Sebelum ini, debat antara siapa yang paling terkuat dalam alam Jujutsu Kaisen hanya melibatkan dua nama: Ryomen Sukuna, atau Satoru Gojo. Namun, dengan perkembangan terbaharu Jujutsu Kaisen Modulo, Yuji Itadori telah muncul untuk menamatkan segala pertikaian tersebut.

Dalam sekuel rasmi Jujutsu Kaisen Modulo Bab 19, Yuji mempamerkan kehebatannya menggunakan teknik Blood Manipulation: Piercing Blood melampaui apa yang pernah dilihat daripada klan Kamo atau Choso. Asalnya, Piercing blood hanya boleh dilepaskan ke arah satu sasaran dalam satu garisan lurus.
Namun, Piercing blood milik Yuji berubah arah secara dinamik dan menyerang kesemua makhluk di dalam sebuah bangunan, sambil mencetuskan kemusnahan besar.

Bab 20 pula mempamerkan kekuatan Yuji ke tahap yang lebih ekstrem. Dari segi teori, Black Flash merupakan fenomena yang tidak boleh dilakukan oleh mana-mana ahli sihir sesuka hati kerana ia bergantung kepada nasib dan tumpuan yang sangat tinggi. Namun, Yuji dalam era Modulo telah mencapai sesuatu tahap yang dahulu dianggap mustahil.
Dalam bab terbaharu, Yuji telah diserang oleh seorang Simurian bersenjatakan kapak. Yuji menangkap senjata tersebut dengan hanya sebelah tangan, dan kemudian melepaskan Black Flash. Namun, dia sebenarnya menahan kekuatan Black Flash tersebut demi mengelak daripada membunuh Simurian tersebut serta-merta.
Tahap kawalan diri ini sudah cukup untuk menunjukkan tahap kemahirannya lebih tinggi.

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila Yuji menggunakan “Dismantle,” yang asalnya adalah teknik Sukuna,. Walaupun Sukuna menggunakannya untuk menghancurkan musuh, Yuji telah meningkatkan daya pemusnahnya ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam bab 20 yang sama, Yuji menggunakan teknik Dismantle ini untuk membasmikan segerombolan Cursed Spirit yang cuba melarikan diri, lalu menghapuskan berpuluh-puluh daripada mereka dalam satu gerakan bersahaja.
Naratif cerita menunjukkan bahawa kita hanya melihat sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya mampu dilakukan oleh Yuji. Plot kini sedang menuju ke arah pertembungan besar antara Yuji dan Dabura, seorang antagonis dikatakan setaraf (atau lebih kuat) daripada Sukuna.









Discussion about this post