Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Pokémon Pokopia Expansion Pass Part 1: Bubbly Basin – Tamadun Baru Untuk Ditto Bina Di Bawah Air

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 3, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, Nintendo Switch 2, Preview, Sandbox
0 0
0
Previu Pokémon Pokopia Expansion Pass Part 1: Bubbly Basin – Tamadun Baru Untuk Ditto Bina Di Bawah Air
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda rasa diri sudah tahu segala-galanya tentang Pokémon Pokopia, fikir semula. Pokémon Pokopia Expansion Pass Part 1: Bubbly Basin akan hadir tidak lama lagi sebagai Part 1 untuk paid DLC Pokémon Pokopia.

Kredit: The Pokémon Company

Selepas melihat DLC ini dengan mata sendiri, ia merupakan antara penambahan yang paling bercita-cita tinggi. Expansion pass ini bukan sahaja mengubah visual permainan ke dasar laut, malah memperkenalkan cara serba baharu untuk kita bergerak, membina, dan meneroka di bawah permukaan air.

Tanpa berlengah lagi, mari kita selami lebih dalam.

Langkah Pertama Menuju Bubbly Basin

Kredit: The Pokémon Company

Untuk masuk ke Bubbly Basin tidak semudah melangkah melalui pintu pagar biasa. Pertama sekali, kita perlu menyelesaikan request “Raise the environment level!” di Bleak Beach, selain perlu mahir menggunakan move “Surf” dan tahu cara untuk melompat.

Dari situ, laluan masuk ini akan dihubungkan dengan satu mekanik baharu yang tersedia untuk semua pemain, sama ada anda memiliki DLC ataupun tidak. Free update (Ver. 2.0.0) akan memperkenalkan move “Dive” yang diajar oleh Manaphy.

Namun ada syaratnya: walaupun semua pemain boleh mempelajari move Dive, hanya pemilik paid DLC sahaja yang berpeluang untuk berkawan dan mendapatkan Manaphy melalui quest khas.

Kredit: The Pokémon Company

Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah transformasi kecil yang berlaku apabila kita mula menyelam; watak Ditto kita akan bertukar menjadi seekor Squirtle. Walaupun ini sekadar satu sentuhan kecil, ia membuatkan pengalaman tersebut terasa lebih istimewa berbanding hanya menekan butang untuk masuk ke dalam air.

Apa yang menarik lagi, ada ciri keselamatan di mana kita akan diselubungi gelembung buih secara automatik apabila menyelam, jadi mekanik lemas dari game asas tidak lagi terpakai di sini.

Berbeza dengan bandar-bandar lain dalam Pokémon Pokopia yang diakses melalui pintu pagar di darat, Bubbly Basin hanya boleh dimasuki menerusi pintu pagar di bawah air (anda akan tiba bersama Popplio dan Ditto). Ia mungkin nampak seperti satu lagi butiran kecil, tetapi cukup untuk menunjukkan betapa uniknya expansion kali ini.

Kredit: The Pokémon Company

Semasa berada di bawah air, sistem navigasi turut menampilkan sedikit keunikan. Kita bebas berenang ke atas, ke depan, mahupun ke belakang, tetapi pemain tidak boleh berenang ke bawah. Sebaliknya, kita harus membiarkan tarikan graviti membawa watak tenggelam lebih dalam.

Kami tidak sabar untuk melihat sejauh mana kelancaran penerokaan apabila dimainkan dalam tempoh yang lebih lama setelah versi penuh dilancarkan nanti.

Membina Kehidupan di Dasar Laut

Kredit: The Pokémon Company

Kita boleh menggunakan “building kit” sedia ada untuk membina struktur tepat di pertengahan ruang air, dan setiap bangunan yang terapung ini akan kekal di tempatnya setelah siap dibina.

Bukan itu sahaja, item baharu “buoyant block” membolehkan kita mendirikan bangunan yang terapung pada pelbagai aras berbeza, lantas memberikan kebebasan untuk membangunkan bandar secara tiga dimensi.

Ajaibnya, walaupun dikelilingi lautan, bahagian dalam setiap bangunan masih kering dan mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi.

Kredit: The Pokémon Company

Dari segi penggunaan tenaga, sistem kekal sama seperti apa yang kita biasa lihat dalam Pokémon Pokopia. Kincir air boleh digunakan untuk menjana elektrik, manakala alat pemancar elektrik membolehkan pemain menghidupkan lampu dan kelengkapan lain walaupun berada jauh di bawah air.

Kita juga boleh meminta bantuan Pokémon yang memiliki abiliti Generate Specialty (seperti Chinchou) untuk menyalurkan tenaga kepada mesin bawah air, termasuklah lampu jalan atau “bubble machine” bagi menghidupkan lagi suasana di dasar laut.

Kredit: The Pokémon Company

Aktiviti berkebun juga mendapat sentuhan bawah air tersendiri, di mana pelbagai jenis tumbuhan boleh ditanam terus di dasar laut.

Water-type Pokémon akan meniup buih bagi memastikan setiap tumbuhan mendapat oksigen yang cukup, manakala Pokémon berkonsepkan batu karang seperti Corsola akan membantu mempercepatkan tumbesarannya.

Apa yang lebih menakjubkan, kita boleh menyambung landasan kereta api dari darat ke kawasan bawah air, dan menaiki kereta sorong tangan di laluan tersebut.

Kredit: The Pokémon Company
Kredit: The Pokémon Company

Dari sudut eksplorasi, kawasan bawah air ini turut menyembunyikan beberapa buah gua yang kering dan dilengkapi ruang oksigen. Namun, kawasan yang lebih dalam adalah gelap-gelita, jadi pastikan anda membawa sumber cahaya untuk melihat keadaan sekeliling.

Agak mendebarkan, tetapi ada sebuah lubang besar di dasar laut yang akan membawa kita ke kawasan laut dalam yang gelap. Di sana, kita perlu mendari cahaya dari batu karang yang bersinar untuk mengalami satu pengembaraan penuh misteri.

Rakan Baharu, Customization & Aktiviti Baharu

Kredit: The Pokémon Company

Bagi Pokémon pula, Bubbly Basin menjadi habitat kepada lebih 150 ekor water-type Pokémon, di mana Popplio, Mudkip, dan Corphish telah pun disahkan setakat ini. Anda juga boleh menantikan beberapa variasi spesies baharu, termasuk versi Smeargle berbeza, tetapi butiran lanjut tentangnya masih belum didedahkan.

Aspek customization tidak kurang hebat, menawarkan pilihan pakaian baharu untuk Ditto dan lambakan resipi perabot (kebanyakannya mengetengahkan estetika rekaan Timur dan elemen Cina). Update ini turut disertakan dengan pakaian baharu untuk watak pemain, serta penambahan sajian.

Kredit: The Pokémon Company

Jika dilihat dengan lebih teliti, beberapa tablet dan pelbagai barangan peninggalan manusia juga boleh ditemui di sekitar; yang memberi petunjuk bahawa Bubbly Basin bukan sekadar tempat untuk berenang, tetapi penuh dengan misteri yang menanti untuk dibongkarkan.

Pendapat

Jika sudah menghabiskan banyak masa menikmati Pokémon Pokopia, anda mungkin sudah banyak tahu tentang expansion ini. Namun, apa yang benar-benar mengejutkan kami adalah betapa padatnya kandungan yang ditawarkan dalam DLC pertama.

Kredit: The Pokémon Company

Bubbly Basin terasa seperti sebuah expansion yang lengkap, dan bukannya perubahan kosmetik atau perubahan kawasan semata-mata.

Dengan pengenalan mekanik pergerakan air, teknik pembinaan berbeza, cara berkebunyang unik, serta struktur bandar yang belum pernah dilihat; semuanya digabungkan dengan cukup cantik dalam satu pakej.

Sudah semestinya, ini hanyalah sekadar tanggapan awal berdasarkan maklumat dan bukannya sesi uji cuba, jadi sesetengah elemen mungkin masih boleh berubah sebelum hari pelancaran.

Tetapi, sekiranya anda merupakan peminat tegar Pokémon Pokopia dan perlukan alasan untuk kembali bermain game ini, expansion ini adalah jawapan yang paling tepat.

Kredit: The Pokémon Company

Bubbly Basin akan dikeluarkan pada 5 Ogos 2026, ditawarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch 2. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Bubbly BasinDLCPokémon Pokopiapreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Alternatif Genshin Tanpa Gacha! DragonSword: Awakening Meletup Di Steam, Bakal Ke Konsol

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Alternatif Genshin Tanpa Gacha! DragonSword: Awakening Meletup Di Steam, Bakal Ke Konsol
Berita

Alternatif Genshin Tanpa Gacha! DragonSword: Awakening Meletup Di Steam, Bakal Ke Konsol

August 3, 2026
Filem Anime ‘The Irregular at Magic High School’ Akan Masuk Pawagam Malaysia Pada Minggu Ini
Anime

Filem Anime ‘The Irregular at Magic High School’ Akan Masuk Pawagam Malaysia Pada Minggu Ini

August 3, 2026
Walau Petisyen Bantahan Cecah Ratusan Ribu, Sony Tetap Matikan CD Game PlayStation Pada 2028
Industri

Walau Petisyen Bantahan Cecah Ratusan Ribu, Sony Tetap Matikan CD Game PlayStation Pada 2028

August 3, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd