Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beast of Reincarnation – Boleh Pra-Tempah Sekarang, Pelbagai Ganjaran Eksklusif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 21, 2026
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Beast of Reincarnation – Boleh Pra-Tempah Sekarang, Pelbagai Ganjaran Eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Fictions bersama pembangun Game Freak telah membuka pra-tempahan secara rasmi untuk action RPG akan datang “Beast of Reincarnation“.

Bermula hari ini, para pemain sudah boleh menempah game tersebut sebelum ia dilancarkan pada 4 Ogos 2026. Game ini akan tersedia pada hari pertama pelancaran melalui Xbox Game Pass untuk Series X|S dan Windows, serta di PlayStation 5 dan PC melalui Steam.

Beast of Reincarnation membawa pemain ke tahun 4026, era di mana tamadun manusia telah runtuh akibat wabak misteri dikenali sebagai “Blight”.

Kisahnya tentang Emma, seorang gadis yang dipinggirkan oleh masyarakat kerana penyakit aneh yang dihidapinya, dan satu-satunya temannya ialah Koo, seekor anjing yang turut terkena jangkitan “Blight”.

Game ini memfokuskan kepada kerjasama antara kedua-dua watak tersebut. Sambil kita mengawal Emma bertarung, pemain boleh memberi arahan kepada Koo (serupa dengan sistem turn-based RPG) untuk melakukan serangan kombo.

Misi mereka adalah untuk memburu boss gergasi di seluruh runtuhan Jepun dan mengambil kuasa mereka bagi menghentikan kitaran “Beast of Reincarnation.”

Pilihan Edisi dan Ganjaran Pra-tempahan

Game ini tersedia dalam format fizikal dan digital:

  1. Standard Edition
  2. Deluxe Edition
    • Skin Black Shiba dan Brown Shiba untuk Koo.
    • Pedang “Big Dipper” untuk Emma dan aksesori kosmetik “Oni’s Hat.”
    • 100,000 Amber serta koleksi anak benih. Anak benih ini digunakan dalam sistem berkebun dan membantu Emma dan Koo bertahan di dunia yang tandus.

Sesiapa yang membeli mana-mana versi sebelum 4 Ogos akan menerima:

  • Skin Brown Shiba untuk Koo.
  • 30,000 Amber, iaitu mata wang dalam game untuk kegunaan naik taraf dan barangan.

Untuk pra-tempah, sila layari laman web rasmi.

Tags: Beast of Reincarnation
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Live-Action ‘Gundam’ Mula Penggambaran Bersama Sydney Sweeney & Noah Centineo!

Next Post

Ultraman Teo – Ultra Ke-36 Dalam Francais Tampil Dengan Rekaan Serba Biru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Ultraman Teo – Ultra Ke-36 Dalam Francais Tampil Dengan Rekaan Serba Biru!

Ultraman Teo - Ultra Ke-36 Dalam Francais Tampil Dengan Rekaan Serba Biru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd