Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Live-Action ‘Gundam’ Mula Penggambaran Bersama Sydney Sweeney & Noah Centineo!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 21, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Live-Action ‘Gundam’ Mula Penggambaran Bersama Sydney Sweeney & Noah Centineo!
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai hari ini, Netflix dan Legendary Pictures telah memulakan produksi untuk filem live-action Mobile Suit Gundam. Penggambaran sedang dijalankan di Queensland, Australia, dan pihak studio akhirnya mengesahkan pelakon utama yang akan menyertai filem epik sci-fi ini.

Gundam, the iconic franchise that launched a global phenomenon, is now in production.

The live-action film starring Sydney Sweeney and Noah Centineo follows rival mech pilots at war across Earth and its space colonies. pic.twitter.com/JGhKyGYzKQ

— Netflix (@netflix) April 20, 2026

Barisan pelakon utama ialah Sydney Sweeney (Euphoria, The Housemaid) dan Noah Centineo (Street Fighter). Mereka turut disertai oleh Jason Isaacs (The White Lotus), Michael Mando (Better Call Saul), Nonso Anozie (Sweet Tooth), dan Shioli Kutsuna (Deadpool & Wolverine).

Melengkapkan senarai ini adalah Jackson White (Tell Me Lies), Javon “Wanna” Walton (Under the Bridge), Oleksandr Rudynskyi (The Agency), Ida Brooke (Dune: Part Three), dan Gemma Chua-Tran (Heartbreak High).

Walau bagaimanapun, watak spesifik mereka masih dirahsiakan. Jim Mickle mengarahkan filem ini dan turut bertindak sebagai penulis skrip.

Menurut kenyataan rasmi, filem ini akan membawakan kisah serba baharu berlatarkan peperangan antara Bumi dan bekas koloni angkasanya tetapi masih berpandukan anime asal Gundam pada tahun 1979. Plot filem tertumpu pada juruterbang mecha yang menjadi musuh dan berjuang di pihak yang bertentangan.

Apabila kesetiaan mula berubah dan ancaman baharu yang lebih besar muncul, juruterbang-juruterbang ini terpaksa mengharungi misi penuh risiko.

Filem live-action ini merupakan kerjasama antara Legendary Pictures (studio di sebalik filem blockbuster baru-baru ini seperti Dune: Part Two dan Godzilla x Kong) serta Bandai Namco Filmworks, iaitu pencipta dan pemilik francais Gundam.

Filem ini tidak akan ditayangkan di pawagam, sebaliknya akan terus disiarkan secara eksklusif di Netflix.

Tags: filemgundam
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Live-Action ‘Elden Ring’ Akan Tiba Mac 2028, Turut Umum Barisan Pelakon!

Next Post

Beast of Reincarnation – Boleh Pra-Tempah Sekarang, Pelbagai Ganjaran Eksklusif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Beast of Reincarnation – Boleh Pra-Tempah Sekarang, Pelbagai Ganjaran Eksklusif!

Beast of Reincarnation - Boleh Pra-Tempah Sekarang, Pelbagai Ganjaran Eksklusif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd