JOYCITY, dengan kerjasama pembangun WOORE, mengumumkan FreeStyle Football 2 (FSF2), sebuah game bola sepak 5v5 premium yang dibangunkan untuk konsol generasi terkini.
Dikuasakan oleh Unreal Engine 5, game ini akan dilancarkan pada suku kedua 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Melalui kerjasama dengan Microsoft, FreeStyle Football 2 juga akan tersedia pada hari pertama untuk pelanggan Xbox Game Pass Ultimate.
Game ini menampilkan sistem kawalan “1 Player, 1 Character,” di mana setiap pemain dalam satu pasukan mengawal seorang atlet dalam perlawanan 5v5 online yang sengit. Reka bentuk ini menekankan koordinasi dan kemahiran individu, membuatkan pemain berasa seolah-olah mereka benar-benar berada di padang.

Semasa pelancaran, pemain boleh memilih daripada 12 watak berbeza, setiap satunya dilengkapi dengan kemahiran unik yang membentuk gaya permainan secara dramatik.
Kebolehan ini merangkumi daripada melakukan hantaran sepantas kilat dan menaikkan semangat rakan sepasukan, sehinggalah melepaskan rembatan padu yang dahsyat pada saat yang tepat, memastikan setiap watak membawa strategi unik ke padang.

Selain fokusnya pada mod multiplayer, FreeStyle Football 2 akan menampilkan Story Mode single-player, menawarkan 10 hingga 20 jam masa permainan yang mendalami latar belakang unik barisan wataknya.
Ekspresi pemain juga merupakan ciri utama, dengan pilihan koleksi dan customization yang membolehkan pengguna mengubah suai watak mereka dan menyerlahkan gaya individu masing-masing.
Perlawanan akan berlangsung di pelbagai padang yang kreatif dan realistik yang diinspirasikan oleh lokasi-lokasi ikonik dari seluruh dunia, menambahkan sentuhan dunia sebenar kepada perlawanan.

Penglibatan komuniti juga boleh dipupuk melalui Sistem Club, di mana pemain boleh menubuhkan kelab bola sepak mereka sendiri untuk bersaing dalam divisyen ranking dan menguruskan strategi pasukan.
Sistem ini akan dipertingkatkan lagi dengan aplikasi sampingan, yang membolehkan pengurusan kelab, penjualan barangan, dan juga penyertaan liga fantasi di luar permainan.

FreeStyle Football 2 akan dikeluarkan dalam beberapa versi, termasuk Edisi Basic, Premium, Deluxe, dan Edisi Limited Club yang istimewa. Monetization game ini akan mengikut rangka lazim, disokong oleh Season Pass, DLC, dan kemas kini kandungan berterusan selepas pelancaran.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post