Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Dragon Quest VII Reimagined – Bagi Kami, Remake Paling Bagus Dalam Francais

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 2, 2026
in Artikel, Berita, Game Review, Microsoft, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Review, RPG, Steam, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Dragon Quest VII Reimagined – Bagi Kami, Remake Paling Bagus Dalam Francais
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan remake HD-2D bagi Dragon Quest I–III, Square Enix boleh sahaja mengikut jejak langkah yang sama untuk judul ini. Sebaliknya, Dragon Quest VII Reimagined mencuba sesuatu yang jauh lebih besar.

Ia bukan sekadar menaik taraf grafik tetapi menimbang semula pacing, menu, dan sistem gameplay untuk memodenkan salah satu judul yang paling sukar dalam francais ini.

Sejak pelancaran asalnya lebih dua dekad lalu pada tahun 2000 (dan kemudiannya di 3DS), Dragon Quest VII sering dianggap sebagai ‘kambing hitam’ dalam francais disebabkan skala permainannya yang terlalu besar dan sukar diakses oleh pendatang baharu. Namun, teknologi dan falsafah reka bentuk game telah berkembang pesat.

Hari ini, kita melihat hasil evolusi tersebut melalui Dragon Quest VII Reimagined.

Hasilnya bukan sekadar remake yang lebih cantik. Ia boleh dikatakan sebagai cara terbaik dan paling ‘approachable’ untuk bermain Dragon Quest VII pada masa kini. Inilah ulasan penuh kami.

Gaya Visual Diorama dan Estetika Miniatur

Daripada mengejar grafik realistik, Reimagined memilih gaya diorama mini. Watak kelihatan seperti patung mainan, dan dunia permainannya nampak seperti kit model buatan tangan berbanding landskap sebenar. Ia satu pilihan yang berani, tetapi sangat kena dengan gayanya.

Gaya ini mengutamakan daya tarikan dan kejelasan berbanding butiran halus. Sangat mudah untuk melihat jalan di bandar dan dungeon sepintas lalu, dan perubahan pencahayaan (terutamanya antara siang dan malam) benar-benar menetapkan mood.

Walaupun apabila melihat dari jarak dekat dan nampak modelnya tidak begitu terperinci, keseluruhannya masih nampak cantik dan harmoni. Sama seperti HD-2D memberikan identiti baharu kepada judul lama, gaya ini terasa seperti arah tuju yang hebat untuk remake masa depan… moden, tetapi masih penuh personaliti.

Eksplorasi Berpanduan, Tapi Tidak Membosankan

Salah satu perubahan terbesar ialah cara pemain bergerak. Anda kini boleh melihat objektif utama ditanda terus pada peta, dan boleh menghidupkan atau mematikan penanda ini bila-bila masa.

Jika membiarkannya hidup, ia mengelakkan anda daripada sesat, dan secara langsung menjadi satu bantuan besar dalam game yang panjang dan rumit ini.

Walau bagaimanapun, penggunaan penanda ini tidak merosakkan keseronokan eksplorasi. Walaupun anda mungkin melangkau kerja-kerja ‘detektif’ seperti bercakap dengan setiap NPC, game ini masih padat dengan rahsia.

Barang tersembunyi, pasu yang boleh dipecahkan, dan laluan opsyenal tidak ditanda, jadi amat berbaloi untuk menyimpang dari jalan utama.

Walaupun tahu di mana harta karun berada, pemain masih perlu menavigasi dungeon untuk mendapatkannya, dan memusingkan kamera sering mendedahkan perkara yang mungkin anda terlepas pandang.

Game memastikan anda terus bergerak ke hadapan, tetapi ia tidak “bermain untuk anda”. Pemain ada kawalan ke atas berapa banyak bantuan yang mereka mahu, jadi anda boleh menjadi efisien tanpa kehilangan kegembiraan semasa meneroka.

Combat Yang Menghormati Masa Anda

Combat masih kekal turn-based, tetapi hampir semua aspek di sekelilingnya telah diperkemas.

Tiada lagi ‘random encounter’. Pemain boleh melihat musuh berjalan di dunia permainan, jadi anda boleh mengelak atau mengambil posisi untuk melakukan ambush. Jika anda jauh lebih kuat daripada musuh, anda boleh mengalahkan mereka serta-merta tanpa perlu masuk ke skrin pertarungan.

Ciri ini sahaja membuatkan game terasa jauh lebih pantas berbanding versi lama.

Sistem auto-battle juga bijak, tetapi ada hadnya. Ia sangat bagus untuk menghabiskan trash mob (iaitu musuh-musuh biasa) di mana sistem tahu cara heal dan serang kelemahan musuh, tetapi ia kurang berkesan melawan boss atau musuh yang sukar. Ini sebenarnya perkara yang bagus.

Ia menguruskan bahagian berulang yang membosankan, tetapi menyerahkan keputusan penting kepada anda untuk pertarungan yang benar-benar mustahak.

Satu lagi sentuhan bagus termasuk battle speed yang boleh dilaras, ikon jelas yang menunjukkan elemen mana paling berkesan, save point yang kerap sebelum pertarungan besar, dan shortcut quick-heal. Semua perubahan ini membuang rasa penat yang biasanya datang dengan RPG yang panjang.

Sistem Job Utamakan Strategi Melebihi Grinding

Sistem job telah melalui perubahan yang besar.

Pada awal permainan, menukar job mungkin terasa agak ketat. Anda tidak membawa skill lama apabila bertukar job, dan menukar keseluruhan ahli parti serentak boleh menjadikan pasukan anda lemah. Ini menghalang anda daripada menukar job secara rambang dan memaksa kita untuk merancang lebih awal.

Keseronokan sebenar bermula apabila anda membuka sistem dual job atau “Moonlighting”. Ini membolehkan watak menggunakan dua job serentak, menyelesaikan masalah kehilangan skill apabila bertukar peranan. Ia mengubah sistem ini menjadi ruang eksperimen strategi.

Dalam game asal, anda boleh grind sampai setiap watak hebat dalam semua perkara. Di sini, ia memfokuskan kepada sinergi. Anda mungkin gandingkan karakter perlahan dengan job Thief untuk meningkatkan speed, atau berikan karakter pantas peranan Warrior untuk memukul lebih kuat.

Skill pasif dan aktif mula bekerjasama dalam cara yang menarik, jadi fokus beralih daripada grinding tanpa henti kepada membina pasukan yang bijak dan seimbang. Ia menambah banyak lapisan taktikal, walaupun anda tidak lagi boleh mencipta watak yang “OP dalam semua benda”.

Naratif Tentang Masa dan Akibat

Jalan ceritanya masih mengikut struktur klasik: kita mengembara ke pulau-pulau di masa lampau untuk menyelamatkan mereka, yang kemudiannya memulihkan pulau tersebut di masa kini. Ia bermula perlahan, tetapi sebaik sahaja mendapat rentak, ia menjadi sangat immersive.

Setiap pulau terasa seperti episod tersendiri yang boleh selesai dalam masa kira-kira satu jam, tetapi semuanya menyumbang kepada gambaran cerita yang lebih besar.

Game ini hebat dalam menguruskan nadanya. Ada cerita yang kelakar dan ringan, manakala yang lain benar-benar saspens atau sedih. Melihat bagaimana tempat dan orang berubah mengikut peredaran masa masih menjadi sorotan terbaik game ini, dan benar-benar membuatkan pemain merasa tindakan mereka memberi kesan.

Walaupun wajah watak tidak banyak bergerak semasa dialog, muzik dan lakonan suara berjaya menghidupkan detik-detik emosi, membuatkan kita terus berminat tanpa memerlukan cutscene sinematik yang berlebihan.

Ketiadaan Kostum Khas Mengikut Job

Perubahan yang paling kontroversi ialah ketiadaan kostum khas mengikut job. Sistem job memang bagus, tetapi watak anda tidak kelihatan berbeza apabila menukar peranan.

Jika baru kenali game ini, anda mungkin tidak kisah. Senjata dan perisai anda masih berubah, dan sistemnya berfungsi dengan baik. Tetapi jika pernah bermain versi 3DS, anda mungkin merindui visual tersebut… khususnya, perasaan melihat watak anda secara fizikal berubah mengikut peranan baharu.

Ia bukanlah ‘deal-breaker’, tetapi agak mengecewakan bagi veteran yang suka melihat build mereka tercermin pada model watak.

Pendapat

Dragon Quest VII Reimagined adalah contoh bagus bagaimana untuk mengemaskini JRPG klasik tanpa melupakan akarnya.

Dengan membaiki pacing, melicinkan combat, dan memfokuskan sistem job kepada strategi berbanding grinding, ia mengubah game yang dahulunya sangat menuntut masa menjadi sesuatu yang terasa besar tetapi mudah akses.

Ketiadaan kostum job mungkin mengecewakan peminat lama, tetapi itu tidak merosakkan apa yang boleh dianggap sebagai salah satu RPG turn-based paling ‘polished’ yang boleh anda mainkan hari ini.

Sama ada korang adalah peminat tegar Dragon Quest atau sekadar ingin tahu bagaimana reka bentuk old-school boleh dimodenkan, ini adalah pengembaraan yang berbaloim dan adalah cara terbaik untuk bermain Dragon Quest VII.

Game ini akan dilancarkan pada 5 Februari 2026, untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch, konsol Switch 2, dan PC menerusi Steam serta Microsoft Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

Dragon Quest VII Reimagined

9.5 Score

Dragon Quest VII Reimagined memodenkan sebuah JRPG klasik yang dahulunya rumit menjadi pengalaman yang mudah diakses, berkat gaya visual diorama yang menawan serta penambahbaikan bijak pada sistem combat dan navigasi peta. Pengenalan sistem Moonlighting menambah strategi menggantikan grinding yang membosankan, dan walaupun permulaannya masih agak perlahan serta ketiadaan perubahan kostum visual mungkin mengecewakan peminat lama, ia kekal sebagai cara definitif untuk menikmati judul ini.

PROS

  • Memodenkan combat turn-based sambil mengekalkan rasa klasik
  • Sistem dual-job menambah banyak variasi dan strategi
  • Cerita berasaskan pulau mempunyai pacing yang hebat dengan emosi turun naik yang berkesan
  • Gaya visual diorama adalah unik dan menawan
  • Mekanik baharu diperkenalkan secara perlahan-lahan, menjadikan game selesa dimainkan
  • Auto-battle menguruskan pertarungan membosankan tanpa membuang elemen strategi.

CONS

  • Beberapa jam pertama masih agak perlahan mengikut piawaian moden
  • Menukar job tidak menukar pakaian watak, yang mungkin mengecewakan peminat lama.

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Dragon Quest VII Reimaginedreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen Modulo – Yuji Itadori Kini Melampaui Kekuatan Gojo & Sukuna Dalam Sekuel!

Next Post

Previu Sea of Remnants – Open-World Lanun Yang Gabungkan Combat Darat Turn-Based & Combat Laut Real-Time!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Previu Sea of Remnants – Open-World Lanun Yang Gabungkan Combat Darat Turn-Based & Combat Laut Real-Time!

Previu Sea of Remnants - Open-World Lanun Yang Gabungkan Combat Darat Turn-Based & Combat Laut Real-Time!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd