Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Mahu Wajah Anda Dalam Game PlayStation – Jom Sertai Program ‘The Playerbase!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 8, 2026
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Sony Mahu Wajah Anda Dalam Game PlayStation – Jom Sertai Program ‘The Playerbase!’
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula semalam, PlayStation telah melancarkan program “The Playerbase,” yang memberi peluang kepada peminat untuk mengimbas wajah mereka dan dimasukkan terus ke dalam game PlayStation.

Introducing The Playerbase, a chance for PlayStation fans to be scanned and appear in game, starting with Gran Turismo 7: https://t.co/Cc6joPKcM3 pic.twitter.com/7F6HLuOtpM

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) April 8, 2026

Inisiatif ini bermula dengan simulator lumba kereta Gran Turismo 7, namun Sony menyatakan ini hanyalah permulaan. Matlamat mereka adalah untuk meluaskan program ini ke pelbagai PlayStation Studios lain pada masa hadapan, membolehkan peminat muncul dalam pelbagai dunia gaming mengikut gaya seni unik setiap game tersebut.

Permohonan untuk program ini telah dibuka sejak malam tadi. Peluang keemasan ini terbuka kepada pemain di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Sony mencari peminat yang mempunyai hubungan emosi yang erat dengan jenama mereka. Sekumpulan finalis akan dipilih untuk menyertai sesi temu bual video bagi menceritakan sejarah mereka bersama PlayStation dan apa makna game tersebut dalam hidup mereka.

Daripada kumpulan tersebut, seorang pemenang akan dipilih untuk pengalaman sulung dalam Gran Turismo 7.

Pemenang bukan sahaja akan melihat versi 3D diri mereka di skrin, malah mereka akan menerima layanan VIP sepenuhnya. Sony akan menerbangkan pemenang ke studio seni visual di Los Angeles untuk sesi scanning profesional. Di sana, mereka akan bekerjasama dengan pereka profesional untuk menghasilkan:

  • Potret Dalam Game: Wajah pemenang akan muncul sebagai potret watak dalam Gran Turismo 7 untuk tempoh terhad. Ia akan dipaparkan dengan gaya yang sama seperti watak jurulatih dan pelumba lain yang anda temui dalam mod kempen.
  • Jenama Khas: Pemenang akan membantu menghasilkan “Fantasy Logo” dan vehicle livery yang unik (reka bentuk cat dan pelekat kereta khas).
  • Kenangan Abadi: Walaupun potret watak hanya muncul untuk tempoh terhad, logo khas dan reka bentuk kereta tersebut akan dimasukkan secara kekal dalam menu Showcase untuk dilihat oleh seluruh komuniti gamer di seluruh dunia.

Jika rasa anda mempunyai kisah PlayStation yang menarik untuk dikongsikan, anda boleh menghantar permohonan melalui laman web rasmi PlayStation bermula sekarang.

Tags: playstationThe Playerbase
ShareTweetSend
Previous Post

Animasi Khas ‘LEGO One Piece’ Akan Datang September 2026!

Next Post

Pokémon Champions – Nak VP Banyak? Ini Panduan Jana Victory Points!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Pokémon Champions – Nak VP Banyak? Ini Panduan Jana Victory Points!

Pokémon Champions - Nak VP Banyak? Ini Panduan Jana Victory Points!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd