Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lenovo Dengar Permintaan Gamer, Legion Go Bakal Hadir Dengan SteamOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 7, 2026
in Artikel, Berita, Handheld, Teknologi
0 0
0
Lenovo Dengar Permintaan Gamer, Legion Go Bakal Hadir Dengan SteamOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo telah mengumumkan versi baharu untuk PC gaming handheld Legion Go, kali ini didatangkan dengan SteamOS daripada Valve yang telah siap dipasang. Didedahkan di CES 2026, peranti ini menawarkan pengalaman yang lebih lancar seperti konsol pada peranti mudah alih yang pada asalnya dilancarkan dengan Windows.

Model baharu ini secara rasminya digelar “Legion Go, Powered by SteamOS,” dan dijangka akan berada di pasaran pada Jun 2026.

Bagi rata-rata gamer, penukaran kepada SteamOS adalah tarikan utama. Walaupun Legion Go asal yang berasaskan Windows dipuji kerana perkakasan canggihnya, sesetengah pengguna mendapati sistem operasinya kurang sesuai untuk peranti gaming handheld.

SteamOS, iaitu perisian berasaskan Linux yang menguasakan Steam Deck, direka khusus untuk bermain game di mana sahaja. Ia menyediakan UI mesra controller yang menjadikan navigasi dan pelancaran game satu proses yang lancar, sama seperti konsol gaming tradisional.

Para gamer akan mempunyai akses segera kepada keseluruhan Steam Library mereka, berserta ciri-ciri popular seperti Family Sharing, yang membolehkan game dikongsi dengan ahli keluarga, dan Remote Play untuk menstrim game dari PC di rumah.

Ciri ‘quick suspend and resume’ dalam SteamOS adalah satu lagi manfaat penting, membolehkan pemain menghentikan seketika game mereka dan meletakkan peranti dalam mod ‘sleep’, kemudian menyambung semula terus di tempat mereka berhenti.

Dari segi dalaman, model SteamOS akan menampilkan perkakasan yang sama seperti versi Windows. Ini termasuklah pemproses 8-core AMD Ryzen Z2 Extreme.

Peranti ini juga akan mengekalkan paparan WUXGA OLED 8.8-inci, yang mempunyai resolusi 1920×1200, dan kadar segar semula 144Hz. Para gamer boleh mengkonfigurasi handheld ini dengan RAM LPDDR5X sehingga 32GB dan storan dalaman sehingga 2TB, dengan slot kad microSD tersedia untuk penambahan storan.

Reka bentuknya tidak berubah, menampilkan controller boleh tanggal serupa dengan Nintendo Switch, ‘kickstand’, dan bateri 74WHr. Semua port dan pilihan sambungan asal, termasuk dua port USB Type-C, Wi-Fi 6E, dan Bluetooth 5.3, juga dikekalkan.

Tags: Lenovo Legion Go
ShareTweetSend
Previous Post

Teaser Avengers: Doomsday Dedahkan Kemunculan Sulung X-Men!

Next Post

Razer Umum Rakan Meja AI Holografik “Project AVA” & Headset Pintar “Project Motoko”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Razer Umum Rakan Meja AI Holografik “Project AVA” & Headset Pintar “Project Motoko”

Razer Umum Rakan Meja AI Holografik "Project AVA" & Headset Pintar "Project Motoko"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd