Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan Styx: Master of Shadows & Shards of Darkness Tanpa Kos Di Epic Games Store!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 16, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC, Stealth
0 0
0
Dapatkan Styx: Master of Shadows & Shards of Darkness Tanpa Kos Di Epic Games Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sedang mencari alasan untuk mula bermain genre stealth, Epic Games baru sahaja menyajikan dua game yang sesuai. Khususnya, kedai digital tersebut kini menawarkan dua game stealth kegemaran ramai: Styx: Master of Shadows dan Styx: Shards of Darkness – Deluxe Edition tanpa sebarang kos.

You'll be goblin up this week's free games for sure! 🥳 Get Styx: Master of Shadows and Styx: Shards of Darkness for FREE until January 22. https://t.co/mqSSRozzVT @CyanideStudio pic.twitter.com/t576dvRJ9H

— Epic Games Store (@EpicGames) January 15, 2026

Bermula hari ini, pengguna boleh menebus kedua-dua game ini secara percuma sehingga 23 Januari 2026, jam 12:00 tengah malam. Biasanya, harga kedua-dua judul ini mencecah sekitar RM80, menjadikan ini peluang terbaik bagi pemain baharu untuk mencuba siri ini tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun.

Walaupun game percuma sentiasa dialu-alukan, tawaran kali ini bukan sekadar giveaway rawak. Ia berfungsi sebagai persediaan untuk kepulangan francais ini. Selepas hampir satu dekad menyepi, siri ini bakal membuat kemunculan yang besar pada bulan depan dengan Styx: Blades of Greed, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Februari 2026.

Tetapi sebelum meneroka sekuel tersebut, anda mempunyai seminggu untuk memahami francais ini menerusi dua judul tersebut:

Styx: Master of Shadows (2014)

Di sinilah segalanya bermula. Anda bermain sebagai Styx, seekor Goblin berusia dua abad yang bermulut celupar dan memiliki abiliti unik. Game ini menawarkan pengalaman stealth berlatarkan Tower of Akenash yang bertingkat-tingkat. Matlamat anda? Untuk mencuri jantung World-Tree dan merungkai misteri asal usul anda sendiri. Ia adalah game infiltration dengan elemen RPG yang memberi ganjaran kepada kesabaran, perancangan, dan kebolehan untuk kekal tersembunyi daripada pandangan musuh.

Styx: Shards of Darkness – Deluxe Edition (2017)

Sekuel ini meningkatkan kualiti produksi dan cabarannya. Dikuasakan oleh enjin baharu, Shards of Darkness membawa Styx keluar dari menara tersebut ke persekitaran terbuka yang luas, dari ketinggian bandar Elf yang memeningkan kepala hinggalah ke wilayah Dwarf yang berbahaya. Entri ini memperkenalkan abiliti yang lebih dahsyat, senjata yang lebih pelbagai, dan pergerakan yang lebih lancar. Memandangkan Epic memberikan Deluxe Edition, pemain akan mendapat akses kepada kandungan DLC tambahan, termasuk kostum Akenash dan senjata dagger Shards of Darkness.

Tags: epic games storeStyx: Master of ShadowsStyx: Shards of Darkness
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil Requiem Kongsi Gameplay Terkini, Sokongan Switch 2 & Kolaborasi Porsche!

Next Post

Subway Surfers City – Ikon ‘Mobile Game’ Kembali Dengan Sekuel Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Subway Surfers City – Ikon ‘Mobile Game’ Kembali Dengan Sekuel Baharu!

Subway Surfers City - Ikon 'Mobile Game' Kembali Dengan Sekuel Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd