Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sora 2 “Ciplak” Visual Anime & Game, Kini Syarikat-Syarikat Jepun Isytihar Perang Dengan OpenAI!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 5, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Game, Industri
0 0
0
Sora 2 “Ciplak” Visual Anime & Game, Kini Syarikat-Syarikat Jepun Isytihar Perang Dengan OpenAI!
Share on FacebookShare on Twitter

Gabungan syarikat-syarikat kreatif Jepun, termasuk studio animasi terkenal dunia Studio Ghibli dan beberapa penerbit permainan video besar, menuntut agar OpenAI menghentikan penggunaan kandungan berhak cipta mereka untuk melatih model AI teks-ke-video baharunya, Sora 2.

Tuntutan tersebut dikeluarkan oleh Content Overseas Distribution Association (CODA), sebuah organisasi anti-cetak rompak Jepun. Bagi pihak ahlinya—yang merangkumi Studio Ghibli, Square Enix, Bandai Namco, Kadokawa, Cygames, dan Toei Animation—CODA telah menghantar permintaan bertulis kepada OpenAI pada 28 Oktober 2025.

Tunjang isu ini adalah dakwaan bahawa Sora 2, yang dilancarkan pada 1 Oktober 2025, mampu menjana klip video yang mempunyai persamaan ketara dengan gaya seni dan watak-watak unik hasil karya ahli-ahli mereka.

CODA menegaskan bahawa ini adalah hasil langsung daripada tindakan OpenAI menggunakan bahan berhak cipta mereka sebagai data latihan tanpa kebenaran.

Dalam kenyataannya, CODA menjelaskan bahawa pihaknya telah “mengesahkan bahawa sebahagian besar output Sora 2 sangat menyerupai kandungan atau imej Jepun,” yang membawa mereka kepada kesimpulan bahawa harta intelek Jepun telah digunakan dalam proses pembelajaran AI tersebut.

Organisasi itu memberi amaran bahawa tindakan ini boleh dianggap sebagai pelanggaran hak cipta di bawah undang-undang Jepun.

Sebagai tindak balas kepada penyebaran kandungan yang mencerminkan harta intelek mereka, CODA telah mengemukakan dua tuntutan utama kepada OpenAI:

  • Hentikan serta-merta penggunaan karya ahli-ahlinya untuk pembelajaran mesin tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.
  • “Memberi maklum balas yang sewajarnya” terhadap sebarang pertanyaan dan tuntutan pelanggaran hak cipta daripada syarikat-syarikat ahlinya berkenaan output Sora 2.

Pelancaran Sora 2 menyaksikan gelombang video janaan AI di media sosial yang meniru francais ikonik Jepun seperti Pokemon, Mario, One Piece, dan Dragon Ball. Gaya Studio Ghibli, yang terkenal dengan filem-filem kesayangan seperti “Spirited Away” dan “My Neighbor Totoro,” juga telah menjadi sasaran popular untuk kandungan janaan AI.

Tags: AIanimeGame
ShareTweetSend
Previous Post

Demo Percuma Kini Tersedia Untuk RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army!

Next Post

Bintang “Blue Beetle”, Xolo Maridueña Dipilih Sebagai Portgas D. Ace Dalam One Piece Live Action

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Bintang “Blue Beetle”, Xolo Maridueña Dipilih Sebagai Portgas D. Ace Dalam One Piece Live Action

Bintang "Blue Beetle", Xolo Maridueña Dipilih Sebagai Portgas D. Ace Dalam One Piece Live Action

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd