Capcom dan TiMi Studio Group mengumumkan bahawa ujian beta tertutup kedua untuk Monster Hunter Outlanders akan bermula pada 29 April 2026.
Pihak pembangun mengesahkan bahawa keputusan pemilihan akan dihantar ke alamat e-mel yang digunakan semasa mengisi pendaftaran. Jika anda belum mendaftar, peluang masih lagi terbuka; pendaftaran masih dibuka untuk tempoh yang singkat, dan pemain yang berminat boleh memohon melalui laman playtest rasmi.
Berbeza dengan Monster Hunter Now, Outlanders merupakan pengalaman survivalopen-world berskala besar yang direka khas untuk peranti mobile.
Ia bertujuan membawakan perasaan bermain “konsol” ke telefon pintar, menampilkan persekitaran luas di mana pemain boleh craft gear, membina kem, dan pertarungan raksasa yang menjadi identiti francais ini.
Maklumat terbaru daripada pasukan pembangun menunjukkan bahawa versi kali ini akan menampilkan fungsi pertukaran watak yang lebih lancar serta sistem “field crafting” yang lebih kemas. Ini membolehkan pemain mencipta peralatan dan perangkap semasa meneroka pelbagai biom yang unik.
Menyertai ujian beta ini bukan sekadar peluang mencuba game lebih awal, malah anda juga berpeluang mendapat ganjaran eksklusif. Pemain yang mengambil bahagian akan menerima ganjaran khas yang boleh ditebus apabila game dilancarkan secara rasmi nanti.
Memandangkan Monster Hunter Outlanders menampilkan grafik berkualiti tinggi dan dunia yang luas, keperluan perkakasan adalah agak spesifik untuk beta ini. Anda memerlukan:
- Pengguna Android: Peranti dengan pemproses Snapdragon 845 (atau lebih baik) dan Android 12 ke atas.
- Pengguna iOS: iPhone XR atau lebih baru, yang menjalankan sekurang-kurangnya iOS 17.









Discussion about this post