Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam x hololive – Mobile Suit Bertema VTuber & Gunpla Edisi Terhad!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 6, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Gunpla, Vtuber
0 0
0
Gundam x hololive – Mobile Suit Bertema VTuber & Gunpla Edisi Terhad!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai telah mendedahkan gelombang pertama kolaborasi “Gundam x hololive production.”

Kerjasama ini mewakili pertemuan dua gergasi hiburan. Mobile Suit Gundam, yang bermula pada tahun 1979, telah berkembang menjadi salah satu francais robot gergasi paling bernilai di Jepun, melahirkan pelbagai siri, filem, dan merchandise.

hololive Production pula adalah sebuah agensi virtual YouTuber dengan barisan tokoh berbakat yang menghiburkan berjuta-juta penonton melalui live stream, muzik, dan gaming hingga menjadi fenomena budaya.

Menurut laman web rasmi, kolaborasi ini akan menawarkan pengalaman yang merangkumi beberapa elemen berbeza:

  • Cerita Serba Original: Siri mini-episod akan menyentuh naratif crossover ini, memberikan pandangan menghiburkan tentang apa yang berlaku apabila idol maya bertemu dengan dunia peperangan mobile suit.
  • Kolaborasi Muzikal: Lagu asli dan video muzik yang dicipta khusus untuk projek ini akan dikeluarkan secara berperingkat.
  • Reka Bentuk Mobile Suit Khas: Tarikan utama kolaborasi ini menampilkan skema warna mobile suit serba baharu yang direka agar sepadan dengan estetika dan personaliti ahli hololive yang terlibat.
  • Karya Seni Eksklusif: Ilustrasi khas, termasuk pakaian istimewa untuk idol maya yang mencampurkan reka bentuk Gundam, serta reka bentuk watak bergaya chibi yang comel.
  • Merchandise Istimewa: Walaupun Bandai masih merahsiakan beberapa butiran, bahan promosi telah memberi petunjuk kuat bahawa kit Gunpla bertema akan menjadi antara produk eksklusif yang dikeluarkan.

Enam Bakat, Enam Mobile Suit

Pengumuman awal mempamerkan enam bakat hololive popular yang dipasangkan dengan mobile suit ikonik dari sejarah francais Gundam:

  • Nu Gundam x Sakura Miko
  • Sazabi x Hoshimachi Suisei
  • Gundam Exia x Shirakami Fubuki
  • Crossbone Gundam X1 x Houshou Marine
  • Freedom Gundam x Hakui Koyori
  • Unicorn Gundam 02 Banshee Norn x Rindou Chihaya

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: gundamhololive
ShareTweetSend
Previous Post

Project Helix – Konsol Gaming Baharu Microsoft Yang Boleh Main Game Xbox & PC!

Next Post

Anime Suikoden II Bakal Ditayangkan Oktober 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Anime Suikoden II Bakal Ditayangkan Oktober 2026!

Anime Suikoden II Bakal Ditayangkan Oktober 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd