Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Horizon Hunters Gathering – Sebuah Aksi Co-op Baharu Dalam Alam Horizon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2026
in Action, Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS5, Steam
0 0
0
Horizon Hunters Gathering – Sebuah Aksi Co-op Baharu Dalam Alam Horizon!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan pembangun Guerrilla Games telah mendedahkan projek terbaharu mereka dalam dunia Horizon: iaitu sebuah judul aksi co-op bertajuk Horizon Hunters Gathering.

Walaupun siri ini membina reputasi melalui pengembaraan single-player Aloy dalam Horizon Zero Dawn dan Forbidden West, Hunters Gathering direka sepenuhnya sebagai pengalaman sosial berasaskan pasukan.

Game ini akan dilancarkan di PlayStation 5 dan PC melalui Steam, namun tarikh pelancaran rasmi masih belum didedahkan buat masa ini.

Dalam Horizon Hunters Gathering, pemain akan menggalas watak sebagai pelbagai “Hunters,” yang bertindak sebagai barisan pertahanan terakhir manusia menentang mesin-mesin maut yang berkeliaran di dunia pasca-apokaliptik.

Berbeza dengan judul sebelum ini di mana pemain hanya mengawal seorang protagonis, game ini menampilkan barisan watak yang bervariasi. Setiap Hunter dilengkapi dengan skil, senjata, dan playstyle yang unik, menggalakkan pemain untuk menyesuaikan kebolehan bagi mencari sinergi pasukan yang paling berkesan.

Permainan memfokuskan kepada skuad tiga pemain. Bagi mereka yang lebih gemar bermain secara solo atau tidak mempunyai pasukan penuh, game ini membolehkan pemain bekerjasama dengan rakan atau mengisi kekosongan ahli pasukan dengan NPC kawalan AI.

Struktur misinya pun cukup pelbagai. Pasukan akan berhadapan dengan mesin-mesin yang menggunakan corak serangan rumit serta kesan elemen, yang memerlukan koordinasi taktikal untuk ditumpaskan. Sony mengesahkan bahawa combat akan berlangsung di pelbagai jenis persekitaran dan landskap.

Mungkin info yang paling menarik bagi peminat setia adalah aspek “Ongoing Adventure”. Guerrilla Games menyifatkan projek ini sebagai sebuah campaign yang saling berkait rapat. Hunters Gathering akan menceritakan kisah melalui misinya, yang akan berkembang dari semasa ke semasa untuk memperluas lagi lore dunia Horizon.

Cara Untuk Bermain Lebih Awal

Walaupun pelancaran penuh mungkin masih memakan masa, Sony kini sedang mencari pemain untuk membantu melakukan stress-test terhadap pengalaman game ini. Pendaftaran playtest telah dibuka secara rasmi.

Peminat yang berminat boleh mendaftar melalui Program Beta PlayStation untuk peluang melihat sistem combat lebih awal dan memberikan maklum balas semasa proses pembangunan.

Tags: Horizon Hunters Gathering
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail Version 4.0 Akan Datang 13 Februari 2026 – 20 Pull & Watak 5-Star Percuma !

Next Post

Filem Live-Action BLUE LOCK Tampilkan Barisan ‘Egoist’ Dalam Trailer Pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Filem Live-Action BLUE LOCK Tampilkan Barisan ‘Egoist’ Dalam Trailer Pertama!

Filem Live-Action BLUE LOCK Tampilkan Barisan 'Egoist' Dalam Trailer Pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd