Everstone Studio mengumumkan bahawa RPG aksi pengembaraan open-world free-to-play mereka, Where Winds Meet, akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC pada 14 November. Versi PC akan tersedia melalui Steam, Epic Games Store, dan Microsoft Store.
Sebagai pengenalan, Where Winds Meet adalah sebuah pengembaraan seni bela diri yang berakarkan legasi Wuxia.
Berlatarkan era China pada abad kesepuluh semasa zaman Five Dynasties dan Ten Kingdoms, pemain akan bermain sebagai seorang pendekar pedang muda dalam perjalanan untuk membongkar kebenaran yang dilupakan dan misteri identiti mereka sendiri.

Game ini menampilkan dunia yang luas dan dinamik di mana pemain boleh menentukan haluan mereka sendiri, di mana tipu muslihat politik, perebutan kuasa, dan pertempuran epik membentuk perjalanan sejarah.
Dunianya menampilkan lebih 20 wilayah yang berbeza, daripada ibu kota empayar hinggalah ke kuil-kuil tersembunyi di dalam hutan, dengan ribuan tempat menarik untuk diterokai. Persekitarannya direka untuk terasa hidup, berubah mengikut masa, cuaca, dan tindakan pemain itu sendiri.

Kebebasan dan akibat akan membentuk pengalaman naratif. Pemain boleh memilih untuk mengingkari undang-undang dan mencetuskan huru-hara, yang membawa kepada ganjaran buruan dan hukuman penjara, atau mencuba jalan yang lebih mulia dengan berkawan dengan penduduk kampung dan membina reputasi sebagai seorang wira.

Sistem combat pula dibina berasaskan seni bela diri, membolehkan pemain mencipta gaya pertarungan yang sesuai dengan rentak mereka. Sistem ini menampilkan senjata Wuxia klasik, termasuk pedang, lembing, pedang kembar, tombak-panjang, kipas, dan payung.
Pemain boleh bertukar antara senjata-senjata ini, busur untuk serangan jarak jauh, dan seni mistik seperti Taichi untuk mengatasi musuh, lantas menawarkan pelbagai pilihan untuk setiap pertembungan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post