Sony Interactive Entertainment hari ini membuat kejutan besar dengan mengumumkan sekaligus melancarkan game terbaharu dalam francais ikonik God of War. Dikenali sebagai God of War: Sons of Sparta, judul spin-off bergenre aksi side-scrolling ini kini sedia untuk dimainkan pada konsol PlayStation 5.
Projek ini merupakan hasil kerjasama antara Santa Monica Studio dengan Mega Cat Studios. Game ini membawakan pembaharuan dari segi gaya; berbanding persekitaran 3D yang biasa dilihat sebelum ini, Sons of Sparta menampilkan estetika 2D retro tanpa mengetepikan combat ganas yang sudah menjadi identiti siri ini.

Dari sudut penceritaan, pemain akan dibawa kembali ke zaman Greece Purba, jauh sebelum Kratos dikenali sebagai “Ghost of Sparta”. Fokus kali ini adalah fasa latihan ketenteraan Spartan yang sangat mencabar.
Pemain akan menggalas watak Kratos versi muda dan adiknya, Deimos (watak yang pastinya diingati peminat daripada judul klasik PSP 2010, Ghost of Sparta) ketika mereka menempuh sistem latihan “Agoge”.

Kisah bermula apabila seorang rakan kadet mereka hilang secara misteri. Atas dasar tugas dan kod maruah Spartan, dua beradik ini nekad memulakan misi pencarian yang bakal menguji kecekalan mereka. Pengembaraan ini juga akan meneroka hubungan persaudaraan mereka sebelum takdir tragis akhirnya memisahkan mereka berdua.

Walaupun menggunakan format side-scrolling, ini bukan sekadar pengalaman “run-and-gun”. Mega Cat Studios telah menyesuaikan combat ikonik God of War ke dalam perspektif dua dimensi:
- Pemain perlu bijak menggabungkan serangan, teknik parry, serta penggunaan pelbagai senjata Spartan untuk menumbangkan musuh-musuh baharu mahupun raksasa mitologi.
- Reka bentuk peringkat yang mencabar memerlukan pemain menggunakan kebijaksanaan serta kekuatan fizikal untuk terus mara.
- Bersiap sedia menghadapi makhluk mitologi bersaiz gergasi, di mana pemain perlu memanfaatkan segala ilmu latihan Spartan mereka demi hidup.









Discussion about this post