Aniplex Inc. telah mengumumkan Resident Evil Survival Unit, game strategi mobile terbaharu hasil kerjasama dengan JOYCITY Corporation dari Korea Selatan. Dengan pelancaran global pada tahun 2025, game ini membawa pendekatan strategi serba baharu ke dalam dunia Resident Evil yang terkenal hasil ciptaan Capcom.
Siaran langsung hari ini memperlihatkan gameplay buat kali pertama serta pengumuman bahawa pra-pendaftaran sudah dibuka di App Store dan Google Play.
Berbeza dengan seram survival tradisional francais ini, Resident Evil Survival Unit membayangkan semula francais ini sebagai game strategi yang dioptimumkan untuk peranti mobile.
Ia membawakan jalan cerita original berlatarkan alam selari, menggabungkan elemen keputusan masa nyata bersama seram yang menjadi tarikan utama kepada para peminat. Dicipta khas untuk pasaran global, pengalaman multiplayer-nya membolehkan pemain bersaing secara langsung dengan pengguna dari seluruh dunia.

Game ini bermula dengan situasi penuh suspens: protagonis utama tersedar di sebuah hospital yang dikunci, menjadi mangsa ujikaji jahat oleh Umbrella Corporation.
Ketika pemain berusaha membongkar rahsia dan melarikan diri, mereka disedut ke dimensi lain yang menampilkan wajah-wajah ikonik seperti Leon S. Kennedy, Claire Redfield, dan Jill Valentine dalam peranan serba baharu.


Pemain diberi peluang membentuk pasukan tersendiri daripada pelbagai watak popular seperti yang disebutkan tadi, masing-masing hadir dengan kebolehan serta gaya permainan unik. Ini memberikan kebebasan untuk merancang pelbagai strategi dan membina pasukan survival terbaik mengikut gaya masing-masing.




Cabaran meningkat apabila pemain terlibat dalam pertempuran pertahanan masa nyata menentang raksasa menakutkan dari dunia Resident Evil. Kejayaan memerlukan penggunaan pintar kebolehan watak dan unsur persekitaran, mencipta pengalaman lawan yang mendebarkan dan penuh risiko.



Salah satu elemen utama game ini ialah rumah agam pemain—pangkalan yang boleh diubah suai sepenuhnya, dan berfungsi sebagai tempat tinggal untuk watak, lokasi interaksi, dan pusat persediaan misi.
Dengan hiasan dalaman yang direka terperinci berinspirasikan Resident Evil, suasana menjadi lebih hidup melalui acara dialog interaktif. Pemain juga boleh mendapatkan senjata daripada Weapons Merchant, serta menyusun pelan tindakan untuk menghadapi ancaman akan datang.



Memberi sentuhan seni eksklusif, artis ternama Yoshitaka Amano turut menyertai projek ini sebagai pereka tetamu, mencipta makhluk baharu bernama “Mortem” yang menyeramkan.

Dengan pelancaran yang semakin hampir, peminat boleh mengunjungi laman web rasmi untuk maklumat lanjut.









Discussion about this post