Microsoft secara rasmi mendedahkan Project Helix, nama kod bagi console Xbox generasi baharu mereka, melalui pengumuman mengejut hari ini. Pendedahan ini dibuat melalui satu posting di akaun media sosial rasmi Xbox, disertakan dengan video teaser pendek yang hanya memaparkan logo baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Gaming, Asha Sharma, turut membuat posting dengan memberikan butiran awal tentang apa Helix.
“Permulaan pagi yang hebat bersama Team Xbox, di mana kami membincangkan komitmen kami terhadap kebangkitan Xbox termasuk Project Helix, nama kod untuk console generasi baharu kami,” tulis Sharma. “Project Helix akan menerajui dari segi prestasi dan mampu memainkan game Xbox dan PC anda. Tidak sabar untuk berbincang lebih lanjut tentang ini dengan rakan kongsi dan studio di GDC pertama saya minggu depan!”
Dua janji dalam kenyataan tersebut amat menonjol. Pertama, Helix akan “menerajui dari segi prestasi”; satu isyarat bahawa Microsoft berhasrat untuk bersaing secara agresif dari segi kuasa hardware selepas bertahun-tahun dikritik kerana hilang fokus terhadap console gaming khusus.
Kedua, mesin ini akan mampu memainkan game Xbox dan PC, yang mencadangkan sistem cross-platform 2-in-1 pertama untuk console dan desktop gaming.
Selain itu, Microsoft tidak berkongsi apa-apa maklumat lain. Bila kita akan mendapat info baharu? Barangkali lama lagi.









Discussion about this post