A24 dan Bandai Namco secara rasminya mengumumkan bahawa filem adaptasi live-action Elden Ring akan ditayangkan di pawagam pada 3 Mac 2028.
Penggambaran dijadualkan bermula pada tahun ini, di mana filem tersebut ditulis dan diarahkan oleh Alex Garland, iaitu pengarah yang terkenal dengan filem Ex Machina dan Civil War.
Studio tersebut juga mendedahkan barisan pelakon utama. Barisan pelakonnya termasuklah Kit Connor (Heartstopper), Ben Whishaw (Paddington), Cailee Spaeny (Alien: Romulus), dan Nick Offerman (The Last of Us).
Mereka akan turut disertai oleh Tom Burke, Havana Rose Liu, Sonoya Mizuno, Jonathan Pryce, Ruby Cruz, John Hodgkinson, Jefferson Hall, Emma Laird, dan Peter Serafinowicz. Buat masa ini, pihak studio masih merahsiakan watak yang bakal dilakonkan oleh setiap pelakon.

Dilancarkan pada Februari 2022 oleh FromSoftware (studio yang terkenal dengan Dark Souls dan Sekiro) ini mencetuskan fenomena sebaik sahaja dikeluarkan. Ia telah memenangi pelbagai anugerah besar dan terjual lebih daripada 30 juta salinan di seluruh dunia.

Elden Ring membawa pemain ke dalam dunia fantasi dipanggil Lands Between. Anda bermain sebagai seorang pahlawan yang dikenali sebagai “Tarnished,” dan matlamat utama adalah untuk membaiki Elden Ring yang telah hancur. Namun, perjalanannya bukanlah mudah.
Daripada menyuapkan jalan cerita terus, game ini menggalakkan pemain untuk meneroka sebuah dunia yang berbahaya. Sepanjang perjalanan, anda akan terserempak dengan dungeon tersembunyi, runtuhan kuno, dan makhluk menakutkan yang akan menyerang tanpa sebarang amaran.

Filem ini dihasilkan dengan bimbingan pengarah asal game tersebut, Hidetaka Miyazaki. Ia juga berdasarkan mitologi serta world-building yang ditulis oleh pengarang Game of Thrones, George R.R. Martin.
Walau bagaimanapun, masih belum pasti sama ada skrip tulisan Garland akan cuba mengadaptasi jalan cerita utama game tersebut, atau lebih memfokuskan kepada penceritaan yang dikarang oleh Martin.

Menurut The Hollywood Reporter, ini merupakan projek terbesar pernah dihasilkan oleh studio itu. Dengan bajet yang dilaporkan mencecah lebih daripada $100 juta, kosnya adalah jauh lebih tinggi berbanding filem-filem besar A24 baru-baru ini seperti Marty Supreme dan filem Civil War arahan Garland sendiri.









Discussion about this post