Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Activision mengumumkan bahawa Call of Duty: Mobile bakal dapat sokongan Controller PlayStation 4 dan Xbox

Peghh bukan takat Emulator, kalini Controller pulak?!

Nyny.A by Nyny.A
October 17, 2019
in Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Activision mengumumkan bahawa Call of Duty: Mobile bakal dapat sokongan Controller PlayStation 4 dan Xbox
Share on FacebookShare on Twitter

Activision nampaknya tidak berdiam diri, baru sahaja semalam Tencent Games telah mengemas kini PUBG Mobile dengan pelbagai yang diperbaharui, kali ini Activision pula mengambil langkah dengan pengumuman Call of Duty: Mobile bakal menerima sokongan Controller! Ini sudah tentu menjadi penantian yang sangat diingini untuk pengguna Android dan iOS dengan permainan yang tengah melonjak naik ini!

COD Mobile hadir tanpa sokongan controler, hanya yang biasa dan emulator. Jadi memang ramai peminat yang inginkan versi ini seperti yang pernah dicuba ketika fasa beta. Dan Activision telah menjawab dan mengumumkan bahawa ianya akan hadir dan masih dalam pembangunan.

Berita baiknya, kini pembangunan sokongan tersebut masih didalam fasa ujian oleh pihak pasukan COD Mobile, dan berita yang buruk mereka masih tiada sebarang tarikh keluaranya. Pernyataan terbaru yang merangkumi sokongan Controller masih tidak jelas pada butirannya.

“Kami mendengar anda kuat dan jelas bahawa anda ingin tahu mengenai sokongan pengawal.

“Kami sedang menguji sokongan pengawal dan melihat kemungkinan menawarkan ciri ini pada masa akan datang, tetapi kami perlu memastikan ia dilaksanakan dengan betul dan seimbang. Jadi nantikanya “

-Activision

Activision juga telah mendedahkan bahawa ia sedang mencari pilihan Log in lain untuk COD Mobile. Pada masa ini, permainan hanya menyokong Akaun Garena, Facebook, Line, dan pilihan log masuk tetamu. Bersama-sama dengan ini, para pemaju juga mengusahakan penambahbaikan prestasi dan mewujudkan cara tambahan untuk membantu pemain dalam melaporkan cheater dan hacker.

Tahun 2020 bakal menjelma, jadi Tencent (TiMi Studio) dan Garena sebagai rakan kongsi Activision pasti menyediakan sesuatu yang menarik untuk sokongan controller di COD Mobile ini. Tetapi dengan memastikan butiran, sukar untuk mengetahui jika kita akan melihat sesuatu yang tiba pada tahun 2019, atau pada awal tahun 2020. Buat masa ini, hanya dapat menggunakan emulator PC. GameLoop adalah emulator Android rasmi dari Tencent yang boleh memainkan COD Mobile tanpa sebarang masalah pada platform PC.

Pelbagai lagi kemaskini yang peminat boleh lihat terus di Reddit rasmi komuniti untuk COD Mobile. Peminat berharap untuk mendengar lebih lanjut mengenai Sokongan Controller Mudah Alih untuk peranti PS4 dan Xbox One dalam masa terdekat. Apapun kita tunggu kemaskini rasmi Activision okay!

Sumber: IGN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ActivisionCall of duty mobileCOD MobileControllergarenamobile gamestencent
Previous Post

[#LoL10th] Gameplay eksklusif Legends of Runeterra mendedahkan permainan kad strategi padat bersama Champion kegemaran!

Next Post

Vivo Nex 3 5G Review – Smartphone 5G Futuristik tanpa SEMPADAN!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Vivo Nex 3 5G Review – Smartphone 5G Futuristik tanpa SEMPADAN!

Vivo Nex 3 5G Review - Smartphone 5G Futuristik tanpa SEMPADAN!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd