Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KAIJU NO. 8 THE GAME Akan Dilancarkan 31 Ogos Untuk PC & Mobile, Prapendaftaran Cecah Lebih 850,000

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, Real time strategy, Steam
0 0
0
KAIJU NO. 8 THE GAME Akan Dilancarkan 31 Ogos Untuk PC & Mobile, Prapendaftaran Cecah Lebih 850,000
Share on FacebookShare on Twitter

RPG free-to-play yang sangat ditunggu-tunggu, KAIJU NO. 8 THE GAME, telah disahkan bakal menemui pemain di seluruh dunia pada 31 Ogos ini. Berita baik itu diumumkan oleh pembangunnya, Akatsuki Games, melalui satu siaran khas beserta trailer terbaharu.

Game ini boleh dimuat turun di PC (Steam), serta peranti mobile (App Store dan Google Play).

Dibangunkan dengan kerjasama kreatif TOHO dan Production I.G, game ini adalah adaptasi daripada manga dan anime karya Naoya Matsumoto yang cukup terkenal. Sambutan terhadapnya begitu hangat sehinggakan prapendaftarannya kini telah pun melepasi angka 850,000 pengguna.

Tajuk ini menjanjikan adaptasi yang setia, di mana pemain akan berpeluang bermain sebagai anggota Japan Anti-Kaiju Defense Force.

Watak-watak kegemaran ramai seperti Kafka Hibino (yang mampu bertukar menjadi Kaiju No. 8) dan Mina Ashiro akan kembali, lengkap dengan suara daripada pelakon anime mereka, Masaya Fukunishi dan Asami Seto.

Selain mengikuti semula jalan cerita anime yang mendebarkan, pemain juga akan disajikan dengan kisah-kisah original yang eksklusif, membolehkan mereka menyelami dunia watak-watak ini dengan lebih mendalam.

Sistem combat turn-based direka agar intuitif tetapi masih padat dengan elemen strategi. Pemain perlu bijak menggunakan kemahiran setiap pegawai Defense Force untuk menentang kaiju-kaiju gergasi.

Apabila teras kaiju berjaya didedahkan, pemain boleh melancarkan serangan yang bukan sahaja dahsyat, tetapi juga dipaparkan dengan visual sinematik dan grafik 3D berkualiti tinggi. Pembangun memberi jaminan bahawa setiap aksi, seperti tumbukan padu Kafka, akan kelihatan begitu hidup dan mengagumkan.

KAIJU NO. 8 THE GAME juga akan memperluas dunia francais ini dengan kandungan yang serba baharu. Sebuah unit khas bernama CLOZER akan diperkenalkan, yang ditugaskan untuk menyiasat ‘Kaiju Dimensional Gates’ yang misteri.

Unit ini diketuai oleh watak baharu, Sagan Shinomiya, iaitu kakak angkat kepada prodigi Defense Force, Kikoru Shinomiya. Watak-watak baharu lain yang turut serta dalam pertempuran termasuk pegawai CLOZER, Chester Lockburn, dan ketua pembangunan senjata unit tersebut, Suited.

Kejayaan kempen prapendaftaran ini turut membawa berita gembira buat para pemain. Disebabkan jumlah pendaftaran telah mencapai sasaran 500,000, semua pemain yang mendaftar awal akan dijamin menerima watak Mina Ashiro 4-star secara percuma, berserta ganjaran lain termasuk tiket gacha.

Check the pre-registration milestone progress here! pic.twitter.com/3OflRhAKWE

— KAIJU NO. 8 THE GAME Official | 8/31 Coming Soon! (@kj8_TheGame_EN) August 5, 2025

Game ini menyokong sepenuhnya fungsi cross-platform, jadi pemain boleh menyambung kemajuan mereka sama ada di PC atau peranti mobile tanpa sebarang masalah. Sebagai permainan free-to-play, ia akan menampilkan sistem gacha untuk mendapatkan watak dan akan terus ditambah baik dengan kandungan baharu secara berkala.

◤    #KaijuNo8THEGAME
 1M pre-registration reward revealed! ◢

Reach 1 million pre-registrations to get one ★5 character of your choice from the image! 🎁

■ Pre-Register here: https://t.co/0d1SbZAG2p#K8Game pic.twitter.com/PGjxDnwfuf

— KAIJU NO. 8 THE GAME Official | 8/31 Coming Soon! (@kj8_TheGame_EN) August 5, 2025

Pintu prapendaftaran masih lagi dibuka di laman web rasmi serta di App Store dan Google Play untuk mereka yang berminat.

Tags: Kaiju No. 8 The Game
ShareTweetSend
Previous Post

Spider-Punk Terima Filem Spinoff Spider-Verse, Daniel Kaluuya Sah Jadi Penulis Skrip

Next Post

Genshin Impact Ucap Selamat Tinggal Kepada PS4! Pemain Perlu Bertukar Platform Selewat April 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Genshin Impact Ucap Selamat Tinggal Kepada PS4! Pemain Perlu Bertukar Platform Selewat April 2026!

Genshin Impact Ucap Selamat Tinggal Kepada PS4! Pemain Perlu Bertukar Platform Selewat April 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd