Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jualan Tiket Comic Fiesta 2025 Bermula Hari Ini! Dapatkan Segera!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2025
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Game, Komik, Konsert, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Jualan Tiket Comic Fiesta 2025 Bermula Hari Ini! Dapatkan Segera!
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak penganjur Comic Fiesta 2025 telah mengumumkan bahawa jualan tiket untuk acara sudah bermula hari ini pada 14 Oktober, jam 1:00 petang.

Acara tahun ini akan menampilkan siri jelajah dunia hololive STAGE World Tour ’25 -Synchronize!- yang bakal berlangsung pada 20 Disember.

Walaupun butiran mengenai tetamu jemputan dan aktiviti lain masih belum didedahkan, konsert ini dijangka menjadi tarikan utama dengan barisan bakat maya terkenal, termasuk Momosuzu Nene (JP), Kureiji Ollie (ID), Mori Calliope (EN), IRyS (EN), dan Nerissa Ravencroft (EN), serta dua tetamu istimewa eksklusif.

✈️hololive STAGE World Tour ’25 -Synchronize!-🌐

In Sydney, Hong Kong, Vancouver, New York, and Kuala Lumpur✨

It will feature Momosuzu Nene, Mori Calliope, Kureiji Ollie, IRyS, Nerissa Ravencroft, and 2 special guest talents per show! More info coming soon✨

🔽Details… pic.twitter.com/mu44UdHtPo

— hololive (English) (@hololive_En) April 23, 2025

Seperti biasa, Comic Fiesta akan menjadi pusat tumpuan yang meriah untuk komuniti ACG, menampilkan artist alley tersendiri, gerai jualan barangan, pertandingan cosplay, dan sesi bertemu pencipta kandungan yang interaktif.

Peringkat dan Harga Tiket

Pas akan tersedia dalam beberapa kategori, dengan had pembelian lima pas untuk setiap pelanggan.

  • Pas Hujung Minggu (Kedua-dua Hari): RM 99
  • Pas Sepanjang Hari (Sabtu atau Ahad): RM 55 sehari
  • Pas Petang (Sabtu atau Ahad, Masuk dari 2:30 PM): RM 35 sehari

Semua pas membenarkan masuk ke dewan pameran utama. Walau bagaimanapun, akses ke pentas utama dan aktiviti khas lain adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat, dan tertakluk pada kapasiti serta peraturan keselamatan dewan.

Cara Membeli Pas

Peminat boleh mendapatkan pas mereka melalui saluran dalam talian (online) dan luar talian (offline).

  • Jualan Dalam Talian:
    • Pembelian dalam talian boleh dibuat melalui laman web tiket rasmi di ticketing.comicfiesta.org, bermula sekarang. Jualan dalam talian akan berakhir pada 5 Disember jam 11:59 malam. Semua pas yang dibeli dalam talian akan dihantar melalui pos. Sila ambil perhatian bahawa harga tiket tidak termasuk sebarang yuran pemprosesan, surcaj, atau kos penghantaran.
  • Peruncit Luar Talian:
    • Pas juga boleh dibeli secara terus daripada pelbagai rakan kongsi jualan yang sah di seluruh Malaysia, termasuk cawangan seperti Books Kinokuniya, ANI HONBU, Not Only Toy, dan Ace Cards & Collectibles. Untuk senarai penuh dan peta kedai yang mengambil bahagian, pelanggan dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Comic Fiesta.

Pas Istimewa dan Syarat-Syarat Penting

Pas Sepanjang Hari berdiskaun pada harga RM 25 tersedia untuk Orang Kurang Upaya (pemegang kad OKU) dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Pas istimewa ini adalah terhad dan hanya selagi stok masih ada. Kad OKU atau MyKid yang sah mesti ditunjukkan di acara tersebut untuk tujuan pengesahan semasa penebusan gelang tangan.

Sebelum masuk, semua pemegang pas mesti mengaktifkan kad RFID mereka dengan mengimbas kod QR unik dan mendaftarkan butiran peribadi secara dalam talian.

Untuk maklumat lengkap dan tiket, para peminat digalakkan untuk melayari laman web rasmi Comic Fiesta 2025.

Tags: Comic Fiesta 2025
ShareTweetSend
Previous Post

Pesta Gaming Terbesar Asia Tenggara, gamescom asia x Thailand Game Show, Bakal Berlangsung! Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Next Post

Beratus Demo Percuma Di Steam Next Fest – Ini Antara Yang Kamu Boleh Cuba Sekarang

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Beratus Demo Percuma Di Steam Next Fest – Ini Antara Yang Kamu Boleh Cuba Sekarang

Beratus Demo Percuma Di Steam Next Fest - Ini Antara Yang Kamu Boleh Cuba Sekarang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd