Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu CODE VEIN II – Evolusi Berani Daripada Soulslike Anime Ke Open-World!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 27, 2026
in Action, Artikel, Berita, Game Review, PC, PS5, Review, RPG, Soulslike, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu CODE VEIN II – Evolusi Berani Daripada Soulslike Anime Ke Open-World!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah hampir tujuh tahun menanti, CODE VEIN II akhirnya akan dikeluarkan pada 30 Januari 2026. Bandai Namco Entertainment dan studio Shift nampaknya tidak mahu sekadar ‘bermain selamat’ dengan sekuel kali ini.

Dengan pengenalan watak baharu seperti Lou Magmell dan sistem Partner yang lebih dinamik, game ini cuba memberikan naratif yang lebih emosional, serta menunjukkan kematangan pembangunnya selepas kejayaan God Eater.

Tetapi, adakah sekuel ini mampu berdiri teguh sebagai pengganti yang lebih baik? Inilah ulasan penuh kami

Misi Merentas Masa Bersama Lou Magmell

Walaupun membawa angka “II” pada tajuknya, CODE VEIN II menceritakan kisah serba baharu dengan watak-watak baharu, jadi pemain tidak perlu risau akan ketinggalan konteks jika terus terjun ke dalam entri baharu ini.

Kisahnya berlatarkan dunia yang berada di ambang kemusnahan akibat pencerobohan Luna Rapacis, sebuah entiti raksasa yang lahir daripada fenomena misteri yang dipanggil “The Resurgence” dan kesannya terhadap semua hidupan.

Berbeza dengan game pertama di mana anda bermain sebagai seorang Revenant (seumpama vampire), kali ini protagonisnya adalah seorang Revenant Hunter. Walaupun misi mereka adalah untuk melindungi manusia, mereka juga dilihat sebagai ancaman oleh sesetengah Revenant yang hanya mahu hidup dengan aman.

Nasib protagonis berubah apabila dia dihidupkan semula daripada kematian selepas menerima separuh daripada jantung seorang gadis Revenant bernama Lou Magmell, yang rupa-rupanya memegang kunci untuk menyelamatkan dunia mereka, iaitu kuasa untuk time travel.

Oleh kerana roh mereka kini terikat dengan Lou, protagonis memainkan peranan penting dalam menyokongnya dalam misi penting ini. Mereka harus mengembara ke masa lampau untuk menguatkan potensi Lou yang masih lemah (pada permulaan).

Dinamik watak terasa lebih berkembang di sini, dan Lou sendiri akhirnya menjadi lebih menarik berbanding rakan serupa dari game pertama yang bernama Io.

Namun, di sebalik interaksi watak yang lebih kuat, ia tidak disokong sepenuhnya oleh buildup yang sewajarnya. Pacing CODE VEIN II bergerak terlalu pantas, terutamanya ketika memperkenalkan watak-watak baharu.

Hubungan antara watak tidak terasa natural; watak yang anda baru kenali boleh tiba-tiba terasa seperti rakan rapat atau pun pasangan romantik dalam masa yang sangat singkat.

Isu yang sama berlaku pada pengenalan watak, seperti Iris, yang tiba-tiba muncul hampir seperti seorang NPC biasa walaupun dia sebenarnya adalah partner yang boleh dibawa bersama dalam perjalanan anda.

Mengetepikan perkara itu, jalan ceritanya masih kuat dan penuh dengan momen yang menyayat hati. Saya menghargai bagaimana game ini membawakan semula soundtrack ikonik “Memory of the Lost” yang dimainkan semasa babak flashback. Impak CODE VEIN pasti tidak akan terasa lengkap tanpa mendengarnya di latar belakang.

Eksplorasi Open-World

Jika ada satu sebab mengapa CODE VEIN II memerlukan masa pembangunan yang begitu lama, inilah sebabnya. Selain bertindak balas terhadap maklum balas dan merombak komponen utama daripada judul dahulu, game ini kini direka sebagai sebuah pengalaman open-world.

Pada mulanya saya agak skeptikal dan hanya membuat spekulasi, tetapi selepas memainkannya sendiri, skala eksplorasi dan saiz petanya benar-benar besar. Itu sahaja sudah cukup mengagumkan, memandangkan sehingga kini tidak banyak game soulslike yang dibina sebagai open-world, selain daripada contoh popular Elden Ring.

Jadi, bagaimanakah pelaksanaannya? Jawapan ringkasnya ialah cukup bagus. Kawasan eksplorasi awal agak kecil kerana anda terhad kepada Magmell Island, tetapi game ini terbuka sepenuhnya sebaik sahaja pemain sampai ke tanah besar.

Anda bebas untuk pergi ke mana-mana dalam sempadan yang dibenarkan oleh kemajuan permainan, dan saya mendapati eksplorasi benar-benar menyeronokkan berkat banyak rahsia yang bertaburan, daripada side quest sehinggalah dungeon opsyenal.

Perasaan puas yang datang daripada game open-world yang memfokuskan kepada penemuan rahsia dilaksanakan dengan baik di sini, malah dipertingkatkan lagi dengan elemen immersion melalui perubahan cuaca dinamik.

Untuk memudahkan perjalanan di kawasan yang luas, watak anda dilengkapi dengan motosikal, malah peta direka dengan laluan khusus untuk kenderaan.

Untuk instant travel ke lokasi yang jauh, anda boleh menggunakan fast travel antara titik Mistle, iaitu checkpoint gaya bonfire di mana anda juga boleh level up watak, customize senjata, upgrade abiliti Regeneration, menukar partner, dan banyak lagi.

Untuk mendedahkan bahagian peta yang tersembunyi, anda perlu mengalahkan raksasa lemah yang dipanggil ‘Map Jammer’ yang ditandakan dengan warna ungu pada peta dunia.

Kawasan hub utama anda ialah MagMell, yang penuh dengan fasiliti penting untuk menguatkan watak, training ground, dan tempat untuk berinteraksi dengan sekutu rapat yang sangat penting untuk memajukan misi utama dan side mission.

Fungsinya sebahagian besar sama seperti dalam game sebelum, tetapi kali ini hub tersebut jauh lebih besar dan terasa lebih ‘bernyawa’. Hot spring masih ada di sini, malah ia telah ditambah ke kawasan luar, yang kadangkala memberikan resipi baharu untuk item synthesis.

Setakat ini semuanya kedengaran lengkap dan positif, tetapi masih ada kekurangan disebabkan oleh pendekatan open-world. Isu pertama sayangnya dibawa dari game lama iaitu kekurangan variasi musuh. Saya sering melawan jenis musuh yang sama dengan hanya sedikit variasi.

Ini bukan sahaja mob biasa, tetapi juga kepada boss, yang kebanyakannya terasa seperti dikitar semula kecuali yang terikat dengan jalan cerita utama.

Kekurangan variasi ini juga dirasai dalam reka bentuk dunia dan kawasan, di mana banyak lokasi kelihatan agak serupa. Walau bagaimanapun, saya tidak begitu kisah mengenainya kerana eksplorasi menyeronokkan, terutamanya bagaimana tema time travel mempengaruhi keadaan dunia sepenuhnya.

Ia mewujudkan perasaan seolah-olah meneroka dua dunia open-world yang berbeza, walaupun secara teknikalnya ia adalah dunia yang sama tetapi pada tempoh masa yang berbeza.

Level design juga telah menerima perhatian, jadi anda kurang berkemungkinan untuk merasa kecewa atau bosan; sesuatu yang jelas dipelajari oleh pembangun daripada isu seperti Cathedral of the Sacred Blood dalam game fahulu.

Sistem Combat dan Watak Peneman

Sistem combat asas kekal majoriti sama, tetapi dengan beberapa rombakan dan pelarasan. Bermula dengan perubahan kecil, anda akan perasan terminologi yang dikemas kini seperti Gift (skill) kini dipanggil Formae, dan serangan Drain daripada Blood Veil kini terikat dengan sistem peralatan baharu yang dipanggil Jail.

Watak anda dilengkapi dengan empat slot skil utama, dengan pilihan yang lebih luas daripada sebelumnya, termasuk abiliti khusus senjata dan sudah tentu, Blood Code yang masih berfungsi seperti sistem class, mempengaruhi semua stats utama dan memberikan traits istimewa.

Ringkasnya, sistem ini masih terasa akrab, tetapi pada masa yang sama ia telah dikembangkan dengan drastik, menggalakkan pemain untuk lebih bereksperimen dengan pelbagai build. Perbezaan yang paling ketara datang daripada sistem Partner / Companion, yang kini memainkan peranan yang jauh lebih penting.

Anda boleh mendapat pelbagai bonus Traits dengan memanggil mereka ke medan lawan, atau malah dengan menggabungkan kuasa anda ke dalam satu badan.

Mereka adalah fighter hebat yang boleh mengalahkan musuh hampir sepantas anda. Walaupun ini mempengaruhi tahap kesukaran, pilihan fusion baharu ini sangat berguna, membolehkan pemain bertukar secara fleksibel antara gaya permainan solo dan duo.

Walaupun bermain secara “solo”, anda masih akan menerima bonus buff kuat yang membantu mengekalkan keseimbangan tahap kesukaran.

Walau bagaimanapun, pemain tidak boleh benar-benar bermain sendirian sepenuhnya dalam game ini kerana mesti memilih seorang partner. Selain atas sebab cerita di mana watak anda berkongsi roh dan ikatan yang mendalam, ini juga kerana sistem HP kini digabungkan dengan LP, yang bertindak sebagai perisai yang disediakan oleh partner anda.

Selain itu, watak anda akan sentiasa revive selepas tumbang tidak kira siapa partner yang anda pilih, walaupun mereka tidak dapat bertarung secara langsung bersama anda, seperti Jadwiga.

Ada petanda cooldown pada ikon partner, bermakna anda boleh tumbang dan revive beberapa kali dalam satu pertarungan selagi masih mempunyai sumber tersebut.

Adakah ini menjadikan gameplay lebih mudah? Sejujurnya, ya. Tetapi sistem combat yang dikembangkan dan dirombak menghasilkan pengalaman yang lebih menyeronokkan. Selagi anda tidak kisah dengan mekanik revive tersebut, gameplay solo masih boleh menjadi agak mencabar bagi pemain yang mencari kesukaran tambahan.

Saya malah mendapati solo run lebih selesa, kerana boleh fokus pada mengawal aggro musuh, yang kadangkala sukar diramal. Namun, dalam pertempuran dengan kumpulan musuh yang banyak, membawa partner merupakan pilihan yang lebih baik.

Syukurlah, sistem rotasi unik yang memastikan pemain sentiasa mempunyai akses kepada Ichor tidak disekat atau diubah. Ichor berfungsi seperti mana untuk menggunakan skil, tetapi daripada bergantung kepada ‘consumables’ yang terhad, anda mengisinya semula melalui serangan Drain semasa combat apabila ada peluang selamat.

Memandangkan serangan ini juga bertindak sebagai serangan maut apabila musuh dalam keadaan staggered, anda boleh memberikan damage maksimum sambil mengisi semula Ichor pada masa yang sama.

Daripada semua perubahan combat, penambahbaikan kegemaran saya sebenarnya adalah pada “rasa” combat itu sendiri. Hitstop dan kesan bunyi kini menjadikan serangan terasa jauh lebih berimpak, jadi ia tidak lagi terasa seperti anda sedang menghayun senjata pada sasaran koson.

Animasi watak juga lebih lancar dan meningkatkan respons kawalan. Jadi, walaupun sistem Partner baharu menjadikan keadaan sedikit lebih mudah, pengalaman combat secara keseluruhan adalah lebih mantap.

Kebebasan Misi dan Cabaran Status ‘Burden’

Asasnya sebagai game open-world juga mengubah ‘progression’ dengan memberi kita kebebasan penuh untuk memilih antara memajukan cerita utama, menyelesaikan side quest yang memfokuskan kepada watak, atau meneroka dunia untuk grinding dan mencari rahsia.

Malah misi cerita itu sendiri tidaklah linear sepenuhnya, kerana sesetengah daripadanya boleh diselesaikan mengikut rentak pemain sendiri, termasuk misi yang membentangkan pilihan penting sama ada mahu mengubah masa lalu atau tidak.

Dari sudut progression watak, ada banyak pilihan penting selain daripada sekadar leveling up. Antara elemen utama yang perlu diperhatikan termasuklah pilihan Blood Code, senjata, skil Formae, Jail, dan sistem Booster baharu yang bertindak sebagai penambah stat.

Untuk menjadikan eksplorasi lebih berbaloi, banyak senjata dan skil Formae boleh ditemui di lokasi opsyenal. Namun, di antara semua cara untuk menguatkan watak, perkara paling penting untuk diuruskan ialah “Burden” yang dibawa oleh watak anda.

Ini adalah sistem yang mengenakan penalti berdasarkan betapa berat atribut watak anda, terutamanya daripada gear yang dilengkapi dan Blood Code yang anda gunakan. Bayangkan ia seperti sistem ‘equipment load’ dalam majoriti game, cuma di sini setiap atribut mengenakan jenis penalti yang berbeza.

Sebagai contoh, jika atribut Fortitude menjadi ‘overloaded’, pemain akan sentiasa mengalami status Inhibit apabila kehabisan stamina, lantas mengehadkan akses kepada skil Formae atau malah menghalang penggunaan motosikal.

Saya dapati sistem ini agak kreatif, kerana ia menambah kesan kepada pelbagai build daripada sekadar memperlahankan pergerakan seperti dalam kebanyakan game soulslike lain.

Customization Watak dan Photo Mode Profesional

Saya pasti ramai orang bersetuju bahawa character customization game ini sentiasa mengagumkan. Ia adalah salah satu ciri kegemaran peminat, dan saya gembira untuk mengesahkan bahawa CODE VEIN II mengembangkannya lebih lagi.

Terdapat jauh lebih banyak pilihan untuk mengubah suai rupa watak anda, malah di bahagian yang saya tidak jangkakan boleh diubah suai.

Namun begitu, oleh kerana game ini menggunakan gaya watak 3D yang baharu walaupun masih berasaskan reka bentuk Kurumi Kobayashi, menghasilkan semula watak supaya kelihatan sama seperti dalam game pertama ternyata agak sukar. Beberapa bahagian sayangnya tidak boleh diubah suai.

Sebagai contoh, pilihan struktur wajah adalah terhad, dan mulut watak hanya datang dalam bentuk default.

Bentuk badan juga terhad, kerana kedua-dua model lelaki dan perempuan dibina untuk mengikut bentuk default. Oleh sebab itu, pemain yang mahukan rupa yang lebih muda atau lebih tua, bentuk badan yang lebih kurus atau lebih berisi, dan sebagainya mungkin mendapati bentuk badan tidak menepati imaginasi mereka.

Dan memandangkan game ini tidak menyokong online co-op kali ini, sesetengah pemain mungkin merasa kurang bermotivasi untuk menghabiskan banyak masa menyempurnakan watak mereka.

Namun, lebih daripada character creator itu sendiri, saya sebenarnya lebih kagum dengan ciri pelengkapnya iaitu Photo Mode. Pilihannya jauh melampaui jangkaan, dan saya pasti ramai pemain akan menghabiskan berjam-jam menggunakannya sepanjang bermain tanpa berasa bosan.

Bahagian kegemaran saya adalah mod Real-Time, di mana game tidak akan ‘pause’ untuk memastikan animasi terus berjalan dan malah membolehkan anda melaraskan pergerakan frame.

Ini bermakna selain daripada sekadar mengambil foto, anda juga boleh merakam video aksi watak dari mana-mana sudut sambil menukar ekspresi dan emotes.

Kerana rasa ingin tahu, saya juga mengira emotes secara manual dan sememangnya, game ini memberi akses kepada lebih 140 emotes. Lebih baik lagi, ekspresi dan emotes juga terpakai kepada NPC penting yang berdekatan seperti Jadwiga atau Lavinia, walaupun mereka tidak boleh dimainkan.

Jelas ada perhatian diberikan kepada ciri ini, sehinggakan terdapat menu tetapan khusus untuk kawalan Photo Mode dan pilihan utama lain untuk menjadikannya lebih selesa digunakan.

Isu Teknikal Serius pada PS5

Malangnya, kebimbangan saya menjadi kenyataan dan malah lebih buruk daripada yang dijangkakan kerana dari sudut teknikal, prestasi CODE VEIN II sangat mengecewakan di PlayStation 5. Aduan terbesar saya adalah perbezaan FPS antara kawasan luar dan dalam bangunan.

Walaupun ada pilihan untuk mengutamakan gameplay aksi yang lebih lancar atau kualiti visual yang lebih baik, saya sejujurnya tidak merasakan sebarang perbezaan antara kedua-dua mod tersebut.

Disebabkan itu, saya menghabiskan sebahagian besar masa bermain menggunakan mod Graphics Priority, dan di situ pun game masih mengalami masalah di kawasan yang sepatutnya telah dioptimumkan.

Antara isu yang saya hadapi termasuklah tekstur berkualiti rendah dengan masalah pop-in yang kerap, walaupun semasa cutscene cerita, kesan blur yang agresif, draw distance yang buruk di mana musuh boleh tiba-tiba muncul pada jarak dekat, dan pencahayaan yang tidak konsisten.

