Beberapa hari lepas, Remedy Entertainment telah berkongsi gameplay pertama bagi Control Resonant. Khususnya, gameplay tersebut memberikan gambaran tentang “West Incursion Zone” di Manhattan… sebuah bandar yang kini hancur dan berubah rupa akibat kuasa yang menyebabkan hukum fizik tidak lagi terpakai.
Memegang watak sebagai Dylan Faden, pemain ditugaskan untuk memburu “Resonant,” iaitu musuh utama dalam game ini. Bukanlah sekadar raksasa tanpa akal; sebaliknya, mereka adalah sisa-sisa individu berkuasa yang telah korup dan berubah rupa disebabkan oleh kuasa misteri sama yang kini sedang menghancurkan realiti.
Berbeza daripada Oldest House seperti dalam game sebelum ini, Control Resonant memperkenalkan zon-zon yang lebih luas dan terbuka. Versi Manhattan ini direka khusus untuk eksplorasi, dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sampingan, pertembungan tersembunyi, serta rahsia yang menanti untuk dibongkar oleh pemain.

Persekitaran itu sendiri merupakan sebahagian daripada cabaran utama. Gameplay tersebut mengetengahkan kawasan yang dikenali sebagai “Gravity Anomalies,” di mana navigasi biasa menjadi mustahil.
Kebolehan supernatural Dylan membolehkannya bergerak di ruang ini, berjalan di atas permukaan dan melintasi runtuhan yang tidak lagi mengikut hukum graviti biasa.

Perubahan paling besar dalam gameplay adalah senjata utama Dylan: Aberrant. Ia merupakan melee weapon dari dunia lain yang boleh berubah bentuk. Berbeza dengan Service Weapon berasaskan senjata yang digunakan oleh Jesse Faden, Aberrant menawarkan pendekatan combat yang lebih ganas dan versatil.

Senjata tersebut boleh berubah kepada pelbagai bentuk, dan pemain berupaya mengembangkan pilihan lawan mereka sepanjang perjalanan. Dengan menewaskan Resonant, Dylan secara efektif akan “menyerap” atau membuka abiliti combat serta bentuk senjata baharu.
Sistem kemajuan ini dipadankan dengan talent tree dan abiliti supernatural yang membolehkan pemain menyesuaikan gaya permainan mereka, sama ada memilih serangan fizikal yang kuat atau combat taktikal berasaskan fizik.
Malangnya, tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan buat masa ini.









Discussion about this post