Toei Animation telah berkongsi trailer terbaharu bagi projek anime Dragon Ball Super: Beerus.
Walaupun projek pada mulanya diumumkan sebagai remake khas untuk saga Battle of Gods, trailer ini berakhir dengan satu kejutan besar, serta mengesahkan bahawa penjahat Frieza juga akan muncul. Ini menunjukkan bahawa remake ini akan melangkaui apa yang dijangkakan sebelum ini, dengan menyelitkan peristiwa Resurrection ‘F’.
Pelakon suara legenda Goku, Masako Nozawa, juga tidak berselindung tentang kemunculan mengejut di penghujung trailer tersebut.
“Pertarungan antara Goku dan Beerus sangat mendebarkan dan epik! Tapi kemudian… Frieza muncul di pengakhiran!” kata Nozawa. “Saya harap anda semua teruja untuk menonton versi hebat dan dipertingkatkan bagi pertarungan antara Goku dan Frieza ini!”
Komen beliau mengesahkan bahawa siri ini akan terus masuk ke babak kepulangan Frieza selepas kisah God of Destruction.

Dragon Ball Super: Beerus diperkenalkan sebagai edisi “enhanced”. Berdasarkan produksi, pasukan sedang melakukan proses re-render sepenuhnya terhadap rakaman asal, menambah babak-babak baharu, dan menyemak semula babak sedia ada untuk memenuhi standard animasi moden.
Selain daripada aspek visual, bahagian audio juga menerima rombakan. Siri ini akan menampilkan muzik baharu, kesan bunyi yang dikemas kini, serta rakaman semula dialog oleh pelakon suara asal.

Walaupun tarikh tayangan tepat belum ditetapkan, Dragon Ball Super: Beerus akan membuat debut di Jepun pada musim luruh tahun ini. Peminat di Malaysia masih perlu menunggu berita lanjut dari pihak Toei.









Discussion about this post