Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[#LoL10th] Gameplay eksklusif Legends of Runeterra mendedahkan permainan kad strategi padat bersama Champion kegemaran!

Permainan pantas dan lebih banyak ganjaran.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2019
in Acara, Android, Artikel, Berita, Bimbingan, Emulator, iOS, Mobile, PC
0 0
0
[#LoL10th] Gameplay eksklusif Legends of Runeterra mendedahkan permainan kad strategi padat bersama Champion kegemaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-10 “League of Legends“, selain daripada kepada demo tertutup “League of Legends: Wild Rift“, Riot juga menyediakan demo permainan baru “Legends of Runeterra“. Legends of Runeterra ialah permainan kad digital terbaru di mana pemain boleh melihat keseluruhan dunia League of Legends, dan membawa banyak Champion ikoniknya dengan cara yang baru. Satu konsep yang memang sangat menarik. Berikut adalah beberapa perkara yang saya belajar selepas bermain Legends of Runeterra dan di sini saya ingin berkongsi bersama anda semua.

Dek terdiri daripada 40 kad, dan pemain boleh ambil satu atau dua dek daripada enam region, serta menampilkan sehingga enam Champion. Ini membolehkan variasi yang mengagumkan apabila anda merancang strategi tertentu, dan memanfaatkan kebolehan gabungan pelbagai Champion dan region untuk membina kekuatan pemain sendiri.

Pemain bergilir-gilir untuk menyerang dan mempertahankan dalam pertempuran round-based Runeterra. Pada permulaan giliran: tetapkan strategi, tingkatkan ofensif, tambahkan pertahanan, atau pelihara mana untuk guna dalam pusingan seterusnya. Apabila kedua-dua pihak sudah bersiap sedia, pertempuran bermula, dengan penyerang meletakkan unit manakala pemain yang bertahan menggunakan kad untuk menghalang.

Dengan setiap pusingan, pemain akan unlock kristal mana tambahan, yang membolehkan mereka memainkan unit dan spell yang lebih kuat. Selepas satu pusingan selesai, unit yang dikalahkan akan dikeluarkan dari permainan. Baki mana boleh digunakan untuk unit baru bagi membantu anda bersiap sedia untuk pusingan seterusnya, tetapi juga boleh disimpan untuk spell pada giliran seterusnya.

Nexus (kristal yang menjadi HP pemain) hanya mempunyai 20 HP, yang bermakna serangan awal dari dek yang kuat seperti Ionia boleh membuat kamu lihat skrin kekalahan dalam beberapa pusingan sahaja. Walaupun tidak mustahil untuk menunggu dek kamu menjadi kuat atau dalam erti kata lain – late game, kerapuhan Nexus bermakna bahawa sesetengah perlawanan tidak memerlukan strategi jangka panjang. Apapun, kamu boleh lihat gameplay kami di bawah:

Legends of Runeterra dijangka akan keluar secara rasmi untuk platform PC, iOS dan Android pada tahun 2020, dan rakan-rakan yang telah mengambil bahagian dalam pra-pendaftaran boleh mendapatkan Moonstruck Poro eksklusif selepas permainan dilancarkan secara rasmi. Pra-daftar pada PC dan Google Play Store di laman web Legends of Runeterra.

Tags: ChampionLeague of legendsLegends of Runeterrapermainan kad digitalRiot
Previous Post

[#LoL10th] Kami mencuba sendiri demo League of Legends: Wild Rift MOBA mobile terbaru dan ternyata memang TERBAIKK!!

Next Post

Activision mengumumkan bahawa Call of Duty: Mobile bakal dapat sokongan Controller PlayStation 4 dan Xbox

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Activision mengumumkan bahawa Call of Duty: Mobile bakal dapat sokongan Controller PlayStation 4 dan Xbox

Activision mengumumkan bahawa Call of Duty: Mobile bakal dapat sokongan Controller PlayStation 4 dan Xbox

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd