Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Umum ‘God of War’ Trilogy Remake Bersama Pelakon Suara Original, TC Carson!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2026
in Action, Artikel, Berita, PS5, Remake
0 0
0
Sony Umum ‘God of War’ Trilogy Remake Bersama Pelakon Suara Original, TC Carson!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan Santa Monica Studio mengesahkan bahawa trilogi asal God of War akan dihasilkan semula dalam versi remake sepenuhnya untuk konsol PlayStation 5.

Projek ini, yang dinamakan God of War Trilogy Remake, melibatkan pembangunan semula dari awal bagi tiga game ikonik yang pernah menjadi penanda aras bagi genre aksi suatu ketika dahulu, iaitu God of War (2005), God of War II (2007), dan God of War III (2010).

Berbeza dengan edisi “Remastered” sebelum ini yang hanya memfokuskan kepada peningkatan resolusi, versi remake dibina khas bagi memanfaatkan sepenuhnya perkakasan PS5.

Peminat boleh menjangkakan aksi lawan sinematik akan diperhebatkan dengan visual moden, sokongan Ray Tracing, serta peralihan babak yang sangat lancar tanpa gangguan loading yang lama menerusi SSD.

Apa yang paling menarik perhatian ramai adalah kepulangan TC Carson. Pelakon veteran yang cukup sinonim dengan suara garang Kratos sepanjang zaman kegemilangan era Yunani itu akan kembali semula untuk memegang watak tersebut dalam projek ini.

Walaupun begitu, pihak Sony masih belum menetapkan sebarang tarikh pelancaran rasmi dan hanya memaklumkan bahawa projek tersebut kini sedang giat dibangunkan di Santa Monica Studio. Kemungkinan besar gameplay akan dikongsikan dalam acara State of Play pada akhir tahun ini.

Tags: God of War Trilogy Remake
ShareTweetSend
Previous Post

[EKSKLUSIF] Interviu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Kupasan Combat, Rekaan Monstie & Gameplay!

Next Post

God of War: Sons of Sparta – Prekuel Aksi 2D Ini Boleh Dimuat Turun Sekarang Di PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027
Mobile

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

July 21, 2026
Next Post
God of War: Sons of Sparta – Prekuel Aksi 2D Ini Boleh Dimuat Turun Sekarang Di PS5!

God of War: Sons of Sparta - Prekuel Aksi 2D Ini Boleh Dimuat Turun Sekarang Di PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd