Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Champions – Nak VP Banyak? Ini Panduan Jana Victory Points!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 9, 2026
in Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Panduan
0 0
0
Pokémon Champions – Nak VP Banyak? Ini Panduan Jana Victory Points!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam Pokémon Champions, VP (Victory Point) adalah mata wang utama yang menggerakkan segala-galanya. Sama ada kita mahu merekrut Pokémon baru atau membina skuad kompetitif yang mantap, kunci kejayaannya adalah tahu cara untuk kumpul dan belanja VP dengan bijak.

VP digunakan untuk hampir semua perkara dalam game ini, termasuklah:

  • Menambah Pokémon baru ke dalam permanent roster.
  • Melatih pasukan (menukar stat, nature, move, dan ability).
  • Membeli Battle Item yang penting.
  • Membuka barangan ekstra seperti pakaian baru untuk watak atau Battle Animation yang gempak.

Cara mendapatkan VP

Satu perkara penting yang anda perlu tahu ialah VP tidak boleh dibeli terus dengan wang. Anda kena bermain untuk dapatkannya. Buat masa ini, satu-satunya cara untuk menambah baki VP adalah melalui “Battle” dan menyelesaikan misi.

Menang (dan Kalah) dalam Perlawanan

Memandangkan game ini fokus kepada permainan kompetitif, “Ranked Battle” adalah sumber pendapatan utama. Menang satu perlawanan biasanya memberi sekitar 300 VP, tetapi jika kalah sekalipun, anda masih akan dapat dalam 120 VP sebagai ganjaran atas usaha.

Misi dan Kemajuan Permainan

Game ini sangat pemurah dengan pemain baru. Sebaik sahaja bermula, anda akan terus diberikan 10,000 VP. Selesaikan tutorial asas perlawanan, dan anda akan dapat lagi 10,000 VP. Ini bermakna anda sudah ada modal awal 20,000 VP untuk membina pasukan pertama.

Anda juga boleh dapat tambahan 10,000 VP lagi dengan menyelesaikan Starter Mission.

Setelah mula serasi dengan game ini, anda boleh bergantung kepada:

  • Daily Mission: 500 VP setiap hari.
  • Weekly Mission: Sehingga 9,000 VP seminggu.
  • Battle Pass: Ini adalah sumber yang besar. Apabila sampai ke level 50, anda akan mengumpul jumlah keseluruhan 20,000 VP daripada pass ini. Selepas level 30, setiap level tambahan akan memberi anda 500 VP lagi.
  • Achievement: Setiap kali mencapai sasaran tertentu atau mendapat Title baru, biasanya anda akan dapat bonus 500 VP.

Jika baru sahaja bermula, fokus pada tutorial dan Starter Missions terlebih dahulu untuk mengumpul “duit poket” yang banyak.

Merekrut Pokémon

Jika mahu Pokémon kekal dalam pasukan selamanya, kosnya adalah 2,500 VP (atau satu Permanent Recruitment Ticket).

Tips: Memandangkan kos Training agak mahal, cuba simpan VP dan gunakan Recruitment Ticket seboleh mungkin. Jika anda habiskan semua VP hanya untuk unlock Pokémon, anda mungkin tidak cukup bajet untuk menguatkan mereka nanti. Jika belum pasti, anda boleh cuba 7-day trial percuma untuk mana-mana Pokémon. Atau langkah paling bijak: transfer sahaja Pokémon kegemaran dari game lain melalui Pokémon Home.

Kos Training

Di sinilah VP paling banyak digunakan. Untuk melatih satu Pokémon dari kosong sehingga siap sepenuhnya, kosnya adalah sekitar 2,300 VP.

Berikut adalah pecahan kos individu:

  • Tukar Move: 250 VP
  • Tukar Ability: 500 VP
  • Tukar Nature: 500 VP
  • Melaras EV: 5 VP bagi setiap point stat (atau 160 VP untuk penuhkan satu stat pada 32 point).

Disebabkan kos ini, lebih baik gunakan “Training Ticket” jika mahu melakukan perubahan besar-besaran pada satu Pokémon. Simpan VP untuk waktu anda hanya perlu tukar satu move atau satu stat sahaja.

Item dan Kosmetik

Anda juga perlukan VP untuk Battle Tiem dan untuk nampak bergaya di medan lawan. Berita baiknya, game ini sudah memberikan beberapa item kompetitif asas secara percuma seperti Choice Scarf, Focus Sash, Leftovers, dan beberapa Mega Stone.

Namun, hati-hati dengan barangan kosmetik; pakaian dan Battle Pose boleh jadi lebih mahal daripada kos melatih satu pasukan. Lebih baik untuk siapkan pasukan yang kuat dahulu sebelum berbelanja VP untuk gaya watak anda.

Game ini boleh dimuat turun secara percuma di konsol Nintendo Switch dan juga Nintendo Switch 2.

Tags: PanduanPokémon Champions
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Mahu Wajah Anda Dalam Game PlayStation – Jom Sertai Program ‘The Playerbase!’

Next Post

Liga Malaysia Kini Rasmi Dalam eFootball! KONAMI Umum Kerjasama Dengan MFL!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Liga Malaysia Kini Rasmi Dalam eFootball! KONAMI Umum Kerjasama Dengan MFL!

Liga Malaysia Kini Rasmi Dalam eFootball! KONAMI Umum Kerjasama Dengan MFL!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd