Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation 6 Dijangka Keluar Seawal 2029! Krisis RAM Dunia Jadi Punca Utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2026
in Artikel, Berita, Khabar angin, PS5
0 0
0
PlayStation 6 Dijangka Keluar Seawal 2029! Krisis RAM Dunia Jadi Punca Utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan khabar angin terbaharu, PlayStation 6 (konsol yang sebelum ini dijangka muncul sekitar 2027 atau 2028) mungkin hanya akan menjengah pasaran seawal tahun 2029.

Isu utama kepada kelewatan ini adalah krisis bekalan RAM yang kini semakin meruncing secara global. Setakat hari ini, permintaan terhadap High Bandwidth Memory (HBM) serta komponen DDR generasi akan datang telah melonjak ke tahap kritikal.

Masalah ini bukan hanya melibatkan komuniti PC, tetapi berpunca daripada perkembangan pesat pusat data AI.

Syarikat gergasi seperti Nvidia dan Google dilaporkan memborong bekalan komponen ini pada harga tinggi, sekali gus menyukarkan pengeluar konsol untuk mendapatkan stok tanpa perlu menaikkan harga jualan secara mendadak kepada pengguna.

Laporan daripada Bloomberg mendedahkan bahawa Sony kini sedang menimbang secara serius untuk menjadualkan semula tarikh pelancaran PlayStation 6 ke penghujung 2028 atau mungkin 2029.

Sekiranya pelancaran ini benar-benar berlaku pada 2029, ini bermakna PlayStation 5 akan mempunyai kitaran hayat selama sembilan tahun—tempoh paling lama dalam sejarah jenama itu. Situasi ini bakal memecahkan tradisi lazim Sony yang biasanya memperkenalkan konsol baharu setiap enam ke tujuh tahun sejak era 1990-an lagi.

Pandangan ini turut dikongsi oleh penganalisis daripada MST Financial. Menerusi laporan prestasi suku ketiga (Q3) mereka, rancangan untuk konsol next-gen Sony berkemungkinan besar akan “tertunda lebih lama daripada jangkaan asal” disebabkan ketidaktentuan pasaran.

Tambahan pula, dengan prestasi jualan PS5 yang masih lagi mantap, Sony tidak terdesak untuk melancarkan konsol yang dijangka berharga melebihi $600 dalam keadaan kos alat ganti yang masih melambung tinggi.

Namun, di sebalik berita penundaan ini, ada khabar gembira buat pemilik PS5. Walaupun kita mungkin akan terus menggunakan konsol sedia ada untuk tempoh tiga ke empat tahun lagi, Sony memastikan ekosistem mereka tidak sunyi dengan pelbagai game menarik.

Melalui acara State of Play baru-baru ini, jelas terbukti bahawa PlayStation 5 masih mempunyai potensi yang besar dan sokongan game yang kuat untuk terus bertahan di pasaran bagi tempoh beberapa tahun mendatang.

Tags: PlayStation 6
ShareTweetSend
Previous Post

Control Resonant – Protagonis Baru, Mekanik Baru, Inilah Segala Info Gameplay Bagi Sekuel Ini!

Next Post

Kagurabachi Tamatkan “Part 1” Selepas 112 Chapter! Part 2 Bermula Minggu Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Kagurabachi Tamatkan “Part 1” Selepas 112 Chapter! Part 2 Bermula Minggu Ini!

Kagurabachi Tamatkan "Part 1" Selepas 112 Chapter! Part 2 Bermula Minggu Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd