Selepas bertahun-tahun menunggu dengan sedikit sahaja berita, siri animasi Final Fantasy IX (asalnya diumumkan pada tahun 2021) kini rasmi dalam produksi. Studio animasi Cyber Group Studios dari Perancis, melalui label EuroVisual, mengesahkan projek ini di laman web rasmi mereka.
Siri ini bertajuk Final Fantasy: Black Mages Legacy, dan musim pertama akan mengandungi 10 episod, setiap satu berdurasi 22 minit. Ia dihasilkan sebagai animasi 2D.
Siri ini tidak menceritakan semula kisah Final Fantasy IX, sebaliknya berlatar selepas peristiwa dalam RPG tersebut (game-nya asal keluar pada tahun 2000). Ia memfokuskan kepada anak-anak Vivi Ornitier; salah satu watak paling ikonik dalam keseluruhan francais Final Fantasy.

Menurut keterangan rasmi di laman web EuroVisual, anak-anak Vivi — Imel, Koln, Luciola, Thea, Fala, dan Doc — adalah black mage terakhir yang tinggal di empat benua. Mereka hidup dengan aman di kota Alexandria, dijaga oleh penduduknya yang mesra walaupun kadangkala agak ingin tahu hal orang. Namun keamanan itu tidak kekal.
Suatu hari, Koln menemui Mel membeku di tempat dia bekerja, menimbulkan kebimbangan bahawa nasib tragis yang terikat dengan ayah mereka mungkin sedang mengejar mereka.
Masih tiada maklumat tentang tarikh tayangan, dan senarai tersebut tidak menyebut pelakon suara, studio animasi khusus yang mengendalikan kerja produksi sebenar, atau platform mana yang akan menyiarkan siri ini. Maklumat lanjut dijangka akan muncul apabila produksi diteruskan.









Discussion about this post