Seolah-olah prestasi dan visual yang buruk tidak mencukupi, saya juga menghadapi pelbagai masalah teknikal yang lain. Audio sering hilang, terutamanya semasa bertarung dengan raksasa gergasi, menyebabkan mereka menjadi senyap sepenuhnya dan menjadikan corak serangan mereka lebih sukar untuk dibaca.

Selain itu, ada beberapa kejadian crash, yang hampir kesemuanya berlaku apabila saya mengakses mod Real-Time dalam Photo Mode.

Pendapat

Daripada sekadar bermain selamat dengan hanya mengemas kini formula yang sama dan bertindak balas kepada maklum balas peminat, Shift layak mendapat pujian sebenar atas cita-cita mereka menjadikan CODE VEIN II sebuah game yang jauh lebih besar dan lebih berani, terutamanya dari segi skala kandungan.

Walaupun ada beberapa game soulslike open-world popular di luar sana, saya boleh katakan dengan yakin bahawa CODE VEIN II berjaya menyampaikan premis tersebut sambil menawarkan formula yang sudah sedia dicintai peminat.

Pelaksanaan open-world cukup mantap, dengan progression yang jauh lebih bebas ditambah lagi oleh elemen time-travel dan eksplorasi berbaloi yang tidak pernah terasa hambar.

Gameplay juga telah dirombak dengan sistem baharu, walaupun sistem Partner mungkin terasa terlalu ‘overpowered’ bagi sesetengah pemain, terutamanya dengan solo run yang masih memberikan revive automatik.

Saya telah menyatakan pelbagai kekurangan, tetapi tiada yang lebih kritikal daripada masalah teknikal di PlayStation 5, yang sangat menjejaskan keseronokan saya. Oleh sebab itu, jika anda berminat dengan game ini, saya syorkan untuk menunggu patch akan datang atau mempertimbangkan versi PC yang mungkin dioptimumkan dengan lebih baik.

Sekuel ini bakal dikeluarkan bermula 29 Januari 2026, di platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan juga PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

The Review

CODE VEIN II

8 Score

CODE VEIN II merupakan sebuah sekuel yang berani dengan transisi ke format open-world yang berjaya, menawarkan naratif time-travel yang menarik serta sistem combat yang lebih hebat dan berimpak. Walaupun aspek customization watak dan mekanik eksplorasinya sangat cemerlang, pengalaman bermain terjejas teruk oleh isu teknikal yang kritikal pada versi PS5 serta kekurangan variasi pada reka bentuk musuh. Secara keseluruhan, ia adalah sebuah evolusi yang sangat bercita-cita tinggi, namun pemain disarankan untuk menunggu kemas kini patch atau mempertimbangkan versi PC untuk prestasi yang lebih stabil.

PROS

  • Jalan cerita menarik dan penuh dengan momen emosi, walaupun pacing terasa terlalu pantas di sesetengah bahagian
  • Evolusi berjaya ke dalam format open-world, dengan kandungan skala besar, progression yang lebih bebas, dan eksplorasi yang memuaskan
  • Tiada lagi level design yang mengecewakan atau menjemukan seperti Cathedral of the Sacred Blood daripada game pertama
  • Tema time-travel yang terasa bermakna dan bukan sekadar gimik
  • Rombakan gameplay yang dilaksanakan dengan baik dengan variasi skil dan senjata yang diperluaskan
  • Sistem Partner yang lebih kaya, walaupun ia boleh menjadikan gameplay lebih mudah
  • Character customization yang luar biasa dan Photo Mode yang cemerlang

CONS

  • Variasi musuh yang terhad dengan boss yang dikitar semula di sana sini
  • Tiada mod online co-op, walaupun ada penekanan kuat pada hubungan dengan partner
  • Versi PS5 dihantui oleh isu teknikal dan prestasi yang buruk

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Code Vein IIreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil Requiem – Silap Grace, Leon yang Kena! Bagaimana Sistem ‘Consequence’ Mengubah Gameplay!

Next Post

Highguard Tersedia Secara Percuma Untuk Semua – Sebuah Raid PvP Shooter Oleh Veteran Apex Legends!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Highguard Tersedia Secara Percuma Untuk Semua – Sebuah Raid PvP Shooter Oleh Veteran Apex Legends!

Highguard Tersedia Secara Percuma Untuk Semua - Sebuah Raid PvP Shooter Oleh Veteran Apex Legends!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd