertarung semata-mata, gameplay lebih tertumpu kepada sistem gaya Tamagotchi seperti dulu kala, di mana anda membesarkan Digimon kesayangan melalui telefon pintar.

Sebagai seorang Tamer, anda bertanggungjawab terhadap kebajikan pasangan Digimon setiap hari; daripada memberi makan dan memenuhi keperluan mereka, sehinggalah membimbing mereka melalui sesi latihan. Cara anda menjaga Digimon akan memberi kesan kepada kekuatan dan proses evolusi mereka.

Matlamat utama sudah tentulah untuk membesarkan pasangan melalui pelbagai peringkat kehidupan sehinggalah mencapai tahap Mega Digivolution.

Walaupun aspek “hidup” menjadi tumpuan utama, game ini masih menawarkan cabaran kompetitif. Pemain boleh membawa Digimon yang telah dibesarkan ke dalam perlawanan 3v3 menentang Tamer lain. Kemenangan dalam perlawanan ini bergantung kepada sejauh mana pertumbuhan dan latihan yang anda pilih.

Selain itu, game ini turut menyertakan elemen pengumpulan Digimon Card yang turut berkait rapat dengan combat. Bagaimanapun, bagaimana ciri ini berfungsi masih lagi menjadi misteri, tetapi yang kami tahu ia akan memberikan power-up semasa pertarungan.

Ganjaran Pra-Pendaftaran

Pre-registrations are NOW OPEN 🎉

Pre-register through App Store or Google Play and let's get these game rewards!

Access here 👇
App Store:https://t.co/wv3AXbvzOr
Google Play:https://t.co/UDrm1CG03J#DIGIMONUP #digimon pic.twitter.com/1beatsr4Ay

— DIGIMON UP (@Digimon_up_en) May 1, 2026

Bagi meraikan pelancaran, kempen pra-pendaftaran sedang giat dijalankan. Ganjaran yang bakal diterima akan meningkat berdasarkan jumlah pendaftaran sebelum tarikh pelancaran rasmi:

  • 10,000 Pendaftaran: 150 Skill Card Summon Tickets
  • 30,000 Pendaftaran: 150 Supporter Summon Tickets
  • 50,000 Pendaftaran: 1,000 DigiEmeralds (Mata Wang Premium)
  • 100,000 Pendaftaran: Gekkomon (Bonus Digimon)

Untuk pra-daftar, sila pergi ke laman web rasmi.

Tags: Digimon UP
ShareTweetSend
Previous Post

Selepas 11 Tahun, Manga Black Clover Akhir Tamat – Impian Asta Menjadi Kenyataan! (SPOILER)

Next Post

Girls’ Frontline: Blue Butterfly Contract – Game Co-op Shooter Baru Pada 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
Girls’ Frontline: Blue Butterfly Contract – Game Co-op Shooter Baru Pada 2026!

Girls’ Frontline: Blue Butterfly Contract - Game Co-op Shooter Baru Pada 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